RAMAI TIDAK TAHU KELULUSAN ANWAR IBRAHIM.

 






(Sebenarnya ramai pemimpin dan rakyat Malaysia yang tidak tahu )

LATARBELAKANG PENDIDIKAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM.


Salah satu perkara yang selalu dipersendakan mengenai DSAI ialah tentang kelulusannya yang dikatakan sekadar pelajar Kesusteraan Melayu sahaja dan hanya mendapat General Degree dari Universiti Malaya. 


Pendidikan Sekolah Menengah di Malay College Kuala Kangsar ( MCKK ).Ketika Anwar belajar di MCKK beliau menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu MCKK dan Anwar sendiri sebagai pengerusi. 


1. Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat Ijazah pertama dalam bidang SOSIOLOGI dari University Malaya 1970. 


Ketika Anwar belajar di UM beliau dipilih dan dilantik sebagai Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya ( PBMUM ). 


Anwar adalah pejuang bahasa Kebangsaan. 


Anwar berupaya memperkenalkan perkataan baru bagi menamba perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu seperti Generasi RABBANI,masyarakat MADANI,MAPAN dan lain-lain. 


2. Ijazah kedua diperingkat Masters Degree dalam bidang Political Science iaitu Advance International Studies yang terdiri daripada Political Science,International Relations dan International Laws dari University Of Wisconsin Madison, Amerika Syarikat 1976 -1978. 


3. Ph.D dalam bidang Demokrasi dan Islam dari King Saud University, Arab Saudi. Sehingga hari ini DSAI tidak meletakan title DR. di hadapan namanya walau pun beliau memiliki Ph.D yang dibuatnya dan bukan anugerah. 


4. Selepas Anwar Ibrahim mendapat Masters Degree dalam bidang Sains Politik beliau diambil oleh Raja Arab Saudi dan ditawarkan sebagai Professor dan Pengerusi fakulti Sains Politik King Saud University, Arab Saudi. 


Ketika Anwar Ibrahim mengetuai Fakulti Sains Politik di King Saudi University, dalam masa yang sama beliau membuat Ph.D dalam bidang Demokrasi dan Islam. 


5. Pada tahun 1986 Anwar Ibrahim diambil oleh Presiden Zia Ul Haq dan ditawarkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah The International Islamic University Islamabad, Pakistan. 


6. Ketika menjadi Ahli Lembaga Pengarah di TIIUI dari tahun 1986 hingga 1991 beliau mengambil satu lagi ljazah Serjana Muda dalam bidang Pengajian Dakwah Islam. TIIUI menjalin hubungan dan berkerjasama erat dengan University Islam Madinah dan University Al Azhar, Mesir. 


7. DSAI pernah menjadi Professor Political Science dan Fellow di University Of Oxford London, England. 


Fellow bermaksud AHLI AKADEMIK yang terlibat secara langsung dengan PERTUBUHAN ILMIAH sesebuah University. 


8. DSAI pernah menjadi Professor Political Science dan Fellow di Johns Hopkins University, Amerika Syarikat. 


9. DSAI pernah menjadi Professor Political Science dan Fellow di Georgetown University Washington DC, Amerika Syarikat dan kekal hingga hari ini sebagai Fellow Kehormat di Prince Al Waleed Center for Muslim and Christian Understanding Georgetown University Washington DC. 


10. Terkini DSAI sebagai AHLI AKADEMIK yang terkenal diperingkat antarabangsa menjadi Profesor Pelawat (Visiting Professor) Political Science di HARVARD UNIVERSITY AMERIKA SYARIKAT. 


11. Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik pertama Malaysia yang diakui sebagai ' PAKAR PERUNDING KEWANGAN ' oleh Bank Dunia pada tahun 2008 berdasarkan pencapaian cermerlang beliau ketika memegang Portfolio Menteri Kewangan 1991-1998 yang berjaya membentangkan Bajet Pendepatan Melebihi Perbelenjaan atau Surplus Budget selama 5 tahun berturut-turut 1993,1994,1995,1996,1997. 


12. Anwar Ibrahim adalah pemimpin politik Malaysia pertama yang diakui sebagai ' PAKAR EKONOMI & KEWANGAN ' oleh Bank Kesatuan Europah pada tahun 2014 berdasarkan pencapaian beliau ketika menjadi Menteri Kewangan. 


13. Anwar Ibrahim bukan sekadar pemimpin politik yang berjaya beliau juga dikenal sebagai AHLI AKADEMIK yang terkenal diperingkat antarabangsa dan sentiasa diundang membuat Public Lecture di University terkenal seperti University of California at Berkeley, Stanford University California, London School Of Economy and Political Science ( LSE ) dan banyak lagi. 


14. Sebagai Serjana, Cendekiawan dan Ahli Akademik, Public Lecture pertama Dato' Seri Anwar Ibrahim selepas menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah di University of California at Berkeley Amerika Syarikat yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani. Public Lecture tersebut boleh di access melalui Youtube. 


15. Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang terpelajar dan berpendidikan tinggi.


Anwar adalah perdana Menteri Malaysia pertama berkelulusan Political Science diperingkat Masters Degree dan Ph.D dalam bidang Demokrasi dan Islam. 


DSAI adalah Perdana Menteri Malaysia pertama yang lahir dari Gerakan Dakwah Islam ( ABIM ) 


Anwar adalah pemimpin politik pertama dari Malaysia yang disenaraikan ke kelompok 100 orang yang paling berpengaruh di dunia bagi kategori POLITIK oleh Majalah Time pada tahun 2008. 


Anwar adalah pemimpin politik pertama dari Malaysia yang disenaraikan ke kelompok 50 yang paling berpengaruh di dunia bagi kategori POLITIK oleh Majalah The Muslim 500. 


DSAI adalah pemimpin politik Pertama menerima Anugerah ' Noble Prize ' bagi kategori keamanan pada tahun 2017. 


Credit : ARJ.




BERAPA NILAI KONTRAK 4 BUAH HELI.


MMR



 Kontrak Perolehan 4 buah Combat Search & Rescue H225M helikopter yang telah ditandatangani LOI oleh Kerajaan kita dijangka bernilai sehingga RM1.3Bilion untuk Tentera Udara Diraja Malaysia 








Di sini mesti ramai follower akan terkejut dengan nilai kontrak sehingga RM1.3Bilion itu hanya untuk 4 buah Helikopter , mari kita akan ambil contoh 3 kontrak perolehan helikopter H225M daripada 3 Negara Singapura, Indonesia dan Rumania 


bermula dengan Singapura pada tahun 2016 Kerajaan Singapura telah meluluskan bajet $1Bilion USD untuk program penggantian helikopter AS322 super puma dan pada tahun itu juga mereka telah menandatangani kontrak perolehan sebanyak 16 buah CSAR H225M Helikopter mengikut pengiraan sebuah H225M akan berada dalam nilai $63juta USD dengan harga ini helikopter mereka yang dapat adalah full spec dengan pelbagai jenis sistem seperti Radar warning , Laser warning receiver, jammer dan chaff flare kecuail Air to air refuelling pods


Bagi Indonesia pada tahun 2019 mereka telah membeli sebanyak 8 buah H225M yang bernilai $330 juta USD dalam kontrak tersebut Indonesia akan dapat pemasangan dan penyesuaian dalam Negara bukan itu sahaja helikopter mereka juga dilengkapi dengan FLIR dan rocket pods/gun pods juga tetapi kekurangan Radar warning , Laser warning receiver, jammer , air to air refuelling pods dan chaff flare 


Untuk Rumania baru ini mereka mengumumkan bahawa mereka telah membeli sebanyak 12 buah H225M yang bernilai €757 juta Euro mengikut pengiraan sebuah H225M jatuh dalam nilai €63juta euro juga


Jadinya dengan kontrak perolehan 4 buah H225M yang bernilai RM1.3Bilion ini kemungkinan kita akan dapat yang full spec dilengkapi dengan pelbagai jenis sistem contoh Radar warning , Laser warning receiver, jammer chaff flare Air to air refuelling pods dan rocket pods/ gun pods, seperti yang dikehendaki oleh Tentera Udara Diraja Malaysia






Korang tengok badan Macron dan Anwar Ibrahim. Nampak slim and fit.



Zainuddin Omar










Korang tengok badan Macron dan Anwar Ibrahim. Nampak slim and fit. 


Usia Emmanuel Macron 48 tahun manakala Anwar berusia 79 tahun. 


Apa riadah Macron amalkan?


Tinju: Aktiviti kecergasan utama, dilakukan 2–3 kali seminggu bersama jurulatih. Setiap sesi melibatkan latihan beg tinju selama 1–1.5 jam.


• Latihan Teras (Core): Melakukan senaman plank dan variasinya selama kira-kira 20 minit setiap sesi.


• Kardio dan Joging: Mengamalkan joging pada waktu pagi, termasuk ketika lawatan rasmi ke luar negara. 


• Latihan Ala Ketenteraan: Turut melakukan senaman intensif menggunakan berat badan sendiri seperti high-knee jumps, burpees dan commando push-ups ketika melawat anggota tentera.


Cuba tengok badan-badan calon PM Malaysia? Adakah mereka fit untuk jadi pemimpin kita?





NOHHHH....ZAMAN BILA LA GINI




Harakatdaily





 Fadhli Shaari pertikai pemilihan lokasi sekitar KL yang dikunjung Presiden Perancis. 


"Baik bawa tengok stesen bas Kota Bharu. Pusing 16 kali pun tak jumpa pintu masuk," ujarnya ketawa.




BUSUK HATI..DIA TAK SUMBANG APA PUN...SEMBANG JA LEBIH...

 



Baru Berita Harian memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang semakin mendapat perhatian dunia, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sudah muncul di ruangan komen.






Dalam hantaran Facebook Berita Harian Online, portal berita itu memuat naik video Anwar bersama pemimpin antarabangsa dengan kapsyen, “Biar video berbicara. PMX ‘mendunia’!!!! MAKA KAMI.”


Namun, nampaknya kapsyen ringkas itu turut menarik perhatian Wan Fayhsal yang meninggalkan komen mempertikaikan cara Berita Harian menulisnya.


“Tak perlulah Berita Harian tulis caption sebegitu. Macam JKOM,” tulis beliau.


Menarik juga. Orang lain mungkin sibuk melihat video Anwar bersama pemimpin dunia, tetapi Wan Fayhsal pula lebih tertarik hendak menegur ayat yang digunakan Berita Harian.


Bukan isu ekonomi, bukan dasar negara, bukan juga kandungan pertemuan diplomatik. Kali ini, kapsyen Facebook sebuah portal berita pula menjadi perkara yang dipersoalkan.


Mungkin bagi Wan Fayhsal, penggunaan perkataan ‘mendunia’ untuk menggambarkan Anwar sudah terlalu mirip dengan gaya komunikasi politik kerajaan.


Tetapi Berita Harian bukan sekadar menulis ayat itu tanpa konteks. Hantaran berkenaan disertakan video Anwar dalam suasana pertemuan pemimpin antarabangsa sempena Sidang Kemuncak APEC di China.


Ketika itu, Anwar berada bersama pemimpin besar dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Presiden China, Xi Jinping.


Sebelum ke China, Anwar juga baru sahaja menerima lawatan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, di Kuala Lumpur serta menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Manila.


Jadi, tidak pelik apabila liputan mengenai penampilan Anwar di pentas antarabangsa mendapat perhatian media tempatan.


Bagaimanapun, Wan Fayhsal mempunyai pandangan berbeza tentang cara Berita Harian menggambarkan perkara tersebut.


Persoalannya, adakah kapsyen yang memuji Perdana Menteri secara automatik menjadikan sesebuah organisasi media seperti jentera komunikasi kerajaan?


Kritikan terhadap media memang perkara biasa dalam demokrasi. Tetapi menarik juga apabila satu perkataan ‘mendunia’ sudah cukup untuk mengundang teguran daripada seorang Ahli Parlimen pembangkang.


Kalau selepas ini Berita Harian menulis Anwar ‘hebat’, mungkin ada lagi yang mahu mempersoalkan pilihan perkataan tersebut.


Apa pun, Wan Fayhsal boleh tidak bersetuju dengan kapsyen itu. Berita Harian pula mempunyai ruang untuk mempertahankan pendekatan editorialnya.


Sementara itu, video Anwar bersama pemimpin dunia tetap menjadi bahan berita, tidak kira sama ada kapsyennya mendapat pujian ataupun kritikan.





Anwar terima permohonan maaf Ahmad Maslan, tegur jangan bawa politik ke urusan rasmi kerajaan

 


Permohonan maaf Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung penggunaan perkataan tidak sesuai dalam pantun ketika sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Rakyat diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi kenyataan yang dilaporkan Bernama, Anwar bagaimanapun mengingatkan supaya adab dan disiplin dalam urusan rasmi kerajaan sentiasa dipelihara, meskipun suasana politik negara semakin panas.

Anwar berkata beliau memahami tekanan politik yang meningkat, khususnya ketika musim pilihan raya negeri yang boleh menyebabkan seseorang terlanjur kata ketika berkempen.

Namun, beliau menegaskan perkara sedemikian tidak sepatutnya dibawa masuk ke dalam urusan rasmi kerajaan.

Dalam perkembangan sama, Anwar memberi amaran lebih tegas bahawa anggota pentadbiran yang melanggar peraturan serta adab berjemaah dalam urusan rasmi kerajaan selepas ini sewajarnya meletakkan jawatan atau dinasihatkan berbuat demikian.

Menurut Perdana Menteri, perbezaan pandangan dalam kalangan anggota Kabinet bukan sesuatu yang luar biasa, namun teguran dan ketidakpuasan hati perlu disalurkan melalui saluran dalaman, bukannya dibangkitkan secara terbuka ketika urusan rasmi di Parlimen.

Beliau berkata ruang untuk menyuarakan pandangan secara terbuka tetap diberikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, justeru setiap anggota pentadbiran perlu menghormati disiplin dan tanggungjawab sebagai wakil kerajaan.

Anwar turut memaklumkan Ahmad sudah mengutus surat rasmi bagi memohon maaf berhubung kontroversi berkenaan dan permohonan itu diterima dengan peringatan supaya perkara sama tidak berulang.

Perdana Menteri juga merakamkan penghargaan kepada Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kerana mengambil berat soal adab berjemaah dan memastikan disiplin dalam sistem kerajaan terus dihormati.

Kontroversi itu tercetus pada 16 November lalu ketika Ahmad menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat.

Ketika menjawab persoalan mengenai pengurangan dan penghapusan tol, Ahli Parlimen Pontian itu menyampaikan pantun yang menggunakan perkataan ‘kencing’ dalam sindiran berkaitan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Perkataan itu kemudian diarahkan ditarik balik selepas dibantah Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, manakala beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) turut menggesa Ahmad meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

Menerusi surat bertarikh 17 November, Ahmad mengakui pemilihan kata tersebut tidak sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai anggota pentadbiran kerajaan. Beliau turut menegaskan tidak berniat menjejaskan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dan akan terus menyokong kepimpinan Anwar sehingga tamat penggal pentadbiran semasa.







Minit Mesyuarat Tahanan Najib Dinyahklasifikasikan Untuk Afidavit AGC

 

IMG_8584

AGC bercadang memasukkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dalam afidavit yang akan difailkan sebagai respons terhadap cabaran undang-undang dikemukakan Majlis Peguam berhubung tahanan rumah Najib Razak.

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) berhubung permohonan pengampunan tahanan rumah Najib Razak dinyahklasifikasikan bagi membolehkannya dimasukkan dalam satu afidavit mahkamah, menurut sumber.

Sumber itu berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) dikehendaki memfailkan afidavit itu susulan cabaran yang dikemukakan Majlis Peguam terhadap langkah membenarkan bekas perdana menteri itu dikenakan tahanan rumah.

“Minit itu antara dokumen yang perlu disertakan, jadi ia perlu dinyahklasifikasikan. Itulah sebabnya tindakan itu diambil,” kata sumber kepada FMT.

Jadi apabila akaun Facebook masih mengeluarkan posting, rakyat akan tertanya-tanya, adakah Najib telah langgar syarat itu?

Sumber itu memaklumkan, kelulusan Jemaah Menteri tidak diperlukan bagi proses penyahklasifikasian berkenaan, merujuk Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972.

Peruntukan itu memberi kuasa kepada seseorang menteri atau pegawai awam yang dipertanggungjawabkan dengan apa-apa tanggungjawab berkaitan mana-mana kementerian, jabatan atau perkhidmatan awam untuk menyahklasifikasikan dokumen rasmi. Ia tidak menetapkan sebarang syarat kelulusan Jemaah Menteri.

Penjelasan itu menyusuli langkah Umno meminta penerangan mengenai status minit itu, susulan beberapa bahagian dokumen itu diterbitkan dalam talian oleh bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua.\





Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan (Najib): 3 perkara yang amat jelas (Pendedahan)


 

SENYAP PULAK



 Sebelum PRU melaka DAP pertahan konsert the weeknd, puak BN PAS marah

Ni pe cite MCA buat benda yg sama tapi tak de siapa marah

 

Peh UMNO dan PAS double standard







KAKITANGAN AMBIL TAPI NAK BAYAR MACAMANA? KERIAU KE KERAJAAN PUSAT.HASIL DOK KERIAU ROYALTI TAK HABIS HABIS... GLC KERAJAAN MELINGKUP... APA LARRRR.....



Arif Kadir




 Hampir RM2bilion hanya untuk menampung penjawat awam Terengganu yang melonjak berlipat kali ganda kepada 14,000 orang berbanding zaman BN iaitu seramai cuma sekitar 7,000 orang. 


FAKTA: Penduduk Terengganu adalah seramai 1,260,900 orang berdasarkan populasi terkini tahun 2026. Peningkatan mendadak penjawat awam negeri di bawah PAS menjadikan nisbah penjawat awam dengan penduduk adalah 1:87 berbanding zaman BN iaitu 1:161. Maknanya zaman PAS, setiap 87 penduduk Terengganu terdapat 1 penjawat awam. Jumlah ini terlalu ramai, tidak efisien & membebankan kewangan negeri.


Belanja lain cuma RM346juta. Dari jumlah yg kecil ini sahaja lah yg akan digunakan utk perkara lain. Pengurusan negeri seperti ini dilihat mampu mengekalkan kuasa politik negeri tapi gagal membangunkan negeri untuk jangka panjang. UMNO-BN perlu lakukan sesuatu di Terengganu bagi membetulkan keadaan ini untuk kebaikan negeri jangka panjang.


Ariff Kadir Al-Katami

Presiden Majlis Anti Pembaziran Dana Negeri Demi Keuntungan Politik





TERKINI: ICJ DAPATI MYANMAR BERTANGGUNGJAWAB ATAS GENOSID ROHINGYA







THE HAGUE, BELANDA – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini melakar sejarah apabila memutuskan Myanmar bertanggungjawab melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap etnik minoriti Rohingya.


Penghakiman muktamad yang dibacakan di Istana Keamanan, The Hague oleh Presiden ICJ, Hakim Yuji Iwasawa itu sekali gus memihak kepada tuntutan yang difailkan oleh Gambia dengan sokongan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sejak November 2019.


PENGESAHAN KEKEJAMAN DAN PEMBUNUHAN 10,000 ROHINGYA


Dalam bacaan penghakiman tersebut, Hakim Iwasawa mengesahkan bukti menunjukkan pasukan keselamatan Myanmar membunuh kira-kira 10,000 orang awam Rohingya dalam operasi ketenteraan di negeri Rakhine pada tahun 2017.


Mahkamah turut memutuskan tentera Myanmar melakukan keganasan seksual secara meluas, keganasan melampau terhadap kanak-kanak, memusnahkan perkampungan, serta menyerang pelarian yang cuba melarikan diri secara besar-besaran ke Bangladesh.


SEJARAH BAHARU UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA


Panel 15 hakim ICJ mengambil masa selama tujuh tahun meneliti bukti dan hujah perundangan berhubung kekejaman pada Ogos dan September 2017 yang memaksa lebih 730,000 penduduk Rohingya melarikan diri merentasi sempadan.


Keputusan ini mencipta sejarah dunia apabila buat pertama kalinya sebuah negara disabitkan tanggungjawab secara langsung di bawah Konvensyen Genosid sejak perjanjian itu ditandatangani pada 1948.


SINAR BAHARU BUAT PELARIAN DI BANGLADESH DAN MALAYSIA


Penghakiman mahkamah dunia yang bersifat muktamad dan tidak boleh dirayu ini membawa kelegaan serta sinar baharu kepada lebih 1.3 juta pelarian Rohingya yang kini berlindung di luar negara.


Ini termasuk lebih 1.2 juta pelarian di kem penempatan sementara di Cox's Bazar, Bangladesh serta seramai 133,400 pemegang kad UNHCR yang direkodkan berada di Malaysia setakat September lalu.


TUNTUTAN SETERUSNYA TERHADAP MYANMAR


Melalui penghakiman ini, masyarakat antarabangsa kini mempunyai asas perundangan yang kukuh untuk meningkatkan tekanan diplomatik ke atas Myanmar agar mematuhi perintah mahkamah.


Ia merangkumi tuntutan menghentikan segala tindakan keganasan terhadap baki etnik Rohingya di Myanmar, menghukum pihak yang terlibat, serta menjamin keselamatan untuk membolehkan pelarian pulang ke tanah air dengan bermaruah.


Tenang studio 


#ICJ #Myanmar #Rohingya #Genosid #Gambia #Bangladesh #Malaysia #UNHCR #KeadilanAntarabangsa #HakAsasiManusia #BeritaTerkini #TenangStudio





PELAQ






Najib Bakar




 Bedah siasat gambaq Ahli Parlimen PN makan nasi bungkuih di Parlimen.


Ya YB Baling upload posting nak habaq kata depa cuma mampu makan nasi bungkuih.


Sedih.


Tapi hat tu orang memang dah gelak dah sebab, ayyy buat teruk ngat aih.


Yang lebih penting kita nak tengok, pukoi berapa depa pi makan tu? 


Sebab kat TV belakang depa tu tengah live sidang Parlimen. Maksudnya depa keluaq mengulaq pi makan.


Kalau ikut sidang LIVE di streaming, sekitar jam 12pm waktu YB Kuala Nerus berucap. 


Dalam shot yang sama aku screenshot dari YT dan di TV gambar posting YB Baling.


Tapi tengok sorang tu sakan dah licin nasi bungkuih dia.


Makna kata, 11.45 set ni dah keluaq dah lapaq tak sangga. Harey nggoh.


Mau budak sekolah tengok kelaku guni, depa keluaq pi kantin tak tunggu waktu rehat bulih kot no?


Parlimen berenti rehat pukoi 1pm. Sambung sidang sesi petang 2.30pm.


Tak bulih ka tunggu sat? Teruk sangat ka lapaq tu waibi-waibi semua. 


Walhal sidang pagi pukoi 10 baru start. Hampa nyerok dulu pun dan aihhh. 


Takkan mangkit 9.30 kot kan kaa.


😄




PADAN MUKA.. TENGOK N9.. APA JADI?TU UMNO NASIB BUKAN PAS..


 

RUPANYA MEREKA CEO SYARIKAT BESAR CHINA.



 “Weyh terharu tengok CEO syarikat besar China dan wakil negara China bangun puji ucapan PMX semalam” - Selagi masih ada jaga lah elok2 PMX 🙏🏻🙏🏻🥹🥹..







Dari tak ada kepada ada. Akan tetapii!!






 Dari tak ada kepada ada. Akan tetapii!!

Bila hari mengundi, tewas terjelupuk  kat pondok² panas BN waktu terima duit rm150/300 lalu lupa diri undi BN.


Then BN claim rakyat sokong BN bila menang besar setiap PRN.


Begitu juga penjawat² awam, gaji naik berkali kali zaman PMX, bila time undi, undi BN pasal takut turun pangkat la, kena tukar ke hulu banat la, sebab BN ugut. 


Begitulah kira²nya.



Pemimpin Myanmar Min Aung Hlaing nampaknya makin panas dengan ASEAN








Hari Rabu lepas, dia kata kerajaannya sedang menimbang semula hubungan Myanmar dengan ASEAN, tapi masih akan teruskan perbincangan dengan negara-negara anggota. 


Dan dia tak cakap benda ni sambil lalu. 


Kenyataan tu dibuat dalam ucapan awam yang jarang berlaku, di parlimen pusat di Naypyidaw. 


Maksudnya dia memang nak mesej ni sampai, kuat dan jelas.  


Kenapa dia geram sangat? 


Puncanya, ASEAN bermesyuarat minggu ni tanpa Myanmar, dan pendirian blok tu nampaknya mengecewakan Min Aung Hlaing yang selama ni beria-ia nak kembali bersama. 


Dia beritahu lebih 540 ahli parlimen, wakil tentera dan pegawai kerajaan bahawa kenyataan ASEAN tentang Myanmar tak munasabah.


Dia rasa Myanmar dibuli dan dilayan tak adil.


Tapi kena ingat juga kenapa ASEAN berkeras. 


Min Aung Hlaing dan pegawai kanannya dah dihalang dari mesyuarat ASEAN sejak April 2021.


Ni bila dia setuju dengan pelan damai Konsensus Lima Perkara tapi tak laksanakan pun bila balik ke Myanmar. 


Lepas tu dia dipilih jadi presiden pada April lalu melalui pilihan raya yang dikritik meluas. 


Tahun ni dia rajin melawat sana sini, termasuk ke Malaysia pada 7–8 Oktober untuk berbincang dengan Anwar Ibrahim tentang penghantaran pulang pelarian Myanmar. 


Beberapa negara memang dah mula lembut, tapi ASEAN sebagai satu blok masih tak nak beri "tiket masuk" percuma. 


Jadi, Myanmar betul-betul nak keluar ASEAN ke? 


Ada yang dah mula fikir ke arah tu. 


Kenyataan Min Aung Hlaing tak dapat tidak membuka kemungkinan dia menarik Myanmar keluar dari ASEAN sepenuhnya. 


Tapi rasanya ini lebih kepada "merajuk strategik" iaitu tunjuk protes, tapi pintu masih terbuka.


Pada masa yang sama, dia juga umum nak adakan persidangan damai pada Februari, dengan sasaran tamatkan perang dalam penggal lima tahunnya. 


Siapa yang akan berkelip dulu? 


Myanmar yang perlukan pengiktirafan, atau ASEAN yang tak nak nampak lemah?





SAMAN FITNAH ANWAR-TUAN IBRAHIM: MEI 2027 JADI MEDAN PENENTU, BUKAN LAGI GELANGGANG CERAMAH!








KUALA LUMPUR – Perang kata-kata politik yang sebelum ini bergema di pentas ceramah kini bakal memasuki gelanggang lebih serius apabila saman fitnah difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ditetapkan untuk perbicaraan pada Mei tahun depan.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 11 hingga 14 Mei serta 28 Mei 2027 sebagai tarikh perbicaraan kes berkenaan selepas pengurusan kes berlangsung hari ini.


Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan dokumen praperbicaraan selewat-lewatnya 18 Disember ini.


Pertikaian tersebut berpunca daripada ucapan politik Tuan Ibrahim di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang pada 14 Jun lalu yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah terhadap Anwar.


Antara perkara yang dipertikaikan termasuk dakwaan kononnya Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa bagi mempengaruhi siasatan polis serta mencampuri urusan pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.


Bagaimanapun, Anwar melalui pernyataan tuntutannya menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak benar, tidak berasas serta menjejaskan reputasi dan integritinya.


Lebih menarik, saman ini bukan sekadar menyentuh kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri, malah turut membabitkan reputasinya sebagai Menteri Kewangan, Presiden KEADILAN, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Ahli Parlimen Tambun.


Anwar turut memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan selain perintah mahkamah bagi menghalang kenyataan yang dipertikaikan daripada terus diterbitkan atau disebarkan.


Beliau juga memohon supaya kandungan berkenaan dipadam daripada platform media sosial yang berada di bawah kawalan defendan.


CERAMAH BOLEH PANAS, TETAPI KETERANGAN PERLU JELAS


Perkembangan ini pastinya menjadi perhatian landskap politik negara kerana ia memperlihatkan bagaimana pertentangan politik boleh beralih daripada medan pidato kepada proses perundangan.


Dalam politik, berbeza pandangan dan mengkritik kerajaan adalah perkara biasa. Malah, pembangkang mempunyai hak untuk mempersoalkan dasar serta tindakan pemerintah.


Namun, apabila sesuatu kritikan melangkaui batas dan melibatkan dakwaan yang dipertikaikan kesahihannya, persoalan mengenai tanggungjawab terhadap setiap perkataan yang dilontarkan turut timbul.


Pentas ceramah mungkin memberikan ruang untuk berpidato di hadapan penyokong, tetapi di mahkamah, setiap dakwaan perlu dinilai berdasarkan keterangan, fakta dan undang-undang.


Bagi Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, tindakan saman ini menjadi usaha mempertahankan nama baiknya melalui saluran perundangan.


Kini, perhatian tertumpu kepada Mei 2027 apabila kedua-dua pihak bakal berhadapan dalam perbicaraan yang akan menentukan pertikaian tersebut.


Dalam politik, suara boleh bergema satu negeri. Tetapi apabila isu dibawa ke mahkamah, bukan tepukan penyokong yang menjadi ukuran, sebaliknya kekuatan bukti dan hujah di hadapan hakim.


Kes masih belum diputuskan dan segala dakwaan kedua-dua pihak tertakluk kepada penelitian mahkamah.





KEH KEH KEH...

 

RMS



GPS iktiraf UEC..sedangkan PAS membantah UEC.. nak kerjasama macam mana..?? Sarawak iktiraf agama kristian sebagai agama utama di Sarawak.. boleh ke khawarij PAS masuk gereja nanti untuk program program warga setempat..??







Sarawak iktiraf pertandingan Ratu Cantik , malah menganjurkan setiap tahun sebagai kempen pelancungan.. PAS pula mahu Ratu Cantik diharamkan kerana nafsu Lebai membuak buak bila tengok wanita cantik diatas pentas..🤭


Atas kertas dah sukar, apatah lagi mencari kesamaan, kepimpinan Sarawak berdiri atas prinsip Sekular dan Liberal, PAS pula berpegang pada Khawarij Extreme, hanya PAS saja yang betul




SURAT PALESU. HANGPA BAGI LAGI KUASA . PUAK NI BUKAN TAU RASA HORMAT ...

 


SURAT PALSU TELAH BEREDAR.




PERSOALAN NYA.

KENAPA BARU SEKARANG PERKARA INI 

MAINKAN 


SELAMA LEBIH DARI 3 BULAN L.

BARU SEKARANG NAK SERANG 

ISMAIL BIN MUHD ZAIN


UNTUK APA SEMUA NI.




JOM PAKAT SOKONG....GERAKAN RAKYAT.


 

BERDASARKAN MINIT MESYUARAT YANG TULAR:









(1) Jumlah ahli Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat, ada 6 orang pada waktu itu, termasuk YDPA.


(2) YDPA meminta pendapat kesemua ahli lembaga pengampunan, berhubung tahanan rumah untuk Najib.


(3) Selepas bermesyuarat dan berbalas hujah, akhirnya keputusan mesyuarat ialah:


Setuju : 1 orang

Tidak setuju : 3 orang

Tidak jelas (serah kepada perkara 42) : 2 orang


SETUJU:

- YDPA


TIDAK SETUJU

- Peguam Negara

- Menteri Wilayah

- Ketua Polis Negara (namun akur dengan Perkara 42)


TIDAK JELAS

- Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal (Hakim Mahkamah Persekutuan)

- Supri Hashim (Pegawai Kanan Penjara Malaysia)


(4) Walaupun 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗺𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 untuk tahanan rumah Najib, namun mesyuarat 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗧𝗨𝗝𝗨 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗮𝗸𝘂𝗿 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮.


(5) Tidak timbul soal derhaka, kerana 𝗬𝗗𝗣𝗔 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝘂-𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.


(6) Semua pihak akur dengan keputusan mesyuarat dan hari ini titah YDPA telah dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebarang bantahan oleh mana-mana pihak.


Daulat Tuanku!


#DaulatTuanku

#SultanIbrahim

#YangDiPertuanAgong

##najibrazak

#TahananRumah





LAGI KEMELUT N9

 


UMNO kini berdepan dakwaan serius apabila tindakannya dalam isu peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, dikatakan mengganggu usaha perdamaian dengan Istana. 







Pengerusi Sekretariat Taat Setia Sokongan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin, mendakwa langkah UMNO itu seolah-olah sengaja menjejaskan proses memulihkan hubungan dengan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Menurut Megat, tindakan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, mengumumkan peletakan jawatan Ismail sebelum pengesahan terbuka daripada Menteri Besar sendiri menimbulkan pelbagai persoalan. 


Malah, penghantaran surat peletakan jawatan melalui wakil firma guaman ke Istana turut dipersoalkan kerana didakwa tidak mengikut saluran protokol sewajarnya.


Lebih mengejutkan, Megat mendakwa keadaan tersebut memberi gambaran seolah-olah wujud usaha meletakkan pihak Istana dalam keadaan terdesak. 


Beliau turut mengkritik Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, yang mengadakan sidang media menghargai khidmat Ismail sedangkan perkenan rasmi Tuanku Muhriz terhadap peletakan jawatan itu belum diperoleh.


Megat menyifatkan tindakan mendahului perkenan Istana sebagai tidak menghormati kuasa budi bicara institusi diraja. 


Beliau turut mendakwa kepimpinan UMNO Negeri Sembilan seolah-olah lebih cenderung meneruskan ketegangan berbanding mencari penyelesaian, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kesungguhan parti itu menghormati proses perlembagaan negeri.





CERITA NAK HARAMKAN UMNO


 

Umno NAK KATA APA LAGI PADA ANWAR?


 

Surat terbuka kepada Dato' Ismail Bin Lasim









Tarikh: 19 November 2026


Dato'.


Dalam perkembangan terbaru dan sumber-sumber dalaman yang meyakinkan, saya yakin bahawa hayat Dato' sebagai MB tidak akan bertahan lama lagi.


Sumber yang diyakini mendedahkan bahawa Zahid telah arah semua adun BN (termasuk PN) tarik sokongan terhadap Dato', dan kini telah menjadikan Dato' sebagai MB yang tiada sokongan langsung.


Sebelum ini Dato' meraih pelbagai sokongan penyokong BNPN, kini sokongan itu semakin malap dan yang tinggal menyokong Dato' hanyalah ahli keluarga Datuk sahaja.


Dulu ramai memuji, kini ramai yang mengeji.


Tiada siapa lagi mahu mempertahankan Dato'.


Jadi apa yang tinggal dalam saki baki masa Dato' sebagai MB ialah, kuasa membubarkan DUN.


Jadi saya cadangkan, Dato' bubarkan sahaja DUN Negeri Sembilan.


Kenapa Dato' mesti bubarkan DUN?


1. Dato' sudah tiada tempat dalam UMNO. Selepas ini Datuk akan disisih, dipinggir, dipulau oleh orang UMNO. Tiada siapa mahu Datuk lagi.


2. Dato' akan dianggap sebagai pengkhianat UMNO sampai bila-bila. Keluarga Datuk juga akan dijenamakan sebagai pengkhianat UMNO.


3. UMNO bukan sahaja menyerang Dato', tapi juga menyerang ahli keluarga Dato'. Lihatlah sahajalah anak Dato' dikecam beramai-ramai sejak semalam hanya kerana mempertahankan Dato'.


Sebab itu Dato', you have nothing to lose anymore jika Dato' bubarkan DUN.


Datuk juga perlu sedar, bahawa selama in Dato' memang tidak pernah menjadi pilhan pertama untuk jadi MB Negeri Sembilan. Orang-orang UMNO memperlekehkah dan menghina Dato' sebagai MB Shopi.


Oleh itu Dato', sekali lagi saya memohon kepada Dato', gunakan saki baki kuasa yang ada itu, untuk bubar DUN Negeri Sembilan.


Dato' tak rugi apa-apa sedikit pun.


Dato' boleh berehat penuh dari dunia politik UMNO yang tidak lagi mahu menghargadi segala jasa-jasa Dato'.


Membubarkan DUN, menyerahkankan kembali mandat kepada rakyat, ialah perkara terbaik yang terakhir yang Dato' mampu buat untuk rakyat.


Biar rakyat memilih semula.


Saya doakan semoga Dato' sihat dan selamat sepanjang masa.


Yang benar.


Rakyat Malaysia.





JANGAN DAFTAR PELARIAN LAGI.


