AMBIL IKTIBAR KEADAAN SEKARANG

MAT SAMAN KATI

Selepas dua minggu pergerakan terhad, (belum perintah berkurung atau sekatan ekonomi), ada banyak yang boleh kita nampak tentang keterjaminan makanan. Yang ni, mereka yang didalam kerajaan perlu teliti dan perbaiki manakala yang didalam pembangkang juga kena cari jalan penyelesaian...supaya kalau kerajaan yang ada ni jatuh, hangpa dah tau apa nak buat bila naik. Kalau dah naik baru nak fikir, dan tunggu sembilan bulan baru nak beranak...tak sampai tiga bulan, hangpa pun jatuh balik.
Baru beberapa hari PKP, kita dah dengar cerita ada orang yang tak makan. Barang kat rumah dah habih. Bila kerajaan umum bantuan tapi kena isi borang dulu, depa maki habih. "Tak tau ka ada orang yang dah tak makan?"
Baru empat bulan lalu, Menteri Pertanian dengan bangganya mengumumkan Malaysia berjaya meningkatkan GFSI dari tangga ke 48 ke tangga ke 28. Apa maknanya Tuan-tuan.
Takda makna kalau orang tak dapat makanan.
Adakah makanan kita sudah habis? Tak juga. Makanan masih banyak tapi kita menghadapi masalah pengedaran. Masalah pertama yang kita hadapi sekarang ialah pengangkutan dan ini diluar bidang Kementerian Pertanian.
Diantara dasar yang dibuat oleh Menteri Pertanian yang lalu ialah mahu menghapuskan orang tengah. Yang ini juga telah menjadi salah satu faktor mengapa barang makanan tidak dapat diedarkan. Orang tengah sudah menjadi sebahagian dari sistem pengedaran dan bila kita nak hapuskan depa, kita kena ada satu mekanisma baru bagi mengganti kelompongan itu. Kalau takda, memang jadi masalah.
Apa yang dihadapi oleh petani Cameron sama dengan nelayan. Barang ada, tapi tak boleh jual sebab tak ada orang tengah.Sekarang, barang masih ada tapi dah ramai yang takda duit. Tak lama lagi, duit ada tapi barang tak ada untuk dibeli.
Golongan yang pertama terkesan dengan krisis ini ialah miskin bandar. Miskin kampung masih boleh cari ubi batat, rebung dan pucuk paku. Miskin bandar mengharapkan beras dan maggi.
Macam mana nak mengurangkan golongan miskin bandar? Gaji minima belum tentu lagi boleh mengeluarkan mereka dari paras kemiskinan. Yang ini, perancang bandar kena ada satu pendekatan baru. Mungkin disentralisasi aktiviti ekonomi supaya mencipta ruang untuk kebun bandar. Aku bukan tau benda ni...sapa nak jadi ahli Majlis nanti kena fikirkan benda ni. Jangan terima apa saja proposal dari pemaju perumahan.
Yang ni pun diluar bidang kuasa Kementerian Pertanian.
See, keterjaminan makanan bukan tanggungjawab Kementerian Pertanian saja. SPRM pun terlibat dalam memastikan kita semua dapat makan.