KENYATAAN MEDIA 30 Julai 2020

KENYATAAN MEDIA

30 Julai 2020

KEADILAN PECAT KENNY CHUA

Lembaga Disiplin mengambil maklum keadaan politik di Sabah di mana semalam pihak media merakam gambar kehadiran Kenny Chua Teck Ho, ADUN Inanam, bersama kumpulan Musa Aman yang berniat menjatuhkan Kerajaan Negeri Sabah.

Setelah menerima pengesahan dari Majlis Pimpinan Negeri Sabah tentang keberadaan beliau di dalam blok yang berusaha menjatuhkan Kerajaan Negeri Sabah, dan mengambil kira pendirian KEADILAN bahawa pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak boleh dibenarkan berlaku, maka Lembaga Disiplin mengumumkan bahawa Kenny Chua Teck Ho dipecat dari KEADILAN berkuatkuasa serta-merta.

YB Dato’ Ahmad Kasim
Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN

No comments: