JANGAN SALAH AKU BILA AKU SIARKAN BERITA INI...CUMANYA AKU NAK ORANG DENGAR CERITA DIA YANG KADANG BETUL DAN KADANG TAK BETUL PUN....
Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan mahukan parlimen bersidang untuk meluluskan stimulus package atau pun pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM250 bilion. Sebab apa? Malaysia sekarang ini di dalam keadaan emergency, sama juga seperti negara-negara lain di seluruh dunia. Ketika emergency, perdana menteri mempunyai emergency powers. Tujuan Pakatan Harapan nak adakan persidangan parlimen ialah supaya undi tidak percaya boleh dibuat terhadap Muhyiddin Yassin. Dan sekiranya mereka berjaya menyekat kelulusan pakej rangsangan ekonomi itu, maka kerajaan pun akan jatuh.