 

BUTA BUTA JA PI BAGI KE WARGA ASING. KERAJAAN TAK ADA MAKANISMA KAH UNTUK HALANG MEREKA INI.?





 Tunggakan Warga Asing tanpa dokumen berdasarkan audit negara sebesar RM. 336.000.000

#reelsvideo

#refugees

#rohingyaethnic

#hospitalkerajaan

#parlemenmalaysia

#KDN

#UNHCR




SURAT MAT MASLAN.

 





SIMPATI MEMANG LAH SIMPATI. CUMA NAK SALAHKAN PDRM TAK BOLEH JUGA. SWBAB TU SIASATAN PERLU.

 



DALAM MAHKAMAH SESYEN ALOR SETAR

DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA







KES INKUES NO: KA-65B-2-10/2023

(Kematian dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis (IPD), Yan. 

Mangsa: Muhammad Afis Bin Ahmad)


Alhamdulilah. 


Perjuangan bersama keluarga mangsa selama 5 tahun akhirnya hari ini tertegaknya sebuah kebenaran & keadilan. 


Pagi ini, Puan Hakim/Koroner memutuskan antara lain kematian mangsa adalah:


1. Akibat daripada PUKULAN OBJEK TUMPUL YANG DIBAWA KE KEPALA MANGSA sehingga menyebabkan kecederaan fatal di kepala dan mengakibatkan pendarahan dalaman yang teruk. KECEDERAAN PARAH menyebabkan KEMATIAN & DILAKUKAN OLEH ORANG LAIN semasa mangsa berada dalam tahanan di IPD YAN, Kedah; dan

2. KELEWATAN pihak polis memberikan rawatan juga menyumbang kepada KEMATIAN mangsa. 


Kes pagi ini adalah 1 lagi BUKTI terhadap kegagalan REFROMASI Institusi PDRM. KEMATIAN DEMI KEMATIAN RAKYAT DALAM BANGUNAN PDRM. 


1 laporan polis akan dilakukan pihak keluarga bagi menuntut 1 siasatan di bawah 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki terlibat membunuh. 


FAKTA PENTING kes ini adalah: 


1. Mangsa berjalan masuk ke IPD Yan bersama beberapa anggota tangkapan. Mangsa masuk dalam keadaan sihat berjalan sendiri. 


2. Selepas berada di dalam bilik siasatan sekitar 45 minit - 1 jam, mangsa diseret keluar oleh 3 orang Pegawai/anggota polis. Mangsa diseret dalam keadaan sudah tidak bermaya lagi & di campak ke dalam lokap. 


3. Mangsa disahkan oleh pegawai perubatan di Hospital bahawa beliau sudah mati ketika dibawa ke Hospital. 


Kami akan berjuang sehingga suspek-suspek yang merupakan pegawai dan anggota polis di IPD Yan, diheret ke muka pengadilan. Kamu adalah #PEMBUNUH.




PM RUSSIA SAMA PMX


 

AURA TETAP ADA


 

BETOI KA ...ATAU TIPU JA.


 




LEGA







The flavour of the month ialah perkataan “LEGA”. 


Penyokong UMNO lega, akhirnya Bossku mereka keluar penjara. Dapat tahanan rumah, ada peluang kes 1MDB pun diampun penuh bila BN menang pilihanraya. 


Penyokong PH lega, akhirnya minit mesyuarat Lembaga Pengampunan didedahkan. Tunjukkan Menteri PH mereka menentang tahanan rumah. Bukan mengiyakan. “Reformasi masih intact”. 


Namun isu “LEGA” yang lebih besar ialah bilamana Bar Council mencabar Pengampunan Diraja DSNR. 


Untuk senang hadam, sis ringkaskan. 


Kuasa pengampunan YDPA termasuk MELEGAKAN hukuman. 


Isunya adakah melegakan hukum itu termasuk tahanan rumah. Yang undang-undangnya belum pernah ada. 


Adakah ini bermaksud YDPA dalam memberi lega hukum boleh tetapkan mana2 hukuman lebih ringan hatta yang tidak termaktub dalam undang2? 


Contoh selain tahanan rumah. Bolehkah YDPA tetapkan pesalah boleh diampun dan tinggal di Istana? Atau boleh jalani hukuman di luar negara? 


Tiada undang2 yang menetap atau menghalangnya. Inilah isu yang Mahkamah perlu perhalusi. 


Adakah budi bicara pengampunan terbatas kepada apa yang ada dalam undang2? 


Untuk rekod, dalam kes pengampunan DiRaja YDPA Sultan Abdullah, tahanan tumah DSNR ditolak olej Mahkamah kerana tiada peruntukan undang-undang. Keputusan ini peguam DSNR tidak buat rayuan, maka nas undang2nya masih kekal. 


Apa pun, keputusan tahanan rumah ini masih belum LEGA sepenuhnya. Kuasa budi bicara YDP Agong ini masih boleh diuji di Mahkamah. Panjang lagi cabarannya. 


Kita sebagai pengundi hanya boleh tarik nafas lega. 


Bila kita yakin institusi dalam negara masih terjaga. 


Untuk memastikan no one is above the law. 

Hatta seorang Raja. 


Itu maknanya Raja Berpelembagaan. 


Bila kepentingan negara diletakkan mengatasi kepentingan mana2 parti atau personaliti. 


Moga lebih terjaga ibu pertiwi untuk cucu cicit kita nanti. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki