GAMBAR-GAMBAR DSAI BERSAMA RAKYAT DARI 24 JANUARI KINI SIRI 1



24 JANUARI 2020


Palestin adalah sahabat Malaysia.
Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan delegasinya di pejabat.
Saya zahirkan bahawa Malaysia akan memberikan dukungan dan sokongan berterusan kepada perjuangan Palestin.
Ini adalah isu kemanusiaan, bukan sekadar agama.
Imej mungkin mengandungi: 6 orang
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk

WRLR: JANGAN ADA YANG CEMBURU PULAK KALAU TAK BERJUMPA DENGAN ULAMAK BUSUK PERUT

25 JANUARI 2020

Hadir ke majlis Maulidul Rasul di Madrasah Darussolihin, Jalan Kebun, Shah Alam semalam.
Majlis diserikan dengan kehadiran barisan kiyai dari Indonesia; Kiyai Haji Ihya Ulumiddin, Habib Soleh Muhammad al-Idrus, Kiyai Haji Zainul Ariffin, Ustaz Mashur Farohi dll.
Ucapan dan tausiah daripada para kiyai memberi kesan mendalam kepada saya dan hadirin.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, dalaman

25 JANUARI 2020
Saya berkesempatan bermuzakarah dengan rangkaian gerakan Islam WADAH-ABIM-PKPIM di Port Dickson hari ini dalam rangka memperkukuh agenda kemakmuran dan kesejahteraan negara.
Saya tekankan peri penting terkait kefahaman Islam dibumikan secara menyeluruh sehingga ke akar umbi.
Turut dihimbau gagasan pemikiran Alexis De Touqueville dan Edward Said sebagai idea pendorong dalam mendepani pelbagai mehnah yang perlu dirungkai dalam konteks menjayakan agenda reformasi Malaysia Baharu.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan dalaman