BETUL KE HARGA BARANG NAIK ? MEMANG TERMAKAN DAH DEPA NI..


 

AZMIN PATUT MALU LEPAS KALAH DI GOMBAK – AMIRUDIN







 Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Azmin Ali digesa untuk lebih sedar diri dan merasa malu atas kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata begitu sebagai mengulas hasrat Azmin untuk merampas negeri itu dari pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan Ogos ini.

Berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi malam tadi, Amirudin turut menyifatkan Azmin sebagai seorang yang tidak pernah ‘bertaubat’ meskipun kalah dengan sejumlah majoriti yang besar.

“Pembangkang hari ini berhasrat untuk merampas Selangor kerana mereka tahu negeri ini maju dan membangun.

“Yang berkata sedemikian adalah bekas Menteri Besar (Azmin) yang tidak sedar diri dan tidak pernah bertaubat walaupun kalah dengan majoriti 12,000 undi,” katanya.

Sementara itu, Amirudin beranggapan PN merasakan sangat penting untuk mereka merampas Selangor yang maju dan membangun dari sudut ekonomi itu bagi menamatkan rekod prestasi cemerlang ditunjukkan PH.

“Selangor sebelum ini menyumbang kepada 23 hingga 24 peratus ekonomi negara dan terbaru, 25.5 peratus atau satu perempat ekonomi negara berada di Selangor.

“Mereka cuba membuat pelbagai serangan untuk menutup mata dan membisukan kita daripada pencapaian yang sudah kita peroleh sejak 15 tahun lalu.

“Pemuda Pas kata kita perlu ikut Pas dalam mentadbir Kelantan, yang memberikan bas percuma untuk membawa balik pengundi, tetapi bas percuma ini sudah ada sejak 10 tahun di Selangor,” katanya.

Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan malam tadi disempurnakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi UMNO Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin serta pimpinan dari kedua-dua gabungan.

Ribuan penyokong dan jentera dari kedua-dua gabungan membanjiri khemah sepanjang majlis berlangsung dengan bendera PH dan BN dikibarkan.

Selain mendengar ceramah penerangan, penyokong turut menyaksikan penyerahan bendera PH dan BN kepada pimpinan sebagai simbolik pelancaran itu.



DAP CABAR NEGERI PAS KELUAR KAD LAPORAN PRESTASI

 






Pas dicabar berkongsi kad laporan prestasi pentadbiran mereka sepanjang menerajui tiga negeri dan tidak hanya mendabik dada di atas pembangunan dan kebajikan yang tidak seberapa.

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming menegaskan negeri yang sebelum ini diterajui Pakatan Harapan (PH) iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang sudah mengeluarkan kad laporan susulan pembubaran DUN masing-masing.

Justeru negeri ditadbir Pas tegasnya wajar mendedahkan kad laporan mereka supaya dapat dinilai oleh rakyat.

“Hari ini saya minta negeri ditadbir oleh parti ini (PN), tolong tunjukkan kad prestasi, apakah pencapaian kamu? 32 tahun pimpin pun bekalan air bersih masih tak dapat selesai,” katanya dipetik.

Beliau turut mengambil contoh pentadbiran Selangor, selain pembangunan kerajaan ditadbir PH menyediakan pelbagai insentif dan bantuan untuk kebajikan rakyatnya.

“Bayi baru lahir pun dapat (insentif), meninggal (dunia) pun dapat (insentif), air percuma, biasiswa, membeli belah semasa perayaan, bas percuma, internet percuma, semua Selangor bagi.

“Apa Kelantan, Kedah bagi?,” soalnya pada sidang media khas mengenai Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja di Putrajaya pada Jumaat.

Dalam sidang media sama Nga yang juga Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, menolak dakwaan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar Nik Abdullah yang berkata negeri itu bukan “tidak maju” seperti didakwa pengkritik kerana ia sudah mempunyai Aeon Mall di sana.

“Ada pula seorang pemimpin yang kononnya bakal Menteri Besar, dan dia kata Kelantan ada pembangunan. Buktinya ada pusat beli belah di Kota Bharu.

“Pusat beli belah ini dibina kerajaan atau syarikat? Bagi saya ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.



KEDAH 50:50, PASTIKAN PENGUNDI TIDAK PILIH BERDASARKAN SENTIMEN, EMOSI



 


Situasi sokongan di Kedah yang tidak menentu atau 50:50 memerlukan jentera pilihanraya Pakatan Harapan (PH) berusaha keras bagi menjana sokongan agar berjaya menawan negeri tersebut.

Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Rafizi Ramli berkata biar pun KEADILAN berpotensi memenangi kerusi yang mereka pertahankan namun mereka juga perlu bekerja bersungguh sungguh untuk menyumbang kejayaan menawan Kedah.

Salah satu caranya, kata beliau, ialah dengan merasionalkan pemikiran pengundi Kedah terutama generasi muda yang terbuai emosi sebagaimana berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu.

“Di Kedah keadaannya 50:50. Kita tengok ada peralihan sokongan dari segi pengundi Melayu dari PRU lepas ke sekarang. Kita tengok pengundi hukan Melayu kekal solid kepada PH. Dalam 5 minggu ini macam macam boleh terjadi.

