Lebai jangan salahkan Cina pasal koronavirus
Dalam. group whatsapp masjid petang tadi, ada Ustaz hantar poster terbitan PAS yang beserta hadis, kenapa Allah haramkan makan kelawar dan katak, Lepas tu siap menghina, kata depa.. bangsa Cina ni..semua dia makan..mana tak tersebar penyakit dan Virus..
Kadang aku pelik dikalangan Ustaz ni, balik dari Al Azhar pun Ashabiyah.. dah lah ashabiyah..Jahil pulak.. mungkin benar Virus itu berpunca dari pasar yg dikatakan menghidangkan kelawar dan makanan eksotik.. Tapi sebelum menghina.. biarlah berilmu..
Dalam kita nak bagi pandangan, Jangan lah menghina.. Tu sebab kena Virus, Sebab tu Islam tak bagi makan Kelawar.. tak bagi makan Babi.. kalau orang awam kata mcm tu takpe lah.. Ni ustaz balik Mesir.. Mengajar Kitab di Masjid..
Virus, penyakit boleh datang dari pelbagai jenis medium..tak kira kelawar, unta seperti MERS, babi seperti JE.. Tapi bab hukum tu biarlah faham.. dalam Islam, hanya Babi dan beberapa binatang yg jelas haram bagi kita makan.. Itu dah Qati’e..Selainnya.. ada banyak perbezaan Khilaf dikalangan Ulama mazhab hatta Syiah..
Dalam mazhab maliki Buaya dan semua hidupan air seperti anjing laut,kura kura,ikan lumba lumba pun halal dimakan, sebab bagi depa segala binatang dilaut itu halal, mereka membezakan kedudukan hukum binatang dilaut dan darat.. bagi depa apa yg ada dilaut semua halal..
mereka merujuk dari sandaran ayat 96 surah Al-Maidah
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ ۖ..
” Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu… ”
Bagi kita, Kerang, ketam, ikan pari semua kita sapu.. bagi kelompok Syiah, ikan yang tidak bersisik haram bagi mereka..begitu juga depa tak makan Sotong,Udang.. jadi kalau nak kenal Syiah try lah ajak makan Ikan keli Bakar…
bab kelawar pulak …ada pandangan terpencil ianya dibenarkan walaupun makruh… dan sebahagian mazhab Hanafiah menghalalkannya..Allah tak letakkan senarai panjang apa jenis dan nama binatang yang boleh dimakan di alam Quran, tetapi memberikan Ummat Islam panduan.. disinilah Ulama berbeza pandangan dan tafsiran…
Dalam Bab Kelawar ni Imam Nawawi berkata,
والخفاش حرام قطعا قال الرافعى وقد يجئ فيه الخلاف
“Kelawar itu haram secara mutlak. Ar Rofi’i menyatakan bahawa mengenai hukum masalah ini ada khilaf (perselisihan di antara para ulama)
(Al-Majmu’ : juz 9, halaman 22)
Ada Ulama mengkategorikan kelawar sebagai jenis burung..sama dengan ketegori antara Biawak padang pasir dan biawak kita…kes haram bagi kelawar itu hanya bersandarkan dalil larangan untuk membunuh dan berjual beli..maksudnya Haram Lighairhi.. sama jer taraf haram hisap rokok..Bukan haram makan.. kerana jumhur Ulama merujuk dari kaedah yang diambil dari hadis Nabi..
والذي نهى عن قتله يحرم أكله..
“Binatang yang dilarang untuk dibunuh maka haram untuk dimakan.. ”
Bagi sebahagian Ulama yang mengharamkan.. mereka sandarkan kepada dalil dan sifat ( jelek dan menjijikkan) (الْخَبَائِثَ ) berdasarkan firman Allah..
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ…
” menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk ”
Surah Al Araf ayat 157..
Takrif Jijik dan jelek ini luas, Mungkin bagi masyarakat kita kalau dengar makan Buaya.. makan landak.. makan belalang..hatta makan Dhab(Biawak padang pasir) sebagai menjijikkan.. tapi Ulama berbeza pandangan…
Mcm dalam masyarakat kita lah.. ada yg tak makan Belut kerana kelihatan seperti Ular.. begitu juga ikan keli..ada yang tak makan landak.., Ada pulak yang suka makan kaki Ayam , telur dan zakar lembu..walaupun sebahagiannya nampak jijik.. itu belum cerita Kucing hutan, Dubuk yang halal bagi pandangan Ulama’..
samalah mcm Dhab.. Dhab tu standard Biawak lah bagi kita, tapi ini biawak padang pasir.. bagi Bani melayu..depa Dhab ni cuma guna sebagai Ubat kuat tenaga batin.. Nabi sendiri tidak makan Dhab.. biarpun tidak mengharamakannya..
Kenapa, Mungkin dhab begitu asing dengan Nabi, ia merujuk kepada Uruf.. kebiasaan masyarakat.. Sedangkan Khalid Ibnu Walid siap cicah dengan air asam lagi biawak padang pasir.. nak gambarkan lazat bagi depa..
Apa kata Nabi ketika dipelawa makan Dhab ?
: لاَ بَأْسَ بِهِ وَلكِنَّهُلَيْسَ مِنْ طَعَامِي.
“tidak mengapa dimakan, akan tetapi daging haiwan(Dhab) itu bukanlah dari makananku…
Mungkin ada perkara jijik bagi kita, tetapi tidak bagi sebahagian masyarakat… kalau dalam kes Eksotik ni.. bagi masyarakat Barat pun, Buah Durian sendiri dikategor buah eksotik… jijik bagi depa..depa kata kita makan sampah.. bagi kita biasa, Sedangkan makruh makan benda yang berbau..
Apa yang penting, Kita bukan saja mencari makanan yg halal, tetapi Tayyiba.. sebagaimana firman Allah..
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.
( Surah Al-Baqarah : Ayat 168)
Jelas tuntutan kepada kepada ” Halalan tayyiban” ini bukan sahaja kepada mereka yang Beriman, Hatta ia hak semua Manusia.. Ulama Tafsir membahaskan, dalam ayat yang diturunkan kepada sekalian Manusia, Allah menggunakan lafaz ” حَلَالًا طَيِّبًا” manakalan bagi orang berIman hanya digunakan perkataan Tayyibat ” مِنْ طَيِّبَاتِ ”
Surah Al Baqarah ini dikenal sebagai Surah yang diturunkan di Madinah, Jarang Quran menggunakan lafaz ” Wahai Manusia..(يَا أَيُّهَا النَّاسُ ) “.. kecuali dalam perkara tertentu..termasuk tuntutan makan yang halal ini..
Dalam Tafsir Baghawi dituliskan..
هذا خطاب للناس كلهم, مؤمنهم وكافرهم،…
” Perintah Allah itu kepada Manusia keseluruhan, Tidak kira mereka yang beriman mahupun Kafir..”
Jadi kita tak perlulah menghina.. Bukan semua China makan Kelawar… bukan semua depa makan katak.. Makanan eksotik ni wujud hatta di Vietnam,Thailand malah Indonesia sendiri… Sedangkan dalam bab makan ini sendiri, kita Ulama Mazhab berbeza pandangan…
Cuba kita lihat dan komen sesuatu isu pada pandangan yang bebas dari sentimen kebencian kaum dan Agama… sampai semua perkara kita nak kait Soal Islam dan kafir.. soal China dan melayu… Sudah sudah lah jadi jahil, Jangan jadi jahat pulak..
Ipohmali