Saturday, March 14, 2020

KINI MAT HASSAN PULA BANGKIT CERAMAH...HAAA...BARU ADA AKAI..



Pelantikan Kabinet
Kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Terdapat pelbagai desas desus berhubung pelantikan Kabinet yang baharu bermula, dari ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri sehinggalah kepada dakwaan bahawa komposisi Kabinet adalah berat sebelah.

Biar apa pun keadaannya, yang perlu difahami adalah betapa pelantikan anggota kabinet adalah budi bicara Perdana Menteri sepenuhnya.

Namun begitu, adalah jelas bahawa UMNO selaku blok Ahli Parlimen terbesar telah diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil yang boleh dilihat daripada 2 perkara.

Pertama, pemberian portfolio kementerian yang tidak kritikal. Keadaan ini sama sekali tidak setimpal dengan jumlah Ahli Parlimen yang disumbangkan oleh UMNO dan tahap pengalaman yang dimiliki oleh mereka.

Kedua, keanggotaan Kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok Bersatu dan Datuk Seri Azmin Ali.

Sekalipun ia bukanlah kepentingan paling afdal untuk UMNO memegang kedudukan Kerajaan dalam iklim politik semasa,  adalah mustahak untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin menyantuni saiz perwakilan parti dalam kerajaan atas 2 dasar.

Pertama, kerana ini adalah sistem Westminster. Kabinet mengamalkan Tanggungjawab Kolektif, yang hanya akan berkesan jika setiap parti diwakili dengan jumlah yang sewajarnya.

Perkara ini sangat kritikal kerana, hanya dengan mempunyai Kabinet yang bersatu hati, Kerajaan boleh bergerak secara bersama dengan para pendukungnya. Hanya dengan yang demikian, Kerajaan boleh memfokuskan kepada urusan tadbir urus dan pemerintahan.

Kedua, selama ini kita sememangnya mengamalkan perwakilan yang setara dengan saiz yang diwakili dan ia merupakan sistem yang berjaya. Malah, Pakatan Harapan sendiri mengamalkan pendekatan yang sama semasa menjadi Kerajaan.

Maka, adalah lebih penting dalam keadaan semasa yang menyaksikan kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang sukar. Dengan cabaran Pandemik Covid-19, kejatuhan pasaran saham dan ketidaktentuan ekonomi, kita tidak mempunyai ruang dan masa untuk berlengah dan melakukan kesilapan.

Kabinet adalah institusi yang memandu dan mengukuhkan bangsa, saat ia berhadapan dengan waktu yang sukar. Sebuah kabinet yang kuat, terbukti dan inklusif adalah kritikal bagi memastikan kejayaan PN. Sekiranya pengalaman politik ini diketepikan, ia akan memberi kerapuhan yang boleh membawa kepada kegagalan.

Tanpa sebuah Kabinet yang kuat, Malaysia akan terus menerus menyaksikan polemik politik yang tidak berkesudahan sekali gus tidak memungkinkan kita untuk memberi perhatian kepada pembangunan dan daya saing bangsa.

Dato Seri Utama 
Mohamad bin Haji Hasan.
https://www.facebook.com/118486628162416/posts/3096793703665012/?d=n

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers