KES UGUT PENJAWAT AWAM , PN KEMBELI KE ERA 90 AN



Kes mengugut penjawat awam ini mula berlaku sejak zaman pemerintahan Mahathir di sekitar tahun 90an. Ini adalah kerana ketakutan pemerintah untuk mendepani teguran rakyat. Inilah yang berlaku terhadap seorang Doktor gred 44 dimana beliau menegur tindakan kerajaan PN didalam FB, dan beliau diperintahkan untuk memberikan surat tunjuk sebab.

Nampaknya ketakutan regim pemerintahan PN yang belumpun mendapat mandat rakyat, kecuali para pngkhianat yang membentuk kerajaan tanpa mandat rakyat mula bertindak secara tidak rasional. Kalau kerajaan tidak boleh dikritik, bermakna kerajaan ini , adalah kerajaan bacul dan takut kepada rakyat.

Dizaman gerakan Reformasi dahulu, kakitangan kerajaan bukan sahaja akan di arahkan memberikan surat tunjuk sebab, malahan jika perlu diugut, diarahkan bertukar, malah sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk kenakan mangsa terutamanya kakitangan kerajaan. Blog ini para pembela kebenrana agar menyokong seorang doktor agar diberikan pembelaan.

Kita tidak tahu sejauh mana PH akan memberikan sokongan kepada kumpulan yang sehaluan dengan mereka, dengan memberikan bantahan atau pun membela rakyat sebagaimana yang dilaungkan.

Anda sendiri boleh lihat bagaimana yang berlaku terhadap Majer Zaidi, Cikgu Normala, dan semua ini .adakah mereka di bela oleh para pemimpin PH ?   Major Zaidi sekurang kurangnya beliau  diambil bekerja di bawah pimpinan DAP yang sanggup menawarkan beliau bekerja di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tetapi, pimpinan lainnnya bagaimana? 

Pimpinan PH perlulah membantu dan bersedia membantu kakitangan kerajaan yang terlibat dalam politik kerana ini adalah tanggungjawab terhadap rakyat dan sepatutnya ianya boleh dilakukan. Bukan sahaja membela nasib rakyat marhaen, tetapi penggerak terutamanya kakitangan kerajaan yang berkhidmat di bawah DYMM AGONG dan bukan di bawah regim Umno,Pas,PN.



No comments: