Hanya rakyat Sabah mampu malukan rampasan kuasa PN
A KADIR JASIN
1. Tindakan bijaksana Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, membubarkan Dewan Undang Negeri daripada melayan SD.
2. Saya yakin majoriti rakyat jelata Sabah menyokong keputusan mengembalikan hak memilih kerajaan negeri kepada pengundi.
3. Cukuplah dengan politik sundalan duit (SD) ini. Janganlah dimalkan dan dilayan lagi.
4. SD sudah menjadi surat IOU untuk melakukan rasuah dan peras ugut politik.
5. Terbukti kerajaan pintu belakang melalui kaedah sundalan ini tidak stabil dan kurang legitimasi.