“Beban jentera PH di Kedah jauh lebih berat daripada Selangor dan Penang kerana pertempuran sengit berlaku di Kedah termasuk kerusi Gurun

“Macam mana dalam gelombang besar 6 bulan lepas PH boleh kata 50:50. Satunya gelombang lepas itu gelombang emosi anak muda kali pertama mengundi. Itu pilihan mereka.

“Bila kita sebagai rakyat diberi tanggungjawab laksanakan hak mengundi kita kena tahu ada tanggungjawab khusus. Iaitu di peringkat parti dan calon yang bertanding, tanggungjawab kita pastikan calon itu bersih, baik, ikhlas dan ada idea selesaikan masalah rakyat,” katanya dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya KEADILAN DUN Gurun, tengah hari ini.

Kepada rakyat pula, Rafizi menasihatkan mereka agar memilih calon yang mengetengahkan idea bernas untuk memperbaiki kehidupan seharian mereka, bukannya yang datang dengan fatwa atau sentimen kaum melulu.

“Kita perlu bandingkan calon A, B, C, adakah dia ada idea selesaikan masalah agar tidak mengulangi PRU lepas, bagaimana sentiman dimainkan.

“Terbaru viral pimpinan Pas kata balik mengundi pertahankan pimpinan Pas itu wajib hukumnya. Balik ziarah ibu bapa meninggal itu tidak wajib. Maka jika tidak balik mempertahankan kerajaan Islam Pas, jadi jangan balik bila mak bapa mati.

“Kita tahu benda itu tak boleh. Tetapi emosi itu tinggi, jadi benda kita tahu tak patut diperkatakan pun ada kesan kepada pengundi,” katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pandan itu mengingatkan jentera pilihanraya KEADILAN agar tidak gentar menghadapi perang emosi PN kerana katanya, sepanjang 15 tahun beliau membantu kerja kerja pilihanraya, politik Malaysia memang terbahagi dua antara puak yang bermain emosi dan pihak yang mengutarakan kaedah memperbaiki kehidupan rakyat.

Katanya, KEADILAN sentiasa di jajaran progresif. Biar pun pada awalnya rakyat sukar menerima namun akhirnya KEADILAN membuktikan telah dua kali berada dalam Kerajaan Persekutuan dengan modal politik progresif berkenaan.



BILA MAHIADDIN SELESAIKAN HUTANG PENEROKA, TIADA DALAM BAJET?


 Kenyataan mantan Perdana Menteri (PM) Perikatan Nasional, Mahiaddin Yassin telah menyelesaikan sehingga 80% hutang peneroka Felda pada 2021 tidak mempunyai bukti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi menafikan Mahiaddin telah melupuskan hutang berkenaan kerana bekas PM itu tidak menandatangani dokumen kewangan yang menyatakan hal demikian.

“Semalam saya umum pasal Felda, bantuan melupuskan hutang (peneroka) Felda RM8.3 bilion. Hari ini mantan PM Tan Sri Mahiaddin buat kenyataan PM (Anwar) berbohong buat kenyataan. Perkara itu sudah selesai 2021.

“Ini masalahnya, bila ada kuasa, kerja nak cari kontrak buat anak pinak. Sekarang kamu kata dah selesai. Saya baru sain akhir Jun, Menteri Kewangan sain

“Kamu kata dah selesai 2021, bagaiamna? Selesai di mana?” tanyanya dalam program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Tegas PM, hutang tersebut belum selesai kerana tidak dimasukkan ke dalam Belanjawan 2021 atau 2022 ketika PN memerintah. Penyelesaian itu, katanya, hanya diumumkan tetapi tidak mengikut prosedur kewangan sepatutnya.

“Menang ada persetujuan (lupus hutang) tetapi tak selesai. Belanjawan 2021 bawah PN, 2022 bawah PN tidak ada peruntukan untuk menyelesai dan menghapus hutang Felda.

“Hanya dalam Belanjawan Madani bulan November 2023 saya mula serah RM990 juta peruntukan awal lupuskan hutang peneroka yang jumlahnya RM8.3 bilion,” katanya lagi.

Terdahulu bekas PM Mahiaddin Yassin berkata pentadbiran beliau telah pun menyelesaikan hutang pada peneroka pada 2021 dan kenyataan bahawa hutang tersebut baru diselesaikan pada tahun 2023 adalah pembohongan.


Pemain bolasepak Muslim di Eropah


Famous Muslim Football Players In Europe

  • Paul Pogba, France
  • Zinedine Zidane, France
  • Karim Benzema, France
  • N’Golo Kanté, France
  • Franck Ribery, France
  • Nicolas Anelka, France
  • Demba Ba, France
  • Eric Abidal, France
  • Hatem Ben Arfa, France
  • Solomon Kalou, France
  • Adil Rami, France
  • Bacary Sagna, France
  • Djibril Sidibe, France
  • Nabil Fekir, France
  • Ousmane Dembélé, France
  • Riyad Mahrez, France
  • Samir Nasri, France
  • Mamadou Sakho, France
  • Yaya Sanogo, France
  • Moussa Sissoko, France
  • Kurt Zouma, France
  • Benjamin Mendy, France
  • Mesut Özil, Germany
  • Shkodran Mustafi, Germany
  • Sami Khedira, Germany
  • Emre Can, Germany
  • İlkay Gündoğan, Germany
  • Bruno Martins Indi, Netherlands
  • Ibrahim Afellay, Netherlands
  • Marouane Fellaini, Belgium
  • Mousa Dembélé, Belgium
  • Adnan Januzaj, Belgium
  • Nacer Chadli, Belgium
  • Granit Xhaka, Switzerland
  • Xherdan Shaqiri, Switzerland
  • Edin Dzeko, Bosnia
  • Miralem Pjanic, Bosnia
  • Saed Kolasinac, Bosnia
  • Asmir Begovic, Bosnia
  • Nuri Sahin, Turkey
  • Cenk Tosun, Turkey
  • Mohamed Salah, Egypt
  • Mohamed Elneny, Egypt
  • Emmanuel Adebayor, Togo
  • Sadio Mané, Senegal
  • Papis Demba Cisse, Senegal
  • Yaya Touré, Ivory Coast
  • Kolo Touré, Ivory Coast
  • Islam Slimani, Algeria
  • Wahbi Khazri, Tunisia

This is by no means an exhaustive list of Muslim football players, merely a reminder of the diversity within the beautiful game. 



Beberapa tahun lepas, dari Paris ke Brussels saya menaiki sebuah van yang dipandu oleh seorang arab berbangsa Algeria. 


Sepanjang perjalanan saya melayan beliau berbual yang boleh berbahasa broken english. 


Gamaknya, Jamal (bukan nama sebenar) migrated dari Algeria ke Peranchis semasa kecil bersama ibu bapa beliau. 


Jamal mengaku masih mengamalkan kehidupan sebagai seorang Muslim walaupun tinggal lama di Peranchis. 


Di Peranchis lebih kurang 5% penduduknya adalah Muslim dan 1.5 juta adalah Algerian. 


Perbualan kami akhirnya menjurus kepada pemain bolasepak Muslim terkenal di Peranchis pada masa itu iaitu Zinedine Zidane. 


Saya beritahu pada beliau bahawa nama saya Zainuddin sama dengan ejaan peranchis Zinedine. 


Tiba-tiba saya nampak beliau menjadi marah dan mengutuk Zinedine Zidane. 


“He is not go od, he is a ba d Muslim, he is ka fir” jerit beliau pada saya. 


Macam-macam beliau ‘bitching’ kepada saya berkenaan Zinedine Zidane, tetapi saya diam sahaja. 


Memang benar, Zinedine berkahwin dengan seorang wanita Peranchis bernama Veronique dan mereka hidup berglemer cara barat, tetapi saya tidak bersetuju si Jamal memanggil beliau sebagai ka fir. 


Begitu juga Ibrahimovic yang memegang 10 peratus saham dalam sebuah syarikat perjudian di Malta bernama Bethard. 


Zlatan Ibrahimovic dilahirkan di Malmo Sweden dan bapa beliau ialah seorang Muslim Bosniak bernama Sefik Ibrahimovic yang migrate ke Sweden pada tahun 1977. Emak beliau adalah seorang Katholik Croat. 


Liverpool mempunyai beberapa orang pemain Muslim seperti Salah, Ibrahima Konate dan Keita (bekas) dan begitu juga pemain Manchester City seperti Gundogan (bekas) dan Riyad Mahrez. 


Pemain bola sepak Eropah Muslim termasuk Paul Pogba, Rudiger, Mane, Hakim Ziyech, Ozil, Benzema, Shaqiri, Emery Can, Xhaka dan Edin Dzeko, 


Ramai ingin tahu pasal Islam setelah mengetahui Mohamed Salah dan pemain Muslim masih berpuasa dalam bulan Ramadan. 


Mungkin ada beberapa pemain bola sepak yang tidak mencerminkan seorang Muslim yang baik tetapi kebanyakan mereka masih good Muslims. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

FB: zainuddin omar


* korang tahu tak bila bergambar begini perlu bertinggung bukan mencangkung. Ahaks.



KASIHAN NUSI







 Jika Nusi merasakan begitu teruk beliau di fitnah, beliau perlu beringat juga jangan memfitnah dan membuat tuduhan buruk pada orang lain. 


Omputeh kata ‘tit for tat’. 


* rugi betul saya belajar Civil Engineering. Sepatutnya saya jadi deep sea O&G welder bergaji RM100k sebulan. 


*************

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa pemfitnah sedang bekerja keras menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mempengaruhi orang ramai bahawa dia kini hidup kaya raya hingga mampu membina rumah banglo di Sik seperti yang ditularkan menerusi media sosial.


Menerusi satu kenyataan yang disiarkan di portal Harakahdaily, hari ini, menteri besar Kedah itu berkata, banglo berkenaan adalah milik abangnya yang bekerja sebagai penyelam dasar laut.


"Mengapa jadikan dia mangsa seolah-olah rumah itu dibina dengan duit haram sedangkan dia telah lama bekerja keras mencari rezeki hasil titik peluhnya sendiri.


"Apa salah dia kepada kalian hingga tidak berkira kira langsung menyebar fitnah sedangkan kalin tidak kenal pun siapa pemilik rumah itu? Adakah salah juga dia ada pertalian darah dengan saya, dilahirkan sebagai abang saya.


"Adakah kerana dia abang saya, dia tidak boleh bina rumah besar walaupun dia ada duit dan mampu untuk bina rumah seperti itu?” soalnya.


Adun Jeneri itu berkata, rata-rata penduduk Sik tahu rumah itu rumah abangnya dan bukan rumahnya.


“Mudah sungguh kalian buat dosa-dosa berat pula – sedangkan antara kalian ada yang tidak pernah lalu malah tidak tahu pun rumah itu di mana.


”Orang Sik rata ratanya tahu rumah itu rumah Budin, bukan Sanusi.” katanya.


Hari ini tular di media sosial yang memaparkan foto sebuah banglo di Sik lengkap dengan imej 'Google Map' yang cuba digambarkan sebagai banglo mewah milik Muhammad Sanusi bernilai RM7.8 menggunakan nama abangnya.


Mengulas lanjut, menteri besar itu berkata, sebagai adik, dia tahu abangnya sudah lama bekerja keras untuk membahagiakan keluarganya dan menegaskan tiada satu sen wang miliknya digunakan untuk membina rumah itu.


Katanya, selama ini, abangnya terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anaknya sehingga ada kalanya selama tiga atau empat bulan sebelum dapat kembali bertemu keluarga.


"Bukan sekali dua tetapi banyak kali ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan anak, si suami pula sedang bertarung dengan yu dan jerung di dasar laut.


"Mereka suami isteri, termasuk anak telah banyak berkorban selama ini. 


Amat menyedihkan tatkala sampai masa untuk mereka mengecap sedikit kegembiraan dapat masuk rumah yang baru siap, ada pula orang yang dengki dan sakit hati hingga tergamak menjaja fitnah konon rumah itu bukan milik mereka.


"Apakah salah mereka kepada kalian? (pemfitnah)," solanya.


Dia berkata, sebagai seorang adik, dia tahu abangnya bukan sahaja seorang yang cekal tetapi sudah lama bekerja keras untuk membahagiakan keluarganya.


"Dia seorang yang berhati cekal, kuat kerja, berdisiplin dan mempunyai kesanggupan yang sangat tinggi untuk meningkatkan taraf hidup. Dia juga bijak menguruskan wang dan membeli harta. Saya sendiri kagum dengan pengorbanan dan kesanggupannya.


"Abang saya menguruskan hidup dengan disiplin dan kualiti yang tinggi, jauh meninggalkan macai-macai politik yang hati mereka sentiasa diselubungi dendam, marah dan benci.


"Mereka dengan mudah menyebar fitnah untuk mendapat sedikit habuan atau memuaskan dendam kesumat yang lama terpendam. Mereka seperti lalat penghurung tahi yang kotor lagi jijik.


"Bersiap sedialah kalian semua untuk menjawab di dunia dan akhirat atas dosa yang telah disebarkan," katanya.



Jangan ditipu oleh muslihat Pas !





LUKE SKYTALKER


Kalau sekarang Kelantan, Trengganu, Kedah miskin mundur, boleh datang kerja kat negeri lain, tapi kalau Selangor Penang Sembilan jatuh ke tangan Pas, atau Federal jatuh ke tangan Pas, satu negara jadi miskin mundurr , nanti perempuan kena kerja maid kat indonesia, jantan kena kerja construction kat indonesia pulak !


TIDAK MALUKAH PAS PERSOAL HALA TUJU KERAJAAN PIMPINAN PMX ?


Dalam satu program ceramah PN di Tganu, seorang MP Pas berkata PMC pimpin kerajaan tanpa hala tuju.  Tiada hala tuju negara.  Sy faham mengapa tuduhan itu dibuat kerana mereka harap rakyat akan percaya kepada mereka.


Sebaliknya, rakyat bertanya;


* Mana hala tuju PAS?  Hukum dan fatwa setiap hari berubah.

Pemimpin Pas bebas lakukan fitnah termasuk fitnah mengaibkan peribadi PMX dan kemudiannya mohon maaf.


* Mana maruah pemimpin Pas kerana memiliki jumlah MP paling ramai dalam PN, tetapi Presiden mereka duduk bawah tapak kaki si tompok? 


* Mana maruah PAS, memiliki jumlah MP paling ramai dalam PN, tetapi jawatan Ketua Pembangkang diberi kepada Bersatu.


* Mana maruah dan hala tuju Pas, sehingga kini gagal menjadi Pembangkang yang berkualiti di dalam parliman bahkan Presiden Pas terus dikenali sebagai kaki ponteng parlimen.  


* Mana hala tuju dan maruah Pas, sehingga sanggup peluk dan dakap Mahathir yang ditangannya masih terlekat darah2 mangsa memali yang beliau gelar mati katak itu.


dan...terlalu banyak mahu disenaraikan tentang parti penunggang agama ini.  Tapi cukup dulu setakat ini kerana ini pun tidak akan mampu dijawab oleh lebai.  


