Covid-19 catat lagi lima kematian, 208 positif

Covid-19 catat lagi lima kematian, 208 positif



Lima kematian berkaitan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 50 kes.
Mengenai bilangan kes baharu positif Covid-19, beliau berkata, sebanyak 208 dilaporkan hari ini, mencatatkan 3,116 kes keseluruhan dalam negara.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 105 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 54 menggunakan bantuan alat pernafasan.
“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus meningkat. Terbaru, seramai 122 orang telah sembuh.
“Ini menjadikan 767 pesakit atau 24.6 peratus telah sembuh dan discaj hospital,” katanya lagi dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

No comments: