PN DIJANGKA AKAN BERTAHAN HINGGA PRU15

Salam hormat buat semua teman,


Penangguhan Sidang Parlimen & Perlantikan Kabinet

1. Melihat kepada perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri oleh TSMY, saya menjangka  bahawa PN (Gerombolan Pengkhianat, Perompak, Penyamun, Kleptokrat dan Penunggang Agama) akan mampu bertahan hingga PRU15 akan datang.

2. Tindakan TSMY menangguhkan persidangan Dewan Rakyat yang dijadual pada 9 Mac 2020 adalah satu tindakan bijak oleh beliau. Menamakan dan melantik beberapa orang penyokong Tun M ke dalam kabinet juga tindakan cerdik oleh TSMY.

3. Tindakan drastik tetapi terancang ini menyebabkan Tun M kehilangan majoriti yang didakwanya mempunyai 114 sokongan Ahli Parlimen sebelum ini.

4. Saya berpendapat undi tidak percaya kepada PM yang dirancang apabila Dewan Rakyat bersidang nanti besar kemungkinan tidak akan berlaku. Jika benar undi tidak percaya diusulkan juga, Tun M dan PH dilihat tidak mempunyai majoriti yang mencukupi. Oleh itu TSMY dan PN akan dapat bertahan hingga PRU15 yang akan datang.

Pertembungan Tun M - Dato Seri Anwar Ibrahim

5. Ketidakhadiran Tun M dan pasukannya di dalam program penerangan yang telah diatur oleh Kepimpinan Tertinggi Pakatan Harapan pada 9 Mac 2020 di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara adalah petanda jelas telah wujud pertembungan terbuka di antara beliau dan DSAI. Apa sahaja alasan yang diberikan bagi saya telah tidak terpakai sama sekali.

6. Kenyataan dan "serangan" yang dibuat oleh Tun M dengan menyalahkan DSAI dan PH yang menyebabkan beliau kehilangan majoriti sokongan untuk jawatan PM sebelum dipersembahkan kepada DYMM YDPA memberi gambaran jelas bahawa Tun M secara halus memulakan "peperangan" terhadap DSAI.

7. "Serangan" oleh Tun M itu akhirnya dijawab oleh DSAI. Pertembungan di antara Tun M dengan DSAI mungkin akan berpanjangan apabila pada 10 Mac 2020, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Majlis Presiden PH menggambarkan bahawa PH akan konsisten kembali kepada perjuangan asal dan seterusnya menamakan DSAI sebagai calon Perdana Menteri.

8. Pertembungan ini sedikit banyaknya akan memberi impak positif terhadap kedudukan TSMY sebagai PM dan PN selaku Kerajaan yang memerintah sekurang-kurangnya sehingga PRU15 nanti.

....Bersambung dengan tajuk
PAKATAN HARAPAN: PELUANG MENGAMBIL ALIH KERAJAAN TANPA TUN MAHATHIR

Kalau Takut Kepada Risiko
Usah Bicara Soal Perjuangan

Salam Reformasi,

Zaidi Ahmad
Pekan
11 Mac 2020
@10.12 pagi

No comments: