Strategi Zahid sebesar kelingking
MSO
Ramai yang keliru dan bersoal sesama sendiri mengenai kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi yang berbunyi, “Umno tidak sertai PN tetapi sedia pertimbangkan Bersatu sertai Muafakat Nasional (MN).”
Ada orang anggap kenyataan Zahid itu pelik dan aneh. Tetapi saya dapat membaca apa dimaksudkan Zahid itu. Bahawa Umno tidak bersetuju PH dijadikan sebuah gabungan dimana dengan Muhyiddin sebagai PM sebagai ketuanya. Apa yang Zahid mahu Umno yang menerajui apa-apa pakatan sebab itu dia pertahankan MN, kerana dalam MN Umno yang jadi ketua kerana Pas kia’
Bersatu boleh dipertimbangkan sertai MN tetapi perlu berada di tepi. Dalam pilihan raya nanti kalau MN menang maka pemimpin Umno yang perlu dilantik jadi PM.
Ada pun kenyataan Zahid mengatakan Umno masih sokongan PN, berlandaskan kepada sokongan wakil rakyat dalam Dewan, ia hanya bersifat sementara sahaja, selepas Dewan dibubar, Umno tidak akan ada kena mengena lagi dengan PN khasnya Muhyiddin.
Dalam kancah ini yang akan terngangganya nanti ialah Muhyiddin dan genag Bersatu. Muhyiddin akan baru sedar dan menyesal, melainkan dia berfikir untuk jadi PM sementara sahaja, perasaan itu tidak menimpanya.
Apabila Muhyiddin juga tidak diharga nanti, dan dijadikan galah untuk jolok kerajaan PH jatuh sahaja, demikian juga dengan kumpulan serpihan PKR (10 budak hitam itu) mereka juga tidak akan ketentuan hala.
Di sinilah ada kemungkinan akan wujud gabungan ketiga, terdiri daripada Muhyiddin, Hishammuddin, 10 budak hitam dan OT95. Ketika ini mereka akan jadi penyambung kuasa, (king maker), boleh bergabung dengan MN atau PH. Ertinya ada kemungkinan Piraum akan datang berlaku pertandingan tiga penjuru seperti Piraum 14 lalu tetapi kondisi berbeza.
Demikian bacaan saya berhubung pengumuman besar kelingking yang dibuat Zahid itu. Wallahualam.
Trims.