SOSIAL: F22 DAN F 23 US KINI DAPAT DIKESAN


Muamad Faizul

Sistem radar JY-27 buatan China, yang telah dioperasikan oleh unit pertahanan udara tentera Venezuela, telah berjaya mengesan pesawat pejuang "Stealth" F-22 milik USAF, yang telah menghampiri ruang udara negara tersebut, pada 12 Mei yang lalu.

Menurut laporan website "Aura Pro", berikutan daripada insiden tersebut, tentera Venezeula telah memberi amaran kepada pihak tentera AS, bahawa tentera Venezuela bersedia untuk menembak pesawat USAF yang menceroboh ruang udara negara tersebut, tanpa memberi kan amaran. Pesawat F-22 milik USAF telah menceroboh sempadan Venezuela dengan melakukan provokatif, menurut sumber dari pihak tentera Venezuela.

JY-27 "Wide Mat" adalah merupakan sistem radar jarak jauh buatan China, ia berupaya mengesan pesawat "Stealth" pada jarak 500km.
Pada Feb 2016, radar tersebut turut berjaya mengesan pesawat F-22 milik USAF, yang telah berlepas dari Jepun menuju ke Korea Selatan, menurut dakwaan pihak China.

Radar JY-27 telah pun dijual oleh China kepada  Venezuela dan Pakistan. Sekiranya terbukti pesawat F-22 telah berjaya dikesan oleh radar ini, bermakna ia adalah berita tidak baik bagi AS, yang telah membina pesawat "Stealth" seperti F-22 dan F-35, dengan andaian pesawat tersebut tidak boleh dikesan oleh radar, dan sekiranya telah dikesan ianya sudah terlewat.







No comments: