Di Melaka malam ini untuk program Jelajah Presiden.
Saya ulas berkenaan isu-isu semasa termasuk keputusan mahkamah berhubung SRC International dan 1MDB.
Saya menggesa pimpinan dan anggota KEADILAN untuk baca dan telaah soal penghakiman tersebut agar cakna isu penyelewengan dan salahguna kuasa.
Saya turut tekankan perjuangan KEADILAN jelas untuk semua kaum. Perjuangan kita mesti adil dan memberi penekanan pada aspek kemanusiaan.
Parti ini bukan parti saya tapi ia adalah wadah bagi rakyat yang cintakan keadilan dan benci kezaliman.
Landasan perjuangan mesti tidak harus dikesampingkan malah mesti kekal berprinsip. Kita kena bergerak dari episod ini dan bergerak ke depan dan mantapkan parti.
Isu perkauman mesti didepani dengan baik dan KEADILAN bertekad untuk terus menyuburkan perpaduan di antara kaum di Malaysia.
#KEADILAN #Melaka