Saturday, March 14, 2020

Guan Eng di mata Dr Mahathir


Selepas kerajaan yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) tumbang ekoran daripada percaturan politik dan pengkhianatan Mohamed Azmin Ali serta rakan-rakannya, DAP menjadi sasaran fitnah dan dakwaan tidak berasas pelbagai pihak. 
DAP dikatakan kononnya menjadi penyebab PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan mentadbir Putrajaya. Pelbagai tuduhan jelek mengisi naratif yang dicipta pihak yang mahu terus menyalahkan DAP. 
Tuduhan-tuduhan ini dilemparkan mereka yang nampak seperti begitu arif dan fasih dengan apa yang berlaku, walhal yang lebih tahu adalah Perdana Menteri sendiri yang mengetuai Jemaah Menterinya. 
Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Perdana Menteri kerajaan PH, dalam hal ini, sekurang-kurannya adalah pihak yang lebih layak untuk memberikan pencerahan terhadap segala dakwaan dan tohmahan yang berlegar kerana Kabinet adalah di bawah kuasanya.

Dr Mahathir, sosok yang selalu dicop sebagai “ultra Melayu”, dalam satu wawancara bersama media, Sinar Harian, menegaskan bahawa DAP bukanlah seperti yang dimomokkan pihak lawan. 
Katanya, Lim Guan Eng dari DAP yang memegang portfolio Kementerian Kewangan di bawah kerajaan PH, mengutamakan kepentingan orang Melayu.
Penegasan dibuat Dr Mahathir ini bersandarkan kepada hakikat bahawa pelbagai peruntukan telah disalurkan oleh Kementerian Kewangan kepada negeri-negeri yang dikuasai pembangkang ketika itu. 
“Guan Eng sebagai Menteri Kewangan memberi kepada Kelantan RM400 juta, kepada Terengganu RM200 juta… Itu semua kawasan-kawasan yang kita tak miliki (kuasai).
“Kalau dia (Guan Eng) begitu sekali benci, dia tidak akan bagilah,” katanya.
Malah, kata pemimpin berusia 94 tahun itu, segala keputusan berkaitan Belanjawan 2020 yang dirangka Guan Eng sebagai contoh, dirujuk kepada beliau terlebih dahulu. 
“Belanjawan itu biasanya Menteri Kewangan sahaja buat. Tetapi belanjawan (yang dirangka) dia serah kepada saya untuk saya semak…. dan kita tentukan supaya kepentingan Melayu diutamakan,” ujarnya.
Untuk rekod, seperti yang dimumkan Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu, peruntukan hal ehwal Islam meningkat daripada RM1.2 bilion kepada RM1.3 bilion pada 2020.
Malah, Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) juga dinaikkan sebanyak RM100 sebulan. Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 33,200 guru KAFA sedia ada dengan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta. 
Kerajaan PH turut memberikan bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap Imam, Bilal (Muazzin), Tok Siak/Noja/Merbot (penjaga masjid) dan Guru Takmir sebagai menghargai peranan dan jasa mereka dalam masyarakat. 
Kerajaan PH juga menyalurkan peruntukan bagi membangunkan pemahaman Maqasid Syariah melalui beberapa program pemerkasaan dan perbincangan selari dengan inisiatif Rahmatan Lil-Alamin dengan peruntukan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM

No comments:

Blog Archive

My Blog List

Followers