Fokus bantuan golongan bawahan, minta Anwar

Fokus bantuan golongan bawahan, minta Anwar

Fokus bantuan golongan bawahan, minta Anwar


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan untuk memfokuskan keperluan golongan susah dan miskin yang bergantung kwpada pendapatan harian, dalam pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan Jumaat ini.
Anwar menegaskan, langkah segera perlu diambil bagi menampung kehidupan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), termasuklah para petani, nelayan, dan pekebun yang semakin terjejas.
Menurutnya, pilihan yang membenarkan rakyat menggunakan wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sama sekali tidak menampung keseluruhan keperluan golongan tersebut.
“(Pengumuman pakej rangsangan ekonomi) ini agak dua minggu terlambat. Dari awal kita sudah menggesa supaya kerajaan lebih tegas, berani menggunakan seluruh dana yabg ada, mengenalpasti keperluan semua lingkungan
“KWSP hanya dapat menampung sebahagian kecil yang berupaya dengan risiko kerana menggunakan wang sendiri dan mengorbankan kepentingan masa depan.
“Tetapi kelompok yang selalu ditinggalkan ialah golongan terpinggir, golongan miskin dan kadangkala mereka terpaksa mengharapkan belas kasihan dari program Foodbank dan Zakat,” katanya dalam menerusi video muatnaik di Facebooknya semalam.

No comments: