NURUL IZZAH TIDAK LARI WALAUPUN DIBALING BATU



Pendidikan yang tinggi, tua atau muda tidak cukup untuk menjadi seorang pemimpin. Pemimpin harus berani serta mempunyai kekuatan mental dan fizikal.
Saya masih ingat, sewaktu Keadilan berada di pihak Pembangkang dan berjuang untuk menjatuhkan rejim Umno/Bn, bukan sedikit ujian yang dihadapi oleh pemimpin Keadilan dan penyokong ketika itu.
Di dalam satu program ceramah di Pantai Dalam, KL, beberapa tahun dulu, ceramah oleh Nurul Izzah dihujani dengan lontaran batu dari pihak rejim yang berada di sebelah yang turut mengadakan ceramah. Balingan batu semakin menjadi tatkala Anwar tampil memulakan ucapan. Bahkan, seorang tua yang hadir mengikuti ceramah cedera dan berdarah di muka akibat balingan batu oleh samseng upahan mereka. Peristiwa tersebut masih terakam di Youtube.
Ceramah terus berjalan. Nurul Izzah, seorang gadis yang terlalu muda waktu itu tidak sedikit pun berganjak ke belakang, bahkan dengan lantang beliau mencabar menteri ketika itu, Raja Nong Chik untuk berdebat secara terbuka dengannya. Nurul Izzah tidak lari atau memanjat pagar. Suasana malam itu begitu kecuh kerana pihak berkuasa mengizinkan ceramah diadakan bersebelahan.
Berlaku di tempat saya sendiri di kawasan felda Lepar Hilir, Paya Besar. Sewaktu Nurul Izzah sedang berucap, pembesar suara yang dipegangnya dirampas oleh salah seorang pemuda Umno dan majlis malam itu terpaksa dihentikan akibat gangguan samseng2 upahan. Namun, Nurul Izzah tenang dan tidak lari cuma dibawa keluar kerana program dibatalkan.
Itulah hebatnya Nurul Izzah yang mewarisi sifat keberanian dan perjuangan ayahandanya Anwar Ibrahim. Tiada kenal erti takut baginya. Pemimpin yang pernah diuji dengan kesusahan dan keperitan tidak pernah lupa diri apabila berada di dalam kesenangan. Berbeza dengan pemimpin yang tidak pernah diuji dengan kesusahan, apabila diuji sedikit terasa amat takut seolah-olah dia yang bersalah.
Memang pelik, sewaktu kita menjadi Pembangkang, program kita diganggu oleh penyokong kerajaan. Itu biasa. Bila menjadi kerajaan, program kita diganggu oleh pembangkang. Itu luar biasa. Apa yang tidak kena?
WFAUZDIN NS