WFAUZDIN NS



WALAUN TERSENTAP

 






Pagi ni buka-buka FB je aku tengok posting aku diserang dengan walaun. Wow... Ini adalah satu penghormatan buat aku. Selama ni jarang posting aku dapat perhatian daripada walaun.


Selain itu ada juga penyokong PH hang acah mulia ingatkan jangan mainkan isu ini sebab boleh jadi ia dari fitnah.


Sebenarnya siapa yang rasa aku mainkan isu fitnah, dialah yang rasa Sanusi menipu. Sebab dalam total 3 posting yang aku tulis, tak ada satu pun yang aku kata Sanusi menipu tentang rumah tu.


Posting pertama, aku jelaskan kemungkinan orang kerja offshore untuk beli rumah berharga RM7 juta. Aku tak tak kata pun rumah abang Sanusi berharga RM7 juta.


Aku cerita mampu tak mampu pekerja offshore untuk beli. Dan lagi, aku siap kata memang ada yang mampu beli. Bergantung kepada jawatannya. 


Kedua, aku cerita pengalaman aku jumpa welder bawah laut. Cerita tentang gaji dan sebagainya. Tak ada pun aku kata abang Sanusi menipu. Tak ada juga aku kata abangnya bukan welder.


Aku cuma kata Sanusi menipu bila cakap abangnya lawan yu dan jerung dalam laut. Aku tulis tu pun sebab tak puas hati bila dia buat tanggapan seolah pekerja offshore ni terabai keselamatannya.


Persoalannya, walaun menggelupur kenapa? Terasa ke? Sampaikan posting yang tak sentuh secara spesifik pasal rumah tu pun dia meroyan. Lagi tak tahan penyokong PH pun sama nak jadi walaun.


Relax la. Kita enjoy the scene. Berkali-kali Sanusi fitnah dan kata perkara tak berasas terhadap DS Anwar dan kerajaan perpaduan. Tanpa ada rasa bersalah pun. Sesekali biar dia rasa pulak. Ok apa. Semoga ini buatkan dia insaf.


Aku tak tambah perisa pun. Cuma beri penjelasan berdasarkan apa aku tahu je. Tapi tengok cara walaun menggelupur, rasanya dorang pun dah tak percaya dekat Sanusi tu. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


BANGLO







Ada banyak #littlebird bagi gambar sebuah rumah agam di Sik Kedah sejak minggu lepas. Katanya rumah agam MB Kedah. Bila saya tanya apa bukti, mereka kata sure la dia tak letak nama dia. 


Jadi saya kata, pi la adu pada pihak berkuasa. Saya tak post la gossip2 tak berkaliber. 


Tup2 minggu ni meletop cerita. MB Kedah jawab panjang lebar. Itu bukan banglo dia. Itu abang dia punya. Abang dia kerja kuat sejak muda. Jadi diver, siap bertarung dengan ikan jerung bagai2. Soppy betul ceritanya. What I can say, he knows his audience well 😅


Cuma, storyline ni macam pernah ku dengar. 


Suatu ketika dulu masa PKP kecoh cerita dia pergi test drive kereta mewah Raptor. Bila ditanya, mula2 kata bukan dia punya, pastu cakap dia menyewa. Alih2 dilaporkan dia yang kena kompaun. 


Kakak yang bukak cerita tu di FB, habis kena kacau dengan penyokong beliau. Sampai anak pun kena. Tu bila PN berkuasa. 


Tupun ada set2 yang nak Sanusi ni diangkat jadi PM Malaysia. Siap cakap satu level dengan Tun jua, masa muda. 


Otak mereka di mana agaknya? 


~LM~



KEBERKATAN HIDUP




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Jenis-jenis keberkatan:


1. Keberkatan dalam hidup


Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.


2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya)


Contohnya:

Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.


3. Keberkatan pada rezeki


Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit. Ramai orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.


Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.


4. Keberkatan pada ilmu


Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.


5. Keberkatan pada rumah


Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah.


6. Keberkatan pada keluarga


Keluarga yang berkat adalah keluarga yang dapat membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah, Keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah.


7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan


Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.


Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.


8. Keberkatan pada pekerjaan


Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.


Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah , dan melakukan amalan kebaikan yang lainnya.


SEMOGA BERMANFAAT




MEMPENGERUSIKAN SEKRETARIAT PERPADUAN

 










Malam ini(semalam) saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia sambil diapit pimpinan utama parti-parti politik di Menara Dato' Onn.


Platform ini penting bagi membincangkan perihal kerjasama dan gerak kerja menghadapi pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi. 


Saya berpuashati dengan semangat dan kebersamaan dipamerkan semua pendukung kepimpinan nescaya mampu terus memberi kestabilan kepada kerajaan sedia ada.


Sayugia, semangat ini penting dari melayan permainan politik berlandaskan perkauman sempit dan jumud yang tiada gunanya kepada rakyat dan negara.


Mesyuarat juga mengambil ketetapan akan berlangsungnya Siri Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan yang telah berlangsung di Negeri Selangor tempohari yang akan diteruskan ke negeri-negeri lain.


Yakni melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu yang pastinya memerlukan perancangan yang betul dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.


Moga semua yang dirancang ini berjalan lancar, Insya-Allah. 

 

#KerajaanPerpaduan

#MalaysiaMADANI



ZAMAN REFORMASI DULU ADA BERITA HAIRAN DAN UTUSAN MELOYA. AKHIRNYA BERKUBUR KERANA SAMAN FITNAH. KINI ADA JUGA LAGI ARAMKAH DAN SINAR HAIRAN.


 

NAYA SAPA MAKAN NASI KANDAQ. WALAU BODO BUAT TEORI

 



Ezreen


Aku baru je sarapan nasi kandar pagi ni. 


Buta² kena label pengikut firaun sebelum masuk ofis..


Nasib baik ofis aku bentuk kotak, bukan piramid.


Sapa yang kerja kat Sunway Pyramid tu harap bertabahlah..



KANTOI LAGI SI TOMPOK !!




Pok cik ni khabarnya mengadu, dia kata Si Tompok  tidak menipu tentang pelupusan hutang felda, sebaliknya PMX yang mengelirukan rakyat.  Pelik juga aku, bermati-matian pok cik ni mempertahankan mantan PM tebuk atap itu, walhal terang dan nyata Si Tompok  tidak pernah menandatangani sebarang dokumen perjanjian berkaitan pelupusan hutang felda di antara kerajaan dengan felda.  Mustahil, hutang yang berbilion ringgit tiada sebarang 'hitam putih'?  Kita berhutang dengan Ah Long pun ada dokumen hitam putih.


Akhirnya kantoi !!  Patutlah pok cik ni bersungguh-sungguh mempertahankan Si Tompok pengkhianat tu.  Rupa-rupanya ..........hahahahaha...


Cuba lagi Si Tompok !!


WFAUZDIN NS



ISWARDY JAWAB TUDUHAN FITNAH CG BARD- DAN RUMAH SEWA ANWAR IBRAHIM- SALAHKAH SEWA? SALAHKAH PINJAM KERETA ? JOM DENGAR


 

OWWHHH KESIHAN KENA TUSUH NO


 

KENAI NI SAPA...


 

CAKAP BANYAK TAK MAU. BUKAN NUSI UMUM BILLION BILLION. PENAMG TAK UMUM TAPI BUAT TERUIH.


 

MAI LA TENGOK PENANG LAGU MANA...NI DOK SEMBANG PENANG KEDAH PUNYA BAGAI BILLION BILLION..DEY PEEEGEDAHHHH.,..


 

DIN UMUM, TAPI DIA TAK SELESAIKAN. BILA ANWAR SELESAIKAN. DIA KALUT KATA DIA DAH MULAKAN DULU.


 

HARGA BARANG




Mana Kerajaan naik pun, isu harga barang akan jadi modal Pembangkang. Kerana ia isu yang paling dekat dengan pengundi atas pagar. 


Fence sitter tak ambil kisah sangat isu politik. Siapa berebut jadi PM atau MB, kadang mereka pun malas nak dengar. Tapi kalau Kerajaan yang ada usik periuk nasi mereka, itu boleh bikin amarah. 


Saya tengok banyak media play up harga barang naik dan Kerajaan seperti gagal mengawal. 


Jadi bagi nak tahu betul ke tidak, saya tengok data DOSM. Ini yang saya jumpa: 


Inflasi:

Jan 2023- 3.7%

Feb 2023- 3.7%

Mac 2023- 3.4%

April 2023- 3.3%

May 2023- 2.8% 


Menunjukkan inflasi makin mereda. Harga barang makin turun berbanding awal tahun dulu. 


Itu sebabnya, Kerajaan buat keputusan kekalkan OPR sedia ada. 


Ini adalah kutu yang cakap, DOSM ni tak betul la. Geng Kerajaan la. Susah set2 ni nak terima fakta. 


Hello… DOSM ni bukan baru tubuh zaman Kerajaan sekarang. Dah tubuh punya lama. Segala Kerajaan dia bagi data. 


Zaman 33 bulan pun sama. Mereka bagi data juga. Masa tu asyik menaik dan orang marah juga. 


Tapi masa tu, kalau naik inflasi, Timb Menteri Pas kata ia bukan masalah besar. Presiden PAS siap kata jangan salahkan Kerajaan. 


Sekarang diaorg terpaling champion bab menyalahkan Kerajaan ini 🤦🏻‍♀️ 


So far pada saya, Kerajaan buat langkah baik mengenai harga barang. Tapi jangan leka. Kalau makin teruk, kita balun pula. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



INFLASI NEGARA KINI

 


Beza inflasi zaman PN & PH. Zaman PH turun ke paras 2.8%, jauh lebih rendah dari zaman PN. Ini data & angka tepat. Walaun nak nafikan apa lagi? 


#MalaysiaMadani



SEBELUM NAK LENA



 Posting larut malam..

Citttt.. kasi susah anney tido yini worang!




MAJLIS PELUNCURAN BUKU SYEIKH YUSUF AL-QARADAWI

 







Alhamdulillah petang ini saya telah merasmikan Majlis Peluncuran Buku “Syeikh Yusuf al-Qaradawi Sebuah Autobiografi Sang Pelita Umat” yang diterbitkan oleh Kumpulan Darul Fikir Sdn. Bhd. 


Turut sama dalam majlis ini adalah wakil keluarga almarhum Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, Dr Mohammad al-Qaradawi serta YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).


Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah mengabdikan kehidupannya untuk memberi kefahaman dan pendidikan kepada umat. Mesej kesabaran dan kesederhanaan serta sifat tawaduk beliau amat mengesankan saya sebagai seorang murid dan juga sahabat. 


Saya berpandangan buku autobiografi ini harus dibaca agar mendorong minat kita untuk membaca karya beliau yang lain.  Ketokohan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi melalui penulisan tidak boleh disangkal oleh kerana keluasan ilmunya dan mendalam.


#MalaysiaMADANI



PEMIMPIN DAN PENYOKONG KONGSI IQ YANG SAMA. TAHAP RENDAH BELAKA.

 

Bila penyokong dan pemimpin berkongsi IQ yang sama berkumpul.



PENDUDUK LEGA LIFT DAH OK




YB SYEERLENA RASHID


Penduduk Pangsapuri Pinang Emas, Batu Feringghi boleh menarik nafas lega apabila lif kediaman mereka bakal dinaik taraf bagi menangani permasalahan berkaitan lif usang. 


Dalam sidang media bersama YB Zairil Khir Johari yang merupakan mantan Adun Tanjung Bungah hari ini, saya telah mengumumkan penambahbaikan berkenaan. 


YB Zairil sebelum ini telah memanjangkan permohonan Perbadanan Pengurusan Pinang Emas berkaitan permohonan Tabung Penyelenggeraan Maksima 80-20 kerajaan negeri yang berjumlah RM412,000 iaitu jumlah keseluruhan. 


Sementara itu, pihak saya telah bersetuju menampung 20 peratus kos - yang sepatutnya dijelaskan oleh Perbadanan Pengurusan Pinang Emas - dengan menggunakan peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) sebanyak RM82,400. 


Inisiatif ini merupakan satu lagi inisiatif sebuah kerajaan yang prihatin dengan permasalah rakyat. 


#ybsar #MalaysiaMadani #DemokratikAdilPeduli #Penang



DULU LAGI MURAH

 


Ahmad Shahril


Mana ada dulu belanja dapur 200 hinggit sbln,10 hinggit jea sebulan taw itu pun dah mewah giler...


WALAUN SUKA REGA ZAMAN MAHIADDIN DULU..

 

Nurul Asyikin.



Kebetulan saja, semalam aku & suami aku pergi pasar pagi & market.









Jadi kami biasa beli barang untuk stock seminggu sekali.


Kat Pasar Teluk Intan, harga ikan ada menunjukkan trend penurunan.


Ikan kayu & Cencaru saiz besar RM11 sekilo. Biasa RM13. Tapi kadang² jika nasib baik boleh dapat dalam RM9 & RM8 ja. Macam bulan Mei haritu. Segar² ye. 


Ikan pari yang nampak beza. Biasa RM20 ke atas tapi semalam RM18.


Ikan kembung pula RM15. Segar². Aku biasa beli ikan ini untuk kucing. Dulu kembung yang lama² sikit dapatlah dalam RM5,6 paling mahal RM10 tapi sekarang susah dapat. Bila tanya je, dah ada orang cop. Yang segar² RM15 kira rare juga kat tempat aku, tapi bila ada, aku sambar je la. Sebab harga dia boleh cecah RM22 sekilo woo.


Suami aku kata sayang bagi kucing, dia pi beli ikan lain pula macam ikan Sardin tapi RM8 sekilo. Lupa aku nama ikan tu apa.


Peniaga kat sini selalu gak aku sembang² dengan depa. Faktor utama naik & turun harga sebab kuantiti stok yang bergantung pada keadaan cuaca.


Nak beli lagi murah & lagi fresh? Boleh. Kat Jeti Hutan Melintang. 2 kali aku pergi sejak bercuti neh, dua kali gak hampa. Kena datang pukul 5,6 pagi. Lambat sikit, kirim salam la. Kat sana cuma ada satu jeti untuk orang luar macam aku beli. Yang lain², khas untuk peniaga² kedai makan, seafood, peraih, pemborong, industri perkilangan etc. Sebab tu bila lambat sikit, kirim salam je la jawabnya 😭. 


Sayur² pula aku suka beli kat mall dari pasar. Sayur² kat pasar mahal sedikit dari mall. Memang begitulah sejak dulu & aku pun tak tahu kenapa. Sebab tu jarang aku beli kat pasar. Kadang² je aku beli tanda support tu pun sebab rasa kaya sekejap dapat gaji. Kalau tengah bulan jangan harap le.


Bezanya, kat pasar kau boleh pilih kuantiti, kat mall tak boleh. Ini sayur² kat mall. Selalu aku beli kat TF, dekat nakmampuih dengan rumah aku, tapi nak betul² murah di Billion Hutan Melintang. Memang murah. Tapi kau kena beli sekali banyak². Sini pagi² dah ada orang beli sayur sebab buka kedai makan, catering etc. Lambat, tak merasa la kau. Dan ya, harganya lebih murah berbanding dulu.


