SELAMAT TINGGAL TUN



Bob Kelanang

Akhirnya PH mengucapkan selamat tinggal Tun DAN saya sangat setuju pendekatan terbaru PH. Bagi saya sudah tiba masanya PH move on tanpa Tun. PH berjaya dpt 5 negeri tanpa Tun. Dapat undian popular lebih dari BN PRU 13 tanpa Tun.

Malah kerusi Bersatu paling banyak bertanding (kononnya parti Melayu) paling sedikit menang dalam PRU. PRK dan terakhir di Kimanis pengundi menolak PH yang Tun adalah PM. Di mana faktor Tun relevan di mata rakyat Malaysia? Tiba2 Tun kata orang Melayu menolak Anwar.

Pemimpin yang takut kepada PM yang bersih DAN pemimpin yang ingin menjadi pemimpin hanya untuk perut sendiri memang menolak Anwar tetapi pengundi Melayu, Cina dan India menerimanya. Malah 80% pengundi Melayu memilin Anwar sejak sekian lama. Anwar tidak popular di mata pemimpin korup tetapi popular di mata rakyat.

Sebenarnya sudah tiba masanya semua parti2 politik mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tun. Tun sudah tidak relevan dalam politik tanahair. Sikap mementingkan diri sendiri, tidak berpegang pada janji... ia membimbangkan mana2 parti politik yang ada. Semua Perdana Menteri di mata beliau tidak kena.

Pada PH bangun kembali dengan agenda Malaysia bersih dari korupsi. Saya tertarik dengan penulisan Dr Yusri, ILHAM Centre, Kuala Terengganu mengenai situasi politik dewasa ini.

1. PH dah buat 60% manifesto sebelum peristiwa 24 Feb 2020. Kenapa rakyat tak pandang benda ni?’

2. Orang Muda mengundi ikut isu. PRU15 jangkaan pertambahan pengundi muda lebih 50%. Dimensi baru politik terbuka luas. Siapa akan kuasai mereka?

3. Saya buat literature review. Kumpul maklumat tentang DAP. Kejahatan DAP terhadap Melayu dan Raja-Raja jauh lebih sedikit berbanding kejahatan orang Melayu sendiri terhadap Melayu, termasuk isu Rezab Tanah Melayu dan Raja-Raja

4. PH kena tamrinkan DAP untuk tidak bercakap hal yang sensitif. Jangan provok. Kena susun semula dan tonjolkan generasi baru DAP. Generasi tua macam Lim Kit Siang dibelakang. Yeo Bee Yin, Anthony Loke di depan.

5. Ada banyak perkara salah dalam PH. Saya tak tahu kenapa Gobind jadi Menteri Penerangan, saya tak tahu kenapa dia kat situ. Rina pun saya tak faham. Menteri Kereta Terbang, semua tu. tetapi semua sekarang dah belah sana. Perikatan Nasional sekarang dalam mode yang sangat defensif. Terpulang kepada anda.

6. Ketika PH jadi kerajaan, saya sebagai penyelidik melihat trend penurunan yang sangat menurun terhadap PH. Jika berlaku PRU15, PH akan kalah. Orang Cina juga dah menjauhkan diri dari PH. Tetapi selepas peristiwa 24 Februari, sokongan kepada PH meningkat semula. Golongan pertengahan dan atas kembali kepada PH kerana simpati. Cina kembali kepada PH. Saya lihat Perikatan Nasional tersilap langkah. Jika dia tunggu PRU15 dia akan menang. Sebab itu mereka sebut semula tentang nak pilihanraya. PH perlu menyusun dalaman secara baik.