FUHHHH...


RMS


 Saja share sebelum PAS buat report polis besar besaran kerana Adendum.. 😇😇





WOIII- SAMPAI LA OK JA KERAJAAN NI


 

MAHKAMAH KINI TIADA CAMPURTANGAN- TIDAK SAH KERANA TIDAK DIMASUKKAN DALAM LEMBAGA PENGAMPUNAN- KENA MOHON SEMULA OLEH BANDUAN .


 

BEGITULAH HOPOKRASI PAS


 

MMMMM.....


 

PAS AKAN TUNGGANG APA SAJA. UNTUK PECAH BELAH BELAH- BODO ...


 

*MEMAHAMI KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN KES ADDENDUM NAJIB*



Kes DS Najib Tun Razak yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan semalam telah mendapat liputan meluas. Sejurus keputusan itu dibuat, pemimpin pembangkang khasnya daripada PAS terus membuat hashtag ‘KerajaanDerhaka’ tanpa memahami kesan kes tersebut. 



Laporan yang dibuat oleh pemberita The Edge ini boleh memberikan gambaran tepat berkaitan hal tersebut. Namun, ianya ditulis dalam bahasa inggeris dan menyukarkan sebahagian rakyat untuk mendapat akses tepat. Laporan asal itu boleh diakses di link berikut:


https://theedgemalaysia.com/node/739934


Dalam keputusan 2-1 Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan tersebut khususnya berkaitan keterangan lanjut dalam afidavit anak najib, Nizar Najib kerana tiada sanggahan daripada Peguam Negara berkaitan kewujudan adendum itu dan apa jua dapatan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan bahawa cerita adendum itu sebagai satu bukti cakap dengar (hearsay) yang tidak lagi dapat dipertahankan. 




Sebelum itu, dalam permohonan untuk mendapatkan semakan kehakiman itu, Najib menyatakan bahawa beliau telah menulis kepada enam responden daripada kerajaan untuk mengesahkan kewujudan adendum itu tetapi tidak mendapat sebarang jawapan balas. 


Najib juga memohon perkenan Sultan Pahang untuk menggunakan adendum itu dalam affidavit dan perkenan Sultan Pahang hanya diperolehi pada 2/12/2024. Tanpa perkenan Sultan, Najib tidak boleh memaksa Sultan Pahang untuk memberikan adendum tersebut. 


Jadi, berdasarkan faktor itu, dua orang Hakim Mahkamah Rayuan itu telah memutuskan Najib telah mematuhi prinsip yang dikemukakan dalam kes Ladd vs Marshall (di mana bukti tidak tersedia ketika itu, usaha wajar yang munasabah telah dilaksanakan, dan ia akan mempengaruhi keputusan kes). 



Peguam Negara pula tidak mencabar kewujudan adendum yang didakwa, oleh itu adendum dianggap wujud oleh Mahkamah. Oleh itu, kedua-dua hakim itu berpendapat bahawa pada peringkat ini, kewujudan adendum itu telah berjaya dibuktikan oleh Najib meskipun kedua-dua hakim itu masih belum memutuskan mengenai ketulenan adendum tersebut atau setakat mana adendum itu berkuatkuasa. 


Berdasarkan prinsip undang-undang yang terpakai dalam sesuatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan sesuatu semakan kehakiman, seseorang yang terkilan itu hanya perlu menunjukkan bahawa beliau mempunyai kes yang boleh dipertikaikan, kes itu tidak remeh dan menyusahkan. Dalam hal ini dua hakim tersebut berpendapat kes ini mempunyai merit untuk diberikan kebenaran bagi memulakan proses semakan kehakiman. 


Manakala, hakim yang tidak bersetuju dengan rayuan ini pula berpendapat hakim Mahkamah Tinggi ketika itu telah bertindak menurut undang-undang apabila tidak tidak menerima keterangan oleh Nizar. Hakim juga berpendapat keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang memetik keterangan daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai keterangan cakap dengar (hearsay).


Hakim yang tidak bersetuju ini juga memutuskan bahawa tawaran Nizar untuk mengemukakan bukti tambahan tidak melepasi ambang yang perlu dipenuhi seperti dalam kes Ladd vs Marshall, dan dia mendapati tiada merit untuk menerimanya sebagai bukti lanjut.


Kes ini kelak akan didengar oleh hakim baharu dan tarikh pengurusan kes telah ditetapkan pada 13/1/2025.


Berdasarkan fakta ini nyatalah bahawa kes adendum ini baharu sahaja bermula di peringkat kebenaran untuk memulakan proses semakan kehakiman. Itu pun jika peguam negara tidak membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Jika peguam negara merayu kepada Mahkamah Persekutuan maka kes ini masih lagi akan tertangguh.


Isu yang dimainkan oleh pembangkang bahawa kononnya PMX zalim terhadap Najib, PMX menyembunyikan kewujudan adendum, Najib mendapat perbicaraan yang pincang, Anwar tidak adil itu hanyalah slogan politik pembangkang terutamanya daripada pemimpin, ahli dan penyokong PAS. Permainan politik menuduh sedemikian bukanlah perkara asing bagi orang PAS kerana baru-baru ini pemimpin mereka pun telah disabitkan fitnah Sepupu Chin Peng sehinggakan terpaksa membayar RM825,000 kepada pemimpin DAP. 


Jika ditelitikan fakta kes Najib ini, beliau telah menamakan enam responden iaitu 


1. Komisioner Jeneral Penjara

2. Menteri Dalam Negeri

3. Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Di Jabatan Perdana Menteri

4. Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya

5. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi)

6. Kerajaan Malaysia

7. Peguam Negara Malaysia


Untuk rekod, Najib telah dihukum penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta. Melalui pengampunan Diraja yang diputuskan pada 29/1/2024, hukuman Najib telah dilegakan kepada 6 tahun penjara dan RM50 juta denda bermula 22/8/2022. 


Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Najib memohon suatu perintah mandamus untuk memaksa responden-responden itu mengeluarkan perintah pengampunan yang asal bersama dengan satu titah tambahan (adendum) yang dikatakan dibuat oleh YDPA ke 16.


Walau bagaimanapun, undang-undang menetapkan bahawa perintah asal itu adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi dan tidak boleh didedahkan kepada orang ramai. 


Di dalam afidavit sokongannya, Najib menyatakan beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menulis surat bertarikh 14/2/2024 kepada peguam negara yang mana salinannya telah dihantar kepada PMX dan DS Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri. 


Selanjutnya surat juga telah dihantar oleh peguam Najib kepada Menteri KDN, Lembaga Pengampunan dan Menteri yang menjaga Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri berkaitan isu yang sama. 


Kesemua surat yang dihantar itu tidak mendapat maklum balas dan oleh itu, Najib menegaskan bahawa kegagalan untuk memberikan jawapan yang tuntas adalah satu tindakan yang tidak rasional, tidak munasabah, tidak sah dan arbitrari serta melanggar peruntukan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan kuasa pengampunan Diraja.


Dalam afidavit tambahan, Najib juga menyatakan telah menulis surat bertarikh 25/3/2024 kepada YDPA ke 16 dan YDPA ke 17, iaitu YDPA sekarang berkaitan niatnya untuk memfailkan semakan kehakiman ini. 


Suatu yang agak aneh dalam perjalanan kes Najib ini adalah Najib tidak memaklumkan kepada Mahkamah mengenai apa-apa maklum balas daripada istana mengenai suratnya tersebut. Malah, pada 10/12/2024 penasihat undang-undang negeri Pahang telah mengeluarkan satu kenyataan mengatakan beliau telah masuk menghadap Sultan Pahang bersama dengan Menteri Besar Pahang dan menyatakan Istana Pahang tidak akan membuat apa-apa kenyataan berkaitan isu adendum ini kerana menghormati prosiding Mahkamah Rayuan pada 6/1/2025.


Agak mengejutkan juga kerana tiba-tiba pada 4/1/2025 (hari Sabtu), Istana Pahang telah mengeluarkan satu surat pengesahan kepada anak Najib berkaitan kewujudan titah adendum yang dimaksudkan itu dan pada 6/1/2025. Barangkali tindakan ini telah menyebabkan peguam negara juga turut tergamam sama seperti khalayak ramai. Apa yang menyebabkan perubahan pendirian Sultan Pahang itu tidaklah kita ketahui. Jika Sultan Pahang semenjak awal-awal lagi membuat pendedahan tersebut barangkali Najib pun tidak akan memfailkan permohonan semakan kehakiman ini. 


Justeru, adalah tidak adil kepada pembangkang untuk membuat tohmahan kononnya kerajaan perpaduan pada hari ini adalah tidak adil kepada Najib atau ingin menyorokkan fakta titah adendum tersebut. 


Pastinya, ketulenan atau proses pembuatan titah adendum sendiri akan menjadi persoalan penting kepada Mahkamah Tinggi kelak. Satu perkara lagi, isu berkaitan titah Diraja ini adalah sesuatu yang di luar perbicaraan Mahkamah (non-justiciable). Namun, sebagai Raja Berperlembagaan semua orang perlu patuh kepada peruntukan perlembagaan. Kuasa untuk pengampunan ini adalah terkandung dalam Perkara 42. Maka, kelak ada kewajaran juga bagi mahkamah untuk meneliti titah adendum ini sama ada bertepatan dengan kehendak Perkara 42 sebelum ianya dilaksanakan kerana setiap hakim telah bersumpah semasa mengambil jawatan itu untuk memelihara Perlembagaan Persekutuan.


Namun, seperti biasa pembangkang akan mencari celah untuk menggugat kestabilan kerajaan perpaduan. Pada hari ini pun kita melihat laungan mereka supaya PMX meletakkan jawatan kerana kononnya derhaka kepada Raja. 


Sebenarnya PMX sendiri sudah berbuat melebihi tuntutan undang-undang. Proses pengampunan Najib itu sendiri adalah satu perkara yang luar biasa jika dibandingkan dengan banduan atau tahanan lain. Tahanan Maunah misalnya menunggu berpuluh tahun sebelum mereka diberikan pengampunan. Begitu juga dengan pengampunan PMX hanya dibuat setelah 10 tahun meringkuk dalam penjara. 


Dalam ucapannya pada 12/12/2024 di hadapan mahasiswa UiTM dalam program FlySiswa, PMX menyatakan bahawa beliau melihat tiada agenda untuk membincangkan petisyen pengampunan Najib dalam sidang Lembaga Pengampunan dan beliau telah menghadap YDPA untuk memohon bagi memasukkan agenda tersebut. Ini suatu tindakan yang mulia dan bertanggungjawab jika mengambil kira PMX pernah masuk penjara pada zaman Najib dan tidak pernah mendapat pembelaan sedemikian daripada Najib. 


Barang diingat juga bahawa Istana Negara telah mengeluarkan satu kenyataan media pada 3/1/2025 menegaskan kuasa YDPA di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan untuk memberi ampun, tunda hukum atau lega hukum. Kenyataan seperti ini seperti memberikan isyarat bahawa YDPA terbuka untuk menerima apa-apa permohonan lega hukum yang baharu daripada Najib. 


Oleh itu, isu untuk PMX meletakkan jawatan atau menyorokkan maklumat adalah tidak berbangkit langsung kerana semua yang dilaksanakan oleh PMX itu adalah selaras dengan kehendak undang-undang. 


Selain itu, jika dilihat kepada kes rayuan ini, hakim Mahkamah Rayuan menanyakan kepada peguam negara kenapakah mereka tidak memberikan sebarang maklum balas berkaitan kewujudan adendum ini dan hakim tidak pula menyalahkan PMX. Peguam Negara selaku badan penasihat tertinggi kerajaan terhadap isu undang-undang pastinya sudah menasihati tindakan yang wajar dibuat oleh PMX dan PMX telah patuh terhadap nasihat itu sehinggakan sewaktu ditanyakan dalam parlimen berkaitan isu ini PMX menyatakan kesediaannya untuk menjelaskan selepas kes Najib selesai. Mungkin pihak peguam negara perlu segera memberikan penjelasan mengenai hal ini dan pendirian mereka terhadap titah adendum tersebut. PAS pula tidak nampak menyalah peguam negara dalam hal ini dan menuntut supaya peguam negara meletakkan jawatan. 


Mungkin pihak PAS melihat tiada lagi cara untuk mereka menggerakkan gerakan tebuk atap maka mereka menggunakan cara murahan sebegini untuk menggenapkan atau menchukopkan jumelooh yang diidam-idamkan itu.


Dr Zulqarnain Lukman

7/1/2025

7 Rejab 1446H




BAIK DIAM JA.

 

MSO


Orang ini kata semua anggota kabinet perlu letak jawatan kerana bersikap tidak telus mengenai addendum Najib. 



Sebelum kamu menuduh orang tidak telus kencing dalam tempurung dulu tilkk diri sendiri sejauh manakah ketelusan dan intergriti yang kamu miliki.


Kalau tindak tanduk dan sikap kamu boleh dipertikai, jangan kamu cuba cuba hendak persoal pihak lain. Cara itu samalah dengan kuali yang mengatakan periuk hitam.


Rasanya lebih baik diam dari mempamerkan kedangkalan dan kebusukan sendiri. Trims.



MESYUARAT 2 HALA MALAYSIA SINGAPURA CAPAI BEBERAPA PERSETUJUAN.

 


Alhamdulillah, mesyuarat dua hala antara delegasi Malaysia dan Singapura hari ini menyaksikan beberapa persefahaman dan kemajuan dicapai dalam menyelesaikan isu-isu berbangkit dan tertunggak. 








Meskipun penyelesaian akhir masih belum diputuskan, namun kemajuan dan kesepakatan yang diperoleh hari ini cukup bermakna dalam usaha meneroka situasi menang-menang dalam merungkai isu-isu yang telah berlanjutan sejak puluhan tahun.


Dalam sidang media bersama usai mesyuarat dua hala, saya maklumkan pimpinan kedua-dua negara mencapai beberapa persefahaman terkait pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi serantau dan memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara. 


Perbincangan turut menyentuh rundingan isu persempadanan maritim, bekalan air, ruang udara dan eksport tenaga melalui kabel dasar laut. Pendekatan ini melibatkan kerjasama erat dengan jiran serantau untuk mencapai penyelesaian terbaik.


Selaku Pengerusi ASEAN, saya zahirkan penghargaan atas sokongan Singapura terhadap usaha Malaysia untuk memanfaatkan peluang ini untuk mencipta peluang baharu dalam tenaga, pendigitalan, perdagangan, dan pelaburan serantau bagi memperkukuh kedudukan ASEAN di pentas global.


Sebelum itu, saya dan PM Lawrence menyaksikan pertukaran lapan dokumen merangkumi Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) serta enam memorandum persefahaman (MoU) dan satu surat niat (LOI) terkait kerjasama dalam bidang pendidikan, wanita dan kebajikan sosial, perubahan iklim, penangkapan dan penyimpanan karbon, pembangunan bandar, serta usaha memerangi jenayah rentas sempadan.


🇲🇾🇸🇬 


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



FUHHH... LAMA DAH YDP AGONG MURKA.


Abu Mishkat


 Alaa.. Pembangkang dah lama tak ada modal besar nak bantai kerajaan. Ada modal kecik2 asyik kantoi jer


So modal adendum nilah dibalun sepuasnya walaupun nampak tak sekolah




ORDINAN DARURAT VS TITAH ADENDUM: AGONG LEBIH MURKA DENGAN PN!


Puak Perikatan Nasional (PN) sekarang ni bermati-matian menjadikan Titah Adendum sebagai peluru tunggal mereka, mengkritik Kerajaan MADANI kononnya mendatangkan murka ke atas Yang di-Pertuan Agong terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


PN ni terlupa gamaknya, masa mereka jadi kerajaan dulu YDPA lebih murka dan dukacita dengan tindakan mereka yang mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat di parlimen tanpa perkenan Seri Paduka Baginda.


Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin pada ketika itu, PN bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


#MyCommunityNews

#MCN

#KerajaanMADANI

#taatsetia

#MembangunMalaysiaMADANI

#PNDerhaka



TAHNIAH - PEMENANG DALAM INNOVATHON


 Tahniah kepada inovasi Bio Polyol yang telah dinobatkan sebagai pemenang Episod 5 INNOVATHON Musim Kedua. 



Inovasi ini adalah penggunaan kelapa sawit sebagai alternatif bahan mentah kepada keperluan bahan mentah petroleum yang tinggi bagi penghasilan poliol poliuretana.


Tahniah kepada Prof Madya Khairiah Haji Badri yang telah mengetuai pembentangan pada Episod 5.


Kemenangan pada minggu kelima akan melayakkan mereka terus pusingan akhir untuk berentap dengan bakal-bakal finalis yang akan membentangkan inovasi mereka pada minggu seterusnya.


Jangan lupa untuk saksikan Episod 5 INNOVATHON pada jam 9 malam, 4 Januari 2025 (saluran Astro) dan 5 Januari 2025 (saluran RTM).


INNOVATHON adalah rancangan realiti televisyen yang menginspirasikan minda terbaik negara untuk mencipta penyelesaian dan inovasi kepada cabaran ekonomi dan sosial yang merupakan kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).



3 HARI UNTUK FORUM EKONOMI 2025

 


Rafizi Ramli


Tinggal 3 hari lagi menjelang Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) yang pertama anjuran Kerajaan MADANI yang akan menghimpunkan kira-kira 50 speaker terkemuka daripada pelbagai bidang untuk membincangkan isu penting seperti dasar kewangan untuk ekonomi mampan, teknologi hijau, dan reformasi pendidikan dalam era digital.



YAB Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama di FEM2025. Pendaftaran masih dibuka kepada semua.


Daftar kehadiran anda sekarang:

https://fem.ekonomi.gov.my/request-invitation 


Barisan jemputan dan ahli panel:

https://fem.ekonomi.gov.my/speakers

 

Semak agenda program:

https://fem.ekonomi.gov.my/agenda



AKU HARAP LAH PDRM PANGGE DAN TAYA WALAUN NI. MP TAK LULUS MATEMATIK.


 

TARAK.......


Che Ibrahim


 Adakah peguam Najib telah mengemukakan apa apa bukti penyampaian bahawa titah itu telah disampaikan secara sempurna kepada responden sebelum ianya disembunyikan???





WOIIII... AWAT TAK DENGAQ CAKAP AKU? HANGPA BINGAI KA APA?

 


GAGAH MENYOKONG TAPI DULUNYA GAGAH MEMENJARAKAN SI BANDUAN.

 

Mohd Fairul Al Qasas


Suatu masa lalu. Zaman PN perintah, mereka penjarakan Najib.


Bila zaman PMX, mereka tuduh PMX aniaya Najib  atas dendam peribadi sebab Najib kenakan Anwar suatu masa lalu.


Begitulah tuan tuan. Allah nak kita berfikir.





9.25 PAGI INI | EKSKLUSIF BERSAMA USTAZ ALWI MUDA DALAM RANCANGAN ASSALAMUALAIKUM TV ALHIJRAH






YADIM TV membawakan secara streaming rancangan Assalamualaikum terbitan TV ALHIJRAH sebagai inisiatif melestari gerakan dakwah dan memperkasa Kerajaan Madani.


Panel :  Ustaz Alwi Muda, Pengarah Yadim Negeri Pahang.


Tajuk : Warga Emas Ibarat 'Kain Buruk"?


Tarikh : 7 Januari 2015 (Selasa)

Masa : 9.25 pagi

Platform : FB Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Pahang


======================


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan

InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani

#PDN2024



SUDAH terang dan jelas.


Wang Xiang. 


Inilah seperti dikatakan lebih awal bahawa Pa$ hanya menunggang isu Najib. Sememangnya hipokrasi Pa$ dalam berpolitik memang tiada tandingan.

Apa saja boleh tunggang mereka tunggang ... apalah sangat kalau tunggang biawak.

Hanya ada segelintir ahli Umno yang belum sedar .




PENGHASUT 100 TAHUN



 

Wang Xiang


100 tahun batu ronson




Siapa sorok?


Aman Mohammad


Berdasarkan surat istana Pahang yang ditunjuk oleh peguam Najib di Mahkamah Rayuan semalam, bahawa titah addendum itu telah diserahkan kepada Peguam Negara bertarikh 29 Januari 2024.


Jadi, orang pertama yang tahu kewujudan titah addendum tu ialah Peguam Negara.


Siapakah Peguam Negara pada ketika itu? 


iaitu Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh, beliau  menjadi Peguam Negara bermula 6 September hingga 11 November 2024.


Sekarang beliau dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.


Jadi kalau penyokong Najib nak pergi maki, pergilah maki suspek utama ini.


Jangan maki orang yang takde kaitan.

:)



BAGAIMANA NAK LAKSANAKAN PERINTAH YANGBTIADA FALAM PERINTAH

 

KDN-SAIFUDDIN NASUTION


Bagaimana kami (KDN & Jabatan Penjara Malaysia) hendak melaksanakan perintah (tahanan rumah) yang tidak ada dalam perintah pelaksaanan hukuman? 


Saya jelaskan dengan teliti dalam video ini, petikan daripada sidang media saya semalam. InsyaAllah KDN terus komited menjalankan tanggungjawab kami kepada rakyat Malaysia.




INDAH HIDUP DENGAN DALIL.


 Jamzuri Ardani


Walaupun berbeza pendirian, saya boleh faham sikap dan pendirian rakan-rakan Umno. Mereka dari awal berpendirian Najib tidak bersalah dan konsisten dengan sikap mereka. 


Berbeza pendirian dalam politik itu biasa dan ianya tidak seharusnya menghalang melakukan kerjasama demi kepentingan rakyat dan negara. 


Tapi PAS ni terbukti sangat-sangat hipokrit dan tidak berprinsip. Langsung tak boleh nak brain perangai mereka. Menonggang apa sahaja demi politik. 


Mungkin ini yang dikatakan indahnya hidup dengan dalil. Semua boleh putar.



SAIFUDDIN BOCORKAN RAHSIA, TITAH TAHANAN RUMAH TIADA DLM SURAT KPD PENJARA

WALAUN KESIAN SUNGGUH! MEREKA FAHAMKAH ISU ADENDUM INI! MARI DENGAR PENC...




ADENDUM DI SOROK? ANTARA TUDUHAN & DAKWAAN GENG PAS & PERIKATAN NASIONAL...



Kes samada adendum wujud atau tidak sebenarnya baru bermula.
1. Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan majoriti 2-1 yang telah di ketahui ramai.
2. Cuma saya nak ulas sedikit dalam bahasa awam agar semua dapat memahami situasi yang sedang berlaku selaras dengan sistem perundangan negara.
3. Di Mahkamah Rayuan hari ini, Hakim belum lagi membicarakan samada Titah Adendum itu wujud atau tidak. Belum lagi.
4. Yang di bicarakan hari ini adalah samada keputusan Mahkamah Tinggi menolak memberikan Kebenaran Semakan Kehakiman Najib, samada keputusan itu (tidak memberikan kebenaran) adalah keputusan yang betul atau tidak.
5. Masih ingat kan apabila Hakim Mahkamah Tinggi menolak daripada memberikan Kebenaran Semakan Kehakiman atas alasan antaranya bahawa Afidavit yg di failkan Zahid Hamidi dan Wan Rosdy sebagai Keterangan Dengar Cakap (hearsay).
6. Jadi, untuk melawan hujahan "Hearsay" di atas, team Najib memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk memasukkan bukti tambahan melalui Afidavit Nizar yang mengesahkan berkaitan adendum berkenaan berdasarkan komunikasi beliau dengan Baginda Sultan Pahang.
7. Prosiding Semakan Kehakiman ni ada 2 peringkat. Peringkat 1 adalah Kebenaran (leave) manakala Peringkat 2 adalah Merit. Di Peringkat 1 Merit kes (samada titah adendum itu wujud atau tidak) belum lagi akan di pertimbangkan oleh mahkamah (itu kena lepas Peringkat 1 baru pergi Peringkat 2)

8. Pertimbangan mahkamah (di Peringkat 1) adalah samada kes Pemohon munasabah atau tidak untuk di teruskan perbicaraan di Peringkat 2.
9. Jadi di sebabkan tiada cubaan penafian oleh Pejabat Peguam Negara (di Peringkat 1) (sepertimana Hakim rasa "terganggu" dgn surat istana yang di kemukakan hari ini) maka majoriti Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Najib telah melepasi syarat minima untuk melepasi Peringkat 1 untuk pergi ke Peringkat 2.
10. Jadi sebab itulah saya katakan bahawa isu samada Titah Adendum itu wujud atau tidak sebenarnya hari ini baru bermula apabila Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan perbicaraan Peringkat 2 di teruskan di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim berbeza. Sumber Berita 1. FB Norman Radzuan



Anwar antara 10 pemimpin dunia yang diperhatikan pada 2025, kata media Singapura



 

Media Singapura menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai antara 10 pemimpin dunia yang diperhatikan pada 2025 sebaris dengan Presiden AS, Donald Trump.

Anwar menggalas tugas besar pada tahun 2025 apabila memulakan tanggungjawab memimpin rantau Asia Tenggara selaku Pengerusi ASEAN.

Media luar melaporkan, kepengerusian Anwar akan menguji kepimpinan Asean beliau dalam memajukan rantau ini.

Dua inisiatif besar Asean, yang bertahun-tahun diusahakan, dijangka akan dimuktamadkan di bawah pengawasan Datuk Seri Anwar.

Pertama ialah penambahbaikan kepada Kawasan Perdagangan Bebas Asean-China, yang akan meningkatkan pertukaran dan pelaburan ekonomi antara wilayah.

Kedua ialah Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital, yang diunjurkan menggandakan saiz ekonomi digital Asean pada 2030 dengan mengurangkan halangan dan membangunkan piawaian untuk e-dagang rentas sempadan, pembayaran digital dan penggunaan kecerdasan buatan (AI).


“Anwar akan mengaitkan kejayaan ASEAN sebagai hasil daripada usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan asing ke rantau ini dan memajukan pembangunan ekonomi Malaysia secara keseluruhan.

“Namun, dia mahukan lebih banyak lagi – peluang menjadi pemimpin global,” lapor The Straits Times.

Anwar adalah pemimpin yang melihat jawatan pengerusi ASEAN Malaysia 2025 sebagai peluang untuk mengubah dunia dan hala tuju kumpulan itu.

Mengkritik “dunia unipolar lama”, pemimpin berusia 77 tahun itu menyeru perubahan dalam sistem kewangan global yang dianggapnya mengutamakan Negara-Negara Utara berbanding Negara-Negara Selatan.

Pengkritik mungkin menganggapnya sebagai oportunis, tetapi Anwar berkata sudah tiba masanya Negara-Negara Selatan (dan Timur) memainkan peranan dalam mengubah struktur yang “menyisihkan negara membangun”.





PM Anwar Luncur Maskot Beruang Matahari Sempena Visit Malaysia 2026

 

Majlis peluncuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di KLIA Sepang pada Isnin. Foto Bernama

SEPANG, 6 Jan – Beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang disempurnakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih menarik, watak Wira bagi beruang jantan dan Manja untuk beruang betina diperkenalkan bagi memeriahkan kempen sepanjang tahun depan.

Majlis peluncuran VM2026 disempurnakan Perdana Menteri dan dihadiri Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Peluncuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di KLIA, Sepang pada Isnin. Foto RTM

Beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Watak Wira dan Manja itu direka dalam gaya animasi yang comel dan menarik untuk memikat semua peringkat umur selain menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Majlis peluncuran Visit Malaysia 2026 disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di KLIA Sepang pada Isnin. Foto Bernama

Ikon kempen itu diperkenalkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran VM2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), di sini hari ini.

Pada majlis sama, Anwar turut melancarkan logo VM2026 yang melambangkan budaya berwarna-warni, keindahan semula jadi dan daya tarikan Malaysia kepada global.

Dalam ucapannya, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan tiada negeri akan terpinggir dalam kempen VM2026 sebaik diluncurkan hari ini.

Jabatan Penjara Tak Terima Titah Adendum Agong Ke-16 – Saifuddin Nasution

 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebaliknya menegaskan pihak penjara hanya menerima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri berkaitan pengurangan hukuman dan denda membabitkan Najib.

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Jabatan Penjara tidak menerima sebarang titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah, jelas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri sebaliknya menegaskan pihak penjara hanya menerima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri berkaitan pengurangan hukuman dan denda membabitkan Najib.

“Pada 2 Februari 2024, KDN khususnya Jabatan Penjara, kita menerima surat daripada BHEUU iaitu sekretariat dalam Lembaga Pengampunan dan dalam surat itu ada dua perkara, pertama disertakan minit mesyuarat dan kedua ialah perintah.

“Minit mesyuarat mengandungi semua perbincangan yang berlangsung (dalam Lembaga Pengampunan), itu saya tak boleh dedah sebab rahsia besar dan perintah pula ialah mengenai pengurangan hukuman ke atas Datuk Seri Najib seperti mana yang diketahui sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah ketika berhujah mengemukakan bukti tambahan dalam rayuan Najib bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan mendedahkan Titah Adendum dan melaksanakannya berkata, Titah Adendum yang ditandatangani sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu wujud namun disembunyikan daripada umum.

Peguam kanan itu dalam hujahannya berkata anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar mengetahui kewujudan dokumen titah bertarikh 29 Januari tahun lalu, pada 2 Disember tahun lalu melalui surat daripada istana di bawah arahan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kebiadaban Pas semakin menjadi-jadi apabila Ahli Parlimen Pas Pasir Musang menggambarkan Agong sebagai ‘biawak’ dalam hantaran di Facebook. Foto Suara Rakyat

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, berdasarkan perintah yang yang diterima ketika itu, Najib diberi pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 manakala denda dikurangkan kepada RM50 juta dan sekiranya tidak dibayar, tempoh penjara ditambah selama setahun dengan tarikh pembebasan adalah pada 23 Ogos 2029.

“Perintah itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

“Jadi surat yang Jabatan Penjara terima, tidak ada menyebut tahanan rumah dan sebagai jabatan yang melaksanakan perintah oleh Pengerusi Lembaga Pengampunan (Al-Sultan Abdullah), maka Jabatan Penjara harus amanah dalam melaksanakannya dan itulah yang kami laksanakan,” katanya sambil menunjukkan salinan surat perintah berkenaan.

Ditanya sama ada Istana Pahang ada berhubung dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai titah tambahan itu, Saifuddin sekadar memaklumkan tiada.

“Jadi mengatakan bahawa KDN khususnya Jabatan Penjara tidak patuh, tidak akur, dikatakan menyembunyikan apa-apa keputusan Lembaga Pengampunan, itu tidak tepat.

“Bagaimana kami nak melaksana (titah tambahan) jika kami tidak menerimanya,” katanya.

Ditanya pula sama ada minit mesyuarat terbabit ada menyentuh mengenai tahanan rumah kepada Najib, Saifuddin mengesahkan bahawa perkara itu tidak ada dalam dokumen berkenaan.






Isu addendum tahanan rumah dan penjelasan Saifuddin




Adendum tahanan rumah wujud ke?
Ya, ia wujud

Sah atau tidak?


Tidak sah kerana tidak sempat dimasukkan di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan


Apa yang sempat masuk Lembaga Pengampunan?
Pengurangan hukuman terkini DS Najib.



Boleh buat rayuan ke sebab ianya wujud?
Boleh. Ambil masa


Jadi Najib bebas ke sekarang sebab adendum wujud?
Belum bebas. Masih di penjara menjalani hukuman 6 tahun penjara & denda 50 juta


Kerajaan tipu! Sembunyikan adendum?
Kerajaan tak pernah nafikan. Kerajaan hanya hormati prosedur mahkamah


Adakah kerajaan masukkan agenda permohonan pengampunan diraja kepada YDPA Sultan Ibrahim?


Sudah dimasukkan dan Istana Negara sudah keluarkan kenyataan perlu melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan baharu di bawah YDPA ke 17 Sultan Ibrahim.


Kerajaan sekarang menjunjung titah YDPA dan mengikuti proses undang-undang negara, bukan main langgar je macam PAS derhaka.