Thursday, April 2, 2020

Dr M jangka akan ditendang keluar PPBM


BERITA INI SEBULAN LEPAS...DIBERI PELUANG...KECOH SANA SINI....TAK RELEVEN LAGI BUAT PH....PH DIJANGKA KALAH JIKA BELIAU MEMEGANG JAWATAN...

AKHIRNYA PARTI SENDIRI YANG DITUBUHKAN SENDIRI AKAN MENYINGKIRKAN BELIAU.ITULAH NASIB PAK KADUK .SELAIN TAMAK DAN TIDAK MAHU ANWAR DAN TIDAK PERCAYAKAN ANWAR, PARTI BELIAU DAN KEHILANGAN JAWATAN BELIAU AMAT MEMALUKAN.....



Dr Mahathir Mohamad mengasaskan PPBM pada 2016.

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menjangka akan dipecat daripada PPBM, parti yang diasaskannya pada 2016, kerana majoriti ahlinya menolak beliau sebagai pengerusi.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika ditanya tentang masa depan PPBM berikutan perbezaan pendapatnya dengan presiden parti itu Muhyiddin Yassin yang akan dilantik sebagai perdana menteri ke-8 hari ini.
“Parti akan buat keputusan, sama ada akan memecat saya sebagai pengerusi, ia akan berlaku kerana majoriti ahli tolak saya sebagai pengerusi.
“Secara rasmi mereka boleh pecat,” katanya kepada media di bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini, pagi ini.
Ketika ditanya sama ada sebagai pengerusi PPBM beliau akan memecat Muhyiddin, Mahathir berkata, beliau tidak berada pada kedudukan yang membolehkannya berbuat demikian.
Katanya, keputusan Muhyiddin untuk melantik diri sendiri sebagai pemangku pengerusi ketika ketiadaan beliau adalah tidak sah dan tidak selaras dengan perlembagaan parti.
“Tetapi baginya, itu bukan perkara penting. Beliau kini mendakwa sebagai pemimpin PPBM, sedangkan saya pengerusinya.”
Mahathir meletakkan jawatan sebagai pengerusi PPBM pada Isnin selepas meletak jawatan perdana menteri.
Majlis Tertinggi PPBM bagaimanapun sebulat suara menolak peletakan jawatan beliau sebagai pengerusi keesokan harinya.
Semalam Muhyiddin berkata, beliau adalah pemangku jawatan pengerusi PPBM sementara menunggu pemilihan parti.
Mahathir sekali lagi menjelaskan kenapa beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dengan berkata, beliau tidak boleh bekerjasama dengan Umno secara en bloc bagi membentuk kerajaan.
Katanya, ia bermakna beliau akan bekerjasama dengan bekas perdana menteri Najib Razak dan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan pendakwaan di mahkamah kerana rasuah.
“Mahkamah mungkin mendapati tidak selesa untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan.”
Beliau berkata, Muhyiddin sebaliknya bersedia menerima apa-apa sahaja.
“Baginya politik lebih penting daripada prinsip. Oleh sebab itu saya tidak bersetuju dengannya.”
Mahathir juga menolak dakwaan bahawa beliau menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.
Katanya, beliau memberitahu Muhyiddin bahawa beliau “tiada pilihan” apabila ditanya sama ada akan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.
“Sama saya sokong atau tidak, tidak relevan. Tetapi beliau menghebohkan bahawa saya sokong pencalonannya sebagai perdana menteri.”

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers