Sengsara rakyat Malaysia menyambut Aidilfitri
Ipohmali
Tengah hari semalam, Masa tengah drive di pekan lama Ipoh, masih kelihatan ramai dikalangan Ummat Islam berbaris panjang di kedai Pajak Gadai non muslim.. bila melalui Pajak gadai Islam Ar-Arhnu Yapiem keadaan yang sama berlaku..begitu juga suasananya di cawangan BSN, kita dapat lihat , boleh jadi ramai yang berbaris menuntut dan bertanyakan status BPN mereka..
Pada petangnya ketika hujan lebat, berderet Khemah.. dah seperti keadaan bazaar ramadhan di tepi jalan kalangan rakyat mencari rezeki.. Suasana Hujan di sebelah petang mungkin sedikit ujian bagi mereka yang berusaha mencari rezeki di Akhir ramadhan setelah 2 bulan kehilangan pendapatan..
Mungkin dikalangan penjawat awam, yang selesa dengan gaji dan bonus mereka termasuk para Menteri, yang tidak terjejas ketika tempoh (PKP) tak tersentuh dan dapat merasai kesempitan rakyat dibawah ini.. tetapi inilah lambang kemiskinan rakyat dibawah bagi mereka yang kais pagi makan pagi berhadapan dengan musibah Wabak COVID-19.. agaknya bagaimana pula keadaannya mereka yang tak punya harta dan barang kemas ?
Lebih malang lagi, Bila Menteri Agama yang juga seorang mantan Mufti..Seorang yang Alim, tanpa rasa malu dan segan silu menaikkan status di Twitternya mengatakan, suasana berbaris di Kedah Pajak Gadai Yapiem itu lambang terlaksananya literasi Kewangan Islam.. dan apakah suasana rakyat berbaris di pajak gadai Cina, ia juga lambang literasi Kewangan kafir (Riba)..? sudah tentu tidak..
2- APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEMISKINAN ?
Pada pandangan aku..sebagai orang yang Alim.. seharusnya sedar.. apa itu yang dimaksudkan dengan kemiskinan, Apakah kemiskinan itu sifat mereka itu meminta minta seperti pengemis ? atau hidup dalam timbunan sampah yang serba dhaif ? tidak.. Sebagaimana hadis Nabi ﷺ menceritakan perihal kemiskinan..
Rasulullah ﷺ bersabda:
لَيْسَ الْمِسْكِينُ الَّذِي يَطُوفُ عَلَى النَّاسِ تَرُدُّهُ اللُّقْمَةُ وَاللُّقْمَتَانِ ، وَالتَّمْرَةُ وَالتَّمْرَتَانِ ، وَلَكِنْ الْمِسْكِينُ الَّذِي لَا يَجِدُ غِنًى يُغْنِيهِ ، وَلَا يُفْطَنُ بِهِ فَيُتَصَدَّقُ عَلَيْهِ ، وَلَا يَقُومُ فَيَسْأَلُ النَّاسَ .
“ Orang miskin itu bukanlah orang yang ke sana-sini meminta-minta kepada manusia sehingga memperoleh sesuap atau dua suap makanan, sebiji atau dua biji kurma, tetapi orang miskin yang sebenarnya adalah orang yang tidak memperolehi sesuatu untuk mencukupi keperluannya dan tidak diketahui orang yang dapat memberikan sadaqah padanya, namun tetap tidak berdiri untuk meminta-minta (mengemis) kepada orang lain.”
Kalau kita amati Hadis Nabi ini.. Kita akan faham, realiti rakyat Malaysia hari ini, mereka hidup dalam kemiskinan.. Sebagai anggota pentadbiran, Mufti seharusnya lebih sensitif dan memahami derita rakyat dibawah.. mereka terpaksa bergolok bergadai hanya untuk memenuhi keperluan hidup..bukannya menganggap ianya sebagai satu kejayaan literasi kewangan Islam..
Dan ini jugalah dapatan yang dilaporkan oleh Kajian Institusi Pajak gadai Islam di dalam Akhbar, kebanyakan mereka yang ke Pajak gadai (Ar-Rahnu), 80% dikalangan mereka melakukan pajak gadai atas tujuan meneruskan kelangsungan hidup..
3- SIFAT UMAR ABDUL AZIZ KEPADA RAKYATNYA..
Jika kita mahu mencontoh kepimpinan Islam..Belajarlah dari Sifat yang ditunjukkan Umar Abdul Aziz dalam Pemerintahannya..
Dicatatkan di dalam kitab Bidayah wal nihayah karya ibn Katsir, bahwasanya Fathimah, isteri kepada khalifah Umar bin Abdul Aziz mengatakan:
وقالت زوجته فاطمة: دخلت يوما عليه وهو جالس في مصلاه واضعا خده على يده ودموعه تسيل على خديه..
فقلت: مالك؟
فقال: ويحك يا فاطمة قد وليت من أمر هذه الأمة ما وليت، فتفكرت في الفقير الجائع، والمريض الضائع، والعاري المجهود، واليتيم المكسور، والأرملة الوحيدة، والمظلوم المقهور، والغريب والأسير، والشيخ الكبير، وذي العيال الكثير، والمال القليل، وأشباههم في أقطار الأرض وأطراف البلاد،
فعلمت أن ربي عز وجل سيسألني عنهم يوم القيامة، وأن خصمي دونهم محمد صلى الله عليه وسلم ، فخشيت أن لا يثبت لي حجة عند خصومته، فرحمت نفسي فبكيت.
“ Suatu hari, aku masuk ke rumah. Aku menjumpai suamiku duduk di tempat solatnya. Dengan meletakkan tangannya ke pipi. Air matanya mengalir deras melewati kedua pipinya.
Aku berkata: Apa yang membuatmu menangis?
Umar pun berkata: Duhai Fathimah!, aku baru saja dilantik menjadi pemimpin ummat ini.. Lalu aku terfikir akan orang faqir yang kelaparan, orang sakit yang disia-siakan, orang tak punya pakaian lagi kelaparan, anak yatim dalam kesulitan, janda yang hidup sebatang kara, orang yang dianiaya, pengelana, tawanan, orang yang sangat tua , orang yang mempunyai ramai ahli keluarga, orang yang kekurangan, dan orang-orang yang serupa dengan mereka, yang berada di tepi daerah ini.
Aku mengetahui, bahwa sesungguhnya Tuhanku, Allah ‘azza wa jalla, akan menanyakan perihal tanggungjwab itu semua kepadaku, kelak di hari kiamat. Maka aku khawatir, aku tidak mampu mempertanggungjawabkannya. Hatiku bersedih dan aku menangis.”
(Ibnu Katsir, Kitab Bidayah wan Nihayah, juz 9, 214)
Apa yang diungkap oleh Umar Abdul Aziz akan tanggung jawabnya di akhirat kelak.., Ungkapan yang sama diucapkan saidina Umar ketika tahun kelaparan melanda Madinah sebelum datangnya wabak Amwas yang melanda bumi Syam..
Malah apa kata Saidina Umar ketika dia dilarang untuk memikul gandum dibelakangnya untuk membantu Seorang wanita yang memasak batu ketika anaknya kelaparan.. Kata Saidina Umar..
ومن يحمل عني يوم القيامة ذنوبي
“Dan Siapa yang akan memikul Dosaku nanti dihari Kiamat kelak..”
(At-Thabaqatul Kubra)
4- KEADILAN DALAM ISLAM…
Dalam situasi pemerintahan Islam.. Ketika mana kita dapat mendabik dada, bahawa sistem kewangan atau literasi kewangan Islam itu sebenar benarnya terlaksana.. hatta sistem kewangan Islam hari ini tidak ada bezanya dengan sistem konvesional..
Dimana Keadilan dan Ekonomi Islam itu dilihat akan terlaksana ? Bukan ketika masih ramai rakyat bergantung kepada sistem paja gadai dan sistem berasaskan riba.. Bukan ketika Rakyat marhaen berbaris memajak barang kemas mereka.. merintih kan bantuan..
Sebenarnya inilah lambang kegagalan Institusi Agama seperti Baitul Mal dan Pusat Zakat.. hatta dasar dasar Kerajaan yang memberikan bantuan yang tidak bersasar…
Keadilan Islam itu terlaksana bila pemimpin dapat merasai derita setiap sisi masyarakat.. tak kira rakyat miskin, anak yatim,janda, orang tua akan keperluan mereka sebagaimana berlakunya dizaman Umar Ibn Aziz.. malah di zaman kegemilangan Umar Ibn Aziz , rezeki, hasil Zakat yang melimpah ruah, sehinggakan tidak ada rakyat mahu menerimanya (Zakat)..
Sebenarnya apa yang perlu kita fahami..menegakkan keadilan dan sifat rahmah itulah mendekatkan kita dengan kemenangan Islam, bukan dengan slogan daulah atau Negara Islam….
Antara gambaran Akhir Zaman datang keadilan seperti zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz, digambarkan di dalam hadis ini.. Nabi Isa sebagai simbol datangnya membawa Keadilan dalam Pemerintahan.. Sebagaimana hadis Nabi ﷺ .
وَالَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ، لَيُوْشِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيْكُمُ ابْنُ مَرْيَمَ عَليهِ السَّلام حَكَمًا عَدْلاً،،
وَيَضَعَ الْجِزْيَةَ، وَيَفِيْضَ الْمَالُ حَتَّى لاَ يَقْبَلَهُ أَحَدٌ.
“Dan demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, sudah dekat saatnya di mana akan turun pada kamu (‘Isa) Ibnu Maryam عليه السلام sebagai hakim yang adil.
Menghapuskan Jizyah..dan akan melimpah ruah harta benda, hingga tidak ada seorang pun yang mahu menerimanya…”