Turun ke Pantai Teluk Kemang petang tadi untuk beramah mesra bersama pengunjung dan peniaga petang tadi.
Suasananya sangat meriah di mana mereka menggunakan peluang cuti sempena Tahun Baru Cina untuk berehat dan beriadah bersama keluarga.
Saya juga ingatkan kepada para peniaga untuk meningkatkan mutu gerai mereka bagi menarik perhatian pelancong.
#TahunMelawatMalaysia #2020
26 JANUARI 2020
Menghadiri Majlis Perkahwinan Hazrin bersama pasangannya malam semalam.
Hazrin merupakan anak kepada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Mohd Ibrahim Khan Amanula Khan.
Saya doakan semoga kedua mempelai kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
26 JANUARI 2020
Memilih untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga Woo Tak Wei di Permatang Pasir, Port Dickson.
Tak Wei mengalami masalah lumpuh dan dijaga oleh kedua orang tuanya.
Semoga sambutan kali ini membawa keceriaan kepada mereka sekeluarga.
26 JANUARI 2020
Alhamdulillah majlis ilmu malam ini kami mengadakan solat hajat dan memohon doa supaya Malaysia terselamat dan disisihkan daripada wabak Coronavirus.