PETALING JAYA: Bersih 2.0 hari ini menyeru ahli politik segera berhenti mengiklankan gambar dan nama mereka pada barangan bantuan Covid-19 yang dibeli dengan wang pembayar cukai.
Gambar menteri persekutuan seperti Azmin Ali (PPBM), Annuar Musa (Umno) dan Ismail Sabri Yaakob (Umno) dan juga menteri besar seperti Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang) baru-baru ini dipaparkan pada pakej bantuan Covid-19.
Dalam kenyataannya hari ini, jawatankuasa kumpulan reformasi pilihan raya itu menyatakan kebimbangan mengenai wajah dan nama ahli politik yang dipaparkan pada barangan bantuan Covid-19, seperti beras dan pensanitasi untuk pengundi kerana sesetengahnya mungkin melibatkan penyalahgunaan dana kerajaan.
Mendedahkan 19 ahli politik yang berbeza yang menggunakan wajah atau nama mereka pada pakej bantuan itu, Bersih 2.0 menyeru semua wakil yang terlibat menyatakan secara terbuka kos dan sumber hadiah tersebut.
Ahli politik lain yang dinamakan Bersih 2.0 termasuk Chan Ming Kai (PKR), Fahmi Fadzil (PKR), Hannah Yeoh (DAP), Ikmal Hisham Abdul Aziz (PAS), Khalid Samad (Amanah), Lim Lip Eng (DAP), Najwan Halimi (PKR), Nga Kor Ming (DAP), Noraini Ahmad (Umno), Saifuddin Abdullah (PPBM), Summugam Rengasamy (PKR), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PPBM), Veerapan Superamaniam (DAP) dan Young Syefura Othman.
“Sekiranya dana kerajaan disalah guna ahli politik untuk mendapatkan kepuasan, ia boleh menjejaskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Seksyen 23 Akta SPRM,” Bersih 2.0 memberi amaran.
Bersih 2.0 menggesa untuk memperkenalkan peraturan yang ketat dan mekanisme pengawasan ke atas semua pembiayaan peringkat kawasan, yang ditadbir penggubal undang-undang persekutuan dan negeri, untuk mengelak ahli politik menuntut kredit bagi sumbangan yang dibuat pembayar cukai.
Di samping itu, NGO itu juga menyeru menghapuskan sekatan berlebihan terhadap tugasan bantuan organisasi untuk masyarakat yang dipinggirkan supaya tidak wujud tempat untuk “ahli politik yang laparkan populariti”.
Sambil menegaskan poster pakej rangsangan Covid-19 Selangor “tidak wajar” kerana memaparkan Ketua Menteri Amirudin Shari, berbanding kerajaan negeri Selangor yang diketuainya, Bersih 2.0 menegaskan ia “mempromosikan personaliti tidak baik untuk demokrasi”.