Harga sayur², bawang etc neh sama ja macam ikan. Ada kalanya naik, ada kalanya turun kerana bergantung pada stok & cuaca.


Tapi yang paling betul² ada perubahan ialah belah mana pun aku pergi, telur sudah ada. Bukan macam dulu, harga lebih mahal, stok pun tak ada. 🙂



JOM LIHAT HARGA BARANG NAIK ATAU TURUN. PANDAI KA KO BACA DATA NI ?

 PN kata harga barang naik! PM Anwar, Kerajaan PERPADUAN, Malaysia MADANI zalim?


Salah❗


Inflasi makin reda.


Sejak Mac 2022 hingga Mac 2023 inflasi bagi makanan terpilih ada naik +8.6%, ada turun -0.9%.


Pasca Nov 2022 inflasi kebanyakan makanan terpilih, stabil & turun📉


Ok❓


Sumber: twitter Yasir





MESYUARAT MTEN

 




Mesyuarat MTEN pada 10 Julai 2023 membincangkan dua perkara utama yakni merangka perundangan berhubung budaya Ali Baba (rent-seeking) , dan inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR). Mesyuarat bersetuju:


1. Secara prinsip bahawa budaya Ali Baba memberi dampak negatif kepada ekonomi dan Kerajaan serius untuk menangani dan membasmi aktiviti ini. Anggaran kerugian mencecah sekitar 1% daripada KDNK dan melibatkan aspek perolehan, perlesenan, pemberian permit dan kuota, serta pemberian subsidi dan geran. Oleh yang demikian, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara, dengan penglibatan Kementerian dan Agensi Kerajaan, akan mengkaji dan merangka dasar dan strategi perundangan yang bersesuaian untuk membanteras aktiviti rent-seeking dan membentangkan cadangan kepada Jemaah Menteri.


2. Mempercepat inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) sebagai pemangkin kepada strategi mengangkat negara sebagai peneraju serantau dalam tenaga boleh baharu. Projek-projek Flagship Rintis dan inisiatif NETR bagi meningkatkan penyertaan industri mengenai hala tuju baharu Kerajaan dalam meneroka sumber tenaga baharu dan membentuk permintaan pasaran, serta mengenal pasti sumber kewangan untuk menangani jurang pembiayaan bagi projek tersebut.


Fasa Pertama NETR akan mengetengahkan sepuluh projek rintis perdana yang strategik dan bernilai tinggi sebagai langkah pelaksanaan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 dengan jangkaan pelaburan bernilai RM25 bilion, mewujudkan 23,000 pekerjaan berkualiti tinggi, dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida setara melebihi 10,000 gigagram secara bertimbunan (cumulative). Peluncuran NETR Fasa Pertama akan diadakan pada 27 Julai 2023 dan disusuli oleh peluncuran NETR Fasa Kedua pada Ogos 2023.


Melangkah ke hadapan, MTEN akan terus merumuskan langkah dan inisiatif baharu untuk menangani pelbagai tantangan melibatkan perekonomian negara, bagi memastikan penambahbaikan tatakelola serta perubahan struktur secara teratur demi meningkatkan potensi ekonomi negara. Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara mencapai Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 dan sentiasa bergerak maju ke hadapan seiring dengan kemajuan teknologi semasa dan memenuhi keperluan sosioekonomi rakyat bagi menjamin kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya.


ANWAR IBRAHIM

11 Julai 2023


#MalaysiaMADANI



WALAUN NI ...KALAU HANGPA KATA APA PUN MEREKA IKUT SAJA. MAHATHIR HINA PAS..GELAKAN HINA PAS. WALAUN TETAP SOKONG. APA PUNYA LEKEH


 

FELDA NI KENA URUS DENGAN BAIK. TAPI WARGA FELDA PULA TAK TAHU BERSYUKUR DAN TAK PANDAI PULA BERTERIMA KASIH. MUHYIDDIN BOHONG TERANG TERANG PUN MEREKA PERCAYA.


 

MERCU TANDA KOTA BHARU


 

MENTERI KDN TERBAIK


 

SAYA CAKAP SINAR NI PENIPU


 

AYUH ANAK MUDA YANG BIJAK DAN ANAK PERTIWI.


 

SALAH FAKTA....PAS SAMA PPBM DAN GELAKAN.....PAS AKAN ARAH WALAUN SOKONG GELAKAN


 

AZMIN KO CAKAP KAT SAPA TU ? AZMIN....


 

MACAMAN KITA NI KATA KITA NI PARTI ISLAM. APA CITA CITA SUPAYA MUSUH KITA BUAT JAHAT.


 

ORANG KEDAH- CARILAH PEMIMPIN YANG BIJAK FAN PANDAI. BUKAN YANG MAKAN GAJI BUTA TAPI TAK BUAT APA UNTUK RAKYAT KEDAH.


 

Anwar: Malaysia tolak sekularisme, Ras Adiba 'bisik' sambung jawatan, Ki...