Abu Mishkat
Alaa.. Pembangkang dah lama tak ada modal besar nak bantai kerajaan. Ada modal kecik2 asyik kantoi jer
So modal adendum nilah dibalun sepuasnya walaupun nampak tak sekolah
ORDINAN DARURAT VS TITAH ADENDUM: AGONG LEBIH MURKA DENGAN PN!
Puak Perikatan Nasional (PN) sekarang ni bermati-matian menjadikan Titah Adendum sebagai peluru tunggal mereka, mengkritik Kerajaan MADANI kononnya mendatangkan murka ke atas Yang di-Pertuan Agong terdahulu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
PN ni terlupa gamaknya, masa mereka jadi kerajaan dulu YDPA lebih murka dan dukacita dengan tindakan mereka yang mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat di parlimen tanpa perkenan Seri Paduka Baginda.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin pada ketika itu, PN bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
#MyCommunityNews
#MCN
#KerajaanMADANI
#taatsetia
#MembangunMalaysiaMADANI
#PNDerhaka