PADAM MUKA , SELALU MEREKA CERITA FITNAH 👏🏻👏🏻





Bukit Aman sudah membuka kertas siasatan bagi meneliti satu hantaran di media sosial yang mendakwa hakim yang mengendalikan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) Najib Razak mempunyai hubungan persaudaraan dengan Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan hal berkenaan. Katanya Bukit Aman kini mengambil alih kes tersebut daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

"Ya, siasatan sedang dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Mulitimedia 1998," katanya tanpa memperincikan seksyennya.

Terdahulu seorang ahli Bersatu, Mohd Afzanizam Abdul Rahman, membuat laporan polis di Taiping berkenaan ciapan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Rao, di Twitter.
Ramesh mendakwa hakim yang mensabitkan Najib dengan tujuh kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram semalam, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, adalah cucu atau cucu saudara Mahathir.

Dua anak ahli parlimen Langkawi itu - Marina dan Mukhriz - menafikan tuduhan tersebut.

Berdasarkan laporan polis yang dilihat Malaysiakini, Afzanizam meminta polis menyiasat ciapan Ramesh kerana menghasut kebencian terhadap Mahathir.

Dia juga berpendapat ciapan berkenaan menjejaskan integriti Mohd Nazlan selain merendahkan institusi kehakiman.

"Saya dah selesai diambil keterangan kira-kira jam 3 petang tadi," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam Mohd Nazlan yang pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menjatuhkan hukuman penjara di antara 10 dan 12 atas pertuduhan yang dikenakan pada Najib.

Najib juga didenda RM210 juta.

Bekas perdana menteri itu membayar wang ikat jamin - bernilai RM1 juta - pada hari ini.

No comments: