KENYATAAN MEDIA

26 Mac 2020

Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan pembuangan sayur di Cameron Highlands. Hari ini, kita dapati nelayan juga buang tangkapan ke laut.

Tangkapan ikan oleh nelayan tidak dapat dihantar ke pasar, menyebabkan kerugian kepada nelayan.

Kes pembuangan adalah terpencil, tetapi ia membuktikan masalah dan nasib nelayan yang perlu pembelaan.

Akibatnya, Nelayan sekarang telah mengurangkan kekerapan ke laut kerana takut hadapi kerugian lagi.

Ini akan menyebabkan masalah sekuriti makanan jika KPK berlanjutan dan masalan rantaian tidak diselesaikan.

Pada masa yang sama, kita dapati harga barangan makanan telah naik di pasar. Harga ikan juga naik. Tapi pada masa yang sama, tak banyak pilihan. Ikan juga tidak berapa segar.

Mengapa ikan banyak didaratkan di jeti nelayan, tapi rakyat tidak dapat ikan segar dan murah?

Perintah Kawalan Pergerakan yang tidak diselaraskan dengan baik menyebabkan "supply chain disruption" berlaku di dalam sektor makanan.

JK Khas Bekalan Makanan yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan YB Azmin Ali harus berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rantaian ini.
Kerajaan harus meneliti masalah supply chain dan mempermudahkan penghantaran ikan ke pasaran tanpa mengkompromikan masalah wabak #COVID19.

Kami juga ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan Guaranteed Buy Back Scheme untuk membeli semua ikan lebihan yang ditangkap oleh nelayan sepanjang PKP ini.

Langkah ini akan menjamin sekuriti makanan negara. LKIM boleh ditugaskan untuk melaksanakan Guaranteed buy back Scheme ini. Rangkaian Persatuan Nelayan dalam LKIM adalah competent untuk melaksanakan skim tersebut. LKIM juga boleh memasarkan ke pasar nelayan dengan cepat.

Walaupun PM berkata bahawa makanan cukup, tapi rakyat tidak dapat merasainya.
Kerajaan harus serius menyelesaikan masalah supply chain disruptions sebelum rakyat tidak lagi mendapat ikan segar di pasaran atau lebih parah kekurangan bekalan ikan kelak.

YB Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
Mantan Timbalan Menteri MoA


YB Faiz Fadzil
ADUN Permatang Pasir


Tiada penerangan foto disediakan.

Pengerusi Tiada penerangan foto disediakan.

Tiada penerangan foto disediakan.

No comments: