MISI BANTUAN MAHASISWA 'LUAR KAMPUS' AGRA


ASHRAF MUSTAQIM 25.3.2020


.
ALHAMDULILLAH, hari ini telah diberi kesempatan bersama-sama rakan kepimpinan #AGRA - Angkatan Gerak Minda Malaysia juga bersama sayap AGRA Mahasiswa, sama-sama mengagihkan bantuan buat para pelajar yang tinggal di LUAR KAMPUS dari Kolej Universiti Poly-Tech MARA - KUPTM Kuala Lumpur dan UNIKL yang terjejas akibat daripada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan susulan daripada penularan wabak Covid-19.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, kasut dan luaran
.
AGRA lebih memfokuskan kepada mahasiswa luar kampus yang terjejas dan menjejaki mereka setelah koordinasi yang dijalankan pasukan pengurusan bencana AGRA.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang
.
Sebanyak 44 buah rumah yang terjejas diberikan bantuan barangan asas seperti beras, sardin, mee segera, minyak, biskut dan lain-lain. Semoga agihan bantuan ini dapat meringankan beban yang dipikul oleh para pelajar dan semoga penularan wabak Covid-19 di dalam negara akan berakhir dengan kadar yang segara.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang

.
#KitaJagaKita
#StayAtHome
#FlattenTheCurve
#NyalakanTekad
#AGRAPeduli

No comments: