TAK PAYAH MENGGELABAH...10 JUTA NANTI LAWAN SAJA DI MAHKAMAH..


Zuraida tidak bimbang surat tuntutan RM10 juta PKR.


1,Tuntutan adalah berdasarkan percakapan diatas ketidak patuhan kepada parti.
2. Melanggar arahan parti dan tidak menunjukkan kesetiaan kepada parti
3.Menentang parti secara terang  terangan.
4. Tidak meluahkan atau berbincang masaalah parti tetapi mengambil sikap mendedahkan kepada umum atau diluar parti.
5.Gagal hadir dalam mesyuarat parti dalam beberapa mesyauarat.
6. Menunjukkan sikap negatif dan menentang Presiden Parti secara terang teranga yang membawa kepada sebab musabab dipecat brdasarkan perlembagaan parti
7.Menyokong dan menentang ketetapan parti
8. Mengadakan perjumpaan menentang parti



Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin tidak bimbang berdepan surat tuntutan daripada PKR yang menuntut RM10 juta daripada beliau dan 18 lagi wakil rakyat yang keluar parti.
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin tidak bimbang berdepan surat tuntutan daripada parti itu yang menuntut RM10 juta daripada beliau dan 18 lagi wakil rakyat PKR yang keluar parti.
Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata dalam kesnya, beliau dipecat bukan keluar parti.
“Saya rasa, bagi rakan-rakan yang lain, ada klausa (dalam perlembagaan parti) yang boleh melindungi kita, jadi saya tidak bimbang.
“Justeru, teruskan dengan langkah itu Anwar (Ibrahim), kalau anda perlukan wang teruskan saja hantar surat tuntutan tersebut, tapi saya tidak fikir anda akan dapat wang berkenaan,” katanya hari ini.
Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak cadangan pembinaan gelanggang futsal di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa.
Ditanya mengenai tempoh 7 hari yang diberikan untuk semua wakil rakyat menjelaskan bayaran itu, Zuraida berkata: “Dia nak minta esok pun kami tak peduli.”
Semalam, Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung dilaporkan berkata parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada semua 19 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang keluar parti, menuntut setiap mereka membayar RM10 juta kepada parti.
Mereka termasuk Zuraida dan bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang juga ahli Parlimen Gombak.
Lee mendakwa RM10 juta itu adalah jumlah yang dipersetujui untuk dibayar oleh kumpulan terbabit jika mereka berpaling tadah dan menggunakan kerusi yang diwakili bagi kepentingan peribadi serta bertentangan dengan kepentingan parti.
Ahli Parlimen lain yang terlibat ialah Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak), Mansor Othman (Nibong Tebal), Rashid Hasnon (Batu Pahat), Dr Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Jonathan Yasin (Ranau) dan Baru Bian (Selangau).
Adun yang berkenaan pula ialah Dr Chong Fat Full (Pemanis), Muhammad Jailani Khamis (Rembia), Abdul Yunus Jamahri (Kuala Krau), Muhammad Hilman Idham (Gombak Setia), Azman Nasrudin (Lunas), Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam), Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya), Daroyah Alwi (Sementa) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Aceh).


No comments: