HANG GELAK LA....NAK BAGI GADOH.KERAJAAN DAH ADA PROSESUR SEMUA.



 Reaksi Zamri Vinoth di Mahkamah KL 









Reaksi ceria Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram, Zamri Vinoth ketika tiba dengan tangan bergari bagi menghadapi pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. 


#malaysiagazette 


Foto : Aizat Zainal




Sekolah berjalan macam biasa, KPM belum ada sebarang ketetapan laksana PdPr


Tular keratan berita lama mengenai pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang disambung lagi dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

Isu ini mendapat perhatian masyarakat sehingga ada yang percaya bahawa ia adalah pengumuman terbaharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sedangkan ia adalah pengumuman lama pada 2021 ketika musim PKP.

Dalam satu kenyataan media malam tadi, KPM menjelaskan bahawa sesi persekolahan berjalan seperti biasa dan tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.


“KPM prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan PdPR.

“KPM ingin memaklumkan bahawa, pada masa ini, sesi persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan PdPR.

“Keutamaan KPM adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, serta pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara,” kata Ketua Pengarah KPM.

Pada 14 Mac lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, berkata pengurusan tertinggi KPM akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan soal PdPr selepas Kabinet membuat keputusan mengenai cadangan kerja dari rumah.



Anwar vs Samsuri: Tengok perbandingan ini dulu sebelum terfikir nak tukar PM


 


OLEH SYAM GHAZ

Anwar Ibrahim vs Samsuri Mokhtar. PMX vs PM Online 

Rakyat Malaysia kena fikir betul-betul. Nak tukar Perdana Menteri bukan macam tukar baju.

Kalau tukar orang yang sedang perform dengan orang yang rekodnya lemah, yang rugi bukan ahli politik. Yang rugi rakyat Malaysia.

1. Terengganu di bawah Samsuri 

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita

2017 = RM29,848

2024 = RM32,442

Naik hanya 8.6%

Berbanding negeri lain dalam tempoh sama

Pulau Pinang naik 48.7%

Sarawak naik 46.3%

Selangor naik 34.3%

Pahang naik 38.7%

Terengganu antara paling perlahan berkembang.

2. Hasil negeri 

2018 = RM283.3 juta

2025 = RM263.4 juta

Turun 7%. Negeri lain semua naik hasil. Terengganu satu-satunya jatuh.

3. Bergantung kepada kerajaan pusat

Hasil negeri datang dari Persekutuan

Terengganu 87%

Johor 13.5%

Negeri Sembilan 10.6%

Kedah 22.1%

Maknanya ekonomi negeri tak mampu berdiri sendiri.

4. Gaji Menteri Besar vs pendapatan rakyat

Gaji MB Terengganu = RM30,000

KDNK Per Kapita rakyat = RM31,111

Nisbah 96%

Pulau Pinang 20%

Selangor 40%

Johor 36%

Gaji tinggi. Prestasi ekonomi perlahan. Sekarang nak jadi Perdana Menteri Malaysia?

5. Sekarang lihat prestasi Anwar Ibrahim

Ekonomi Malaysia berkembang 6.3% (2025)

Inflasi rendah 1.6%

Gaji minimum naik RM1700

Gaji penjawat awam naik 15%

STR dan SARA sebanyak RM15 bilion kepada 9 juta rakyat

Bantuan terus ke IC 5 juta rakyat setiap bulan

Pelaburan diluluskan = RM285.2 bilion

FDI masuk = RM53.5 bilion

Pengangguran turun 2.9%

Malaysia naik ranking daya saing dunia Tangga 23 dunia

6. Soalan mudah

Kalau Perdana Menteri yang sedang perform ini ditolak dan diganti dengan pemimpin yang negeri sendiri pun ekonominya perlahan, siapa sebenarnya rugi?

Ahli politik tidak rugi. Yang rugi rakyat Malaysia. Fikir sendiri.




Baru kalian puas hati kan, dua-dua dah kena dakwa


 


OLEH DR ZULQARNAIN LUKMAN

Baru kalian puas hati kan? Zamri Vinoth dan Arun Dorasamy kedua-duanya kena dakwa di mahkamah. Selain itu, seorang lagi bernama Mahendra Bhoopaty juga didakwa atas kesalahan yang serupa. 

Mereka ini didakwa di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu membuat kenyataan yang menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam. 

Seksyen tersebut menyatakan,

 505. Kenyataan-kenyataan yang membawa kepada khianat awam.

Barang siapa membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita:

(b) dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam di mana mana-mana orang mungkin terdorong untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap Negara atau terhadap ketenteraman awam; 

hendaklah dihukum dengan pemenjaraan yang boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Pengecualian – Tidaklah menjadi suatu kesalahan dalam erti seksyen ini, jika orang yang membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita itu mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa kenyataan, khabar angin atau berita itu adalah betul dan orang itu membuat, menerbitkan atau mengedarkannya tanpa apa-apa niat yang tersebut itu.

Ini yang dinamakan takde pasal cari pasal. Apabila terima pasal macam ini adalah amat tidak berbaloi. Tak usah lah sembang kata perjuangan la apa ke benda pun.

Ini semua kerja yang tidak berfaedah. Ini bukan dakwah tapi dakyah yang berpotensi menjadi punca pecah belah dan akhirnya ketenteraman awam akan terjejas.

Bayangkan jika suatu masa kita semua takut nak keluar rumah sebab takut kena serang dengan orang lain. Kita takut nanti bila keluar rumah ada orang akan parangkan kepala kita.

Anak-anak terpaksa berkurung dalam rumah. Ini adalah bahaya jika api perkauman dan permusuhan agama dimarakkan dan dibatu apikan. 

Cubalah kita insaf sikit dengan keadaan semasa covid-19 dulu. Sudahlah negara diisytihar darurat tak tentu pasal rakyat pun kena denda puluhan ribu sebab keluar rumah nak beli berger. Kita nak pergi masjid solat pun tak boleh sampai ada yang curi-curi solat jumaat tepi pagar sahaja. 

Sekarang ini orang makin bebas untuk bersuara disebabkan ada media sosial. Kadangnya fakta yang diberikan itu sikit tetapi yang banyaknya di auta kan fakta itu sehingga menjadi batu api.

Yang tak tahannya apabila batu api itu dijulang sebagai ahli syurga, pendakwah, mukmin soleh dan lain-lain. Ini semua permainan dunia di media sosial. Jenis yang lapar viral dan follower.

Mereka ini bukannya wali Allah tetapi sudah menjadi wali dan ejen syaitan untuk hasut manusia mencaci maki dan bergaduh dan berperang. Cukuplah atas dunia ini ada seorang aja otak biol macam Presiden Trump.



PENDAKWAAN HASUTAN DAN HINA AGAMA IAITU VINOTH DAN TAMIM DAHRI!


 

Konflik Asia Barat: Rundingan Pusingan Kedua Dibincang – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 16 Mac – Perbincangan pusingan kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beberapa pemimpin negara Arab dan dunia Islam bagi berkisar terhadap perkembangan terkini krisis serantau susulan ketegangan melibatkan Israel dan Iran.

Menurut Perdana Menteri, komunikasi tersebut melibatkan pemimpin di Oman, Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turkiye serta Iran bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai situasi di rantau berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

Menurutnya, Malaysia turut menyuarakan kebimbangan bahawa walaupun pihak yang terlibat secara langsung adalah Israel dan penyokongnya termasuk Amerika Syarikat, kesan ketegangan tersebut dirasai di seluruh dunia Islam khususnya di rantau Asia Barat.

“Saya telah berhubung dengan para pemimpin negara-negara ini. Pertama, Malaysia dengan sokongan dwipartisan semua Ahli Parlimen mengecam serangan terhadap Iran. Kita juga merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ayatollah Ali Khamenei serta ahli keluarganya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

“Dalam pusingan kedua perbincangan dengan para pemimpin tersebut, kita menyuarakan kebimbangan kerana walaupun pelaku utama adalah Israel dan pihak yang menyokongnya, kesannya dirasai di seluruh dunia Islam,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran Mushaf Malaysia MADANI di Kompleks Nashrul al-Quran, di sini hari ini.

Anwar berkata, Malaysia menghargai jaminan yang diberikan oleh pihak Iran bahawa perkembangan semasa tidak akan membawa kepada konflik atau pertempuran sesama negara Islam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

Beliau turut memaklumkan bahawa dalam komunikasi dengan Menteri Luar Iran, negara itu memberi jaminan jelas bahawa situasi berkenaan tidak akan mencetuskan pertembungan antara negara-negara Islam.

Anwar menegaskan, Malaysia akan terus memainkan peranan melalui hubungan persahabatan dengan negara-negara Islam tersebut bagi meredakan ketegangan di rantau tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

Pada masa sama, beliau turut mengadakan perbincangan berulang dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip ErdoÄŸan bagi mencari jalan terbaik untuk memastikan krisis itu dapat ditangani secara aman.

“Situasi yang berlaku ketika ini amat sukar dan kompleks. Saya dapat memahami apabila sesebuah negara berhadapan dengan keangkuhan dan agenda neo-imperialis sebegini, bukan mudah untuk meminta mereka menahan diri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

“Namun saya percaya menjadi tanggungjawab kita, berdasarkan hubungan erat dan persahabatan kita bukan sahaja dengan Iran tetapi juga dengan negara-negara Islam serta melalui perbincangan berulang dengan ErdoÄŸan untuk terus berdoa agar krisis ini dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa dunia tidak boleh melupakan penderitaan rakyat Palestin di Gaza, Palestin yang terus berdepan konflik berpanjangan, khususnya ketika umat Islam sedang melalui bulan Ramadan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

Menurutnya, perpaduan dan kerjasama antara negara Islam amat penting bagi memastikan keamanan serta kesejahteraan dapat terus dipelihara.

Fungsi, Peranan Madinatul Al-Quran Dirancang Untuk Diperluas – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 16 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, perancangan untuk memperkembangkan fungsi Madinatul Al-Quran sebagai pusat pengajian serta penyelidikan al-Quran di rantau ini akan dibincangkan dalam masa terdekat bersama Yayasan Restu dan pihak-pihak berkaitan.

Perdana Menteri berkata, pengembangan fungsi itu dilihat berpotensi menjadi projek ummah yang melibatkan penyertaan masyarakat Islam di dalam dan luar negara selain menjadi rujukan penting bagi mendalami ilmu Al-Quran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

“Ada satu idea yang baik oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk menjadikan ini projek ummah, dalam negara dan luar.

“Dan menjadikan ini suatu bukan saja gedung, tetapi pengisian yang jauh lebih besar daripada yang direncanakan supaya ia mungkin menjadi bukan saja pusat pencetakan Mushaf tetapi sebagai pusat pengajian, institusi penyelidikan utama di rantau ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

“Mungkin kita boleh kerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan juga universiti-universiti tempatan,” katanya ketika berucap pada majlis peluncuran Mushaf Malaysia MADANI di Kompleks Nashrul al-Quran, di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Yayasan Restu, Datuk Ahmad Maslan berkata Madinatul Quran dijangka siap awal 2028 di Putrajaya yang bakal jadi pusat pembelajaran, keindahan syiar, penemuan saintifik, pendidikan Islam berteraskan Al-Quran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

Sementara itu, mengenai pelancaran Mushaf Malaysia MADANI, ia adalah sebagai sebahagian daripada program tadabbur al-Quran di peringkat kebangsaan iaitu antara mushaf al-Quran hibrid terawal di Malaysia yang memadukan keindahan seni khat dan seni Islam tempatan dengan inovasi digital.

Pendekatan ini membolehkan masyarakat menghayati al-Quran secara lebih interaktif selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

Menurut Yayasan Restu, proses penyalinan mushaf mengambil masa hampir lima tahun dan dikendalikan oleh penulis khat berpengalaman dari Yayasan Restu, Ustaz Abdul Baki Abu Bakar, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun termasuk terlibat dalam penyalinan Mushaf Malaysia pada tahun 1995.

“Setiap helaian dihasilkan dengan ketelitian tinggi bagi memastikan kesempurnaan kandungan al-Quran terus terpelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

“Pasukan digital yang diketuai oleh Ustaz Arif Azamuddin Rochi turut membangunkan sistem kandungan interaktif bersama integrasi kod QR.

“Melalui kemudahan ini, pembaca dapat mengakses terjemahan pelbagai bahasa, terjemahan perkataan demi perkataan, panduan tajwid, asbab al-nuzul serta penerangan berkaitan elemen STEM yang berkait dengan ayat-ayat al-Quran,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Mushaf Malaysia MADANI di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto PMO

Zamri Vinoth Dihadapkan Ke Mahkamah Di Bawah Seksyen 505(b)

 


Zamri Vinoth dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 17 Mac 2026.

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Aktivis Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) Zamri Vinoth dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi atas kesalahan mengeluarkan kenyataan berhubung perhimpunan di hadapan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara bulan lalu.

Pendakwah bebas itu yang memakai kot warna biru dan berseluar hitam tiba jam 9.10 pagi dan dilihat tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan, dan memohon dibicarakan.

Zamri Vinoth dijangka didakwa di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada 17 Mac 2026 berhubung kenyataannya pada perhimpunan di ibu negara pada 3 Februari 2026.

“Tidak bersalah,” katanya.

Zamri Vinoth didakwa mengeluarkan kenyataan yang berpotensi menimbulkan kegentaran awam sehingga boleh mendorong orang ramai melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam, pada jam 12.23 tengah hari, 3 Februari lalu.

Dia menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua duanya sekali.

Seksyen itu adalah berkaitan kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.



TAM JEBAT KALAH SAMAN FITNAH SIAPA SURUH JADI PENGECUT MENGELAK KE MAHKAMAH!


 

RAJA CLAIM! GIGIT JARI & NANGIS, RUPANYA HASIL KERAJAAN PUSAT!


 

PANAS! MENANTU HADI TAK MAHU DR SAM JADI CALON PERDANA MENTERI? KRONI LANTIKAN POLITIK BONUS RM,10K?


 

BILA RAYA? SABTU ?

 

Che Ibrahim



Hahahaha.... Ambo gat dok alik 99% raya jatuh pada hari Sabtu 21/3/26 kecuali ada keajaiban pada petang 19/3/2026.. ada mata yang boleh melihat anak bulan Syawal dicelah sinaran silau mentari....





BILA KITA BERAYA?

 


Che Ibrahim





Kalau berdasarkan kiraan JUPEM, anak bulan Syawal 1447 telah wujud pada petang 19 Mac 2026. Namun berdasarkan kriteria "imkanurrukyah" anak bulan tersebut mungkin tidak dapat dicerap kerana ketinggiannya kurang dari 3' dan jarak lengkungnya pula kurang dari 6.4'. 


Maknanya kalau berdasarkan falak, 1 Syawal 1447 akan jatuh pada 20 Mac 2026, tetapi berdasarkan kriteria rukyah, anak bulan Syawal 1446 mungkin tidak dapat dicerap kerana "becar" @ silau Matahari masih kuat, maka 1 Syawal 1446 jatuh pada keesokannya, 21 Mac 2026.


Apa pun kita tunggu keputusan cerapan hilal Syawal 1447 pada petang 19 Mac 2026 di tempat tempat cerapan hillal yang telah diwartakan (jangan pakat cerap/tengok sendiri pula).





KOREA UTARA BERI AMARAN

 







Semalam, 10 peluru berpandu balistik dilepaskan oleh Korea Utara jatuh ke Laut Jepun. Bukan satu, bukan dua.. tapi sepuluh. Ia seolah-olah “amaran keras” kepada Jepun dan US, kalau Iran minta tolong bila-bila masa Korea Utara “turun padang”. 




Semakin menarik perkembangan perang ni.


Sedikit background info - mungkin ada yang tak tahu, sehingga kini Jepun hanya ada tentera pertahanan yang dipanggil Japan Self-Defense Forces (JSDF). Ini bermakna, tentera Jepun sekarang adalah untuk mempertahankan negara, bukan untuk serang macam tentera negara lain.


Untuk compensate benda ni, US tempatkan pangkalan tentera dia di beberapa tempat di Jepun. Pangkalan ni fungsi dia untuk bantu pertahankan Jepun kalau ada ancaman luar. Tapi dalam masa yang sama, benda ni juga adalah sebahagian daripada strategi geopolitik US untuk kekalkan kuasa di Asia Timur.


Tapi, status JSDF semakin hangat diperkatakan kebelakangan ni.


Berikutan kemenangan besar parti Liberal Democratic Party (LDP) iaitu parti yang dipimpin oleh PM Jepun Takaichi Sanae di pilihan raya Jepun baru-baru ni, ia membolehkan kerajaan mencadangkan pindaan terhadap Perkara 9, iaitu berkaitan JSDF untuk jadi offensive military walaupun proses pindaan tu masih perlukan kelulusan parlimen dan referendum rakyat lah. Tapi benda tu tak mustahil untuk dilakukan.


Ada banyak sebab desakan untuk pinda Perkara 9 bagi Jepun ada offensive military antaranya situasi Jepun di rantau tak berapa stabil sekarang ni terutama ketegangan dengan Korea Utara, China, isu Taiwan dan tak kurang juga nak kurangkan kebergantungan dengan tentera US.


Tapi kenapa Jepun tak pinda lagi?


Jepun sebenarnya dalam dilema.


Ramai sebenarnya rakyat Jepun masih trauma dengan sejarah Hiroshima dan Nagasaki dulu. Mereka fikir sebab ada offensive military lah dulu ramai orang Jepun menderita. Sekarang tanpa offensive military mereka dah boleh hidup aman, kenapa nak ada semula sekarang? Bagi mereka, prinsip anti-perang dalam perlembagaan adalah simbol komitmen Jepun untuk tak ulang lagi sejarah tu dan komitmen mereka jadi negara pacifist.


Minggu depan, Takaichi dijadualkan bertemu dengan Trump di US. Dalam keadaan geopolitik dunia yang semakin tegang, ada ura-ura cakap ada kemungkinan Trump nak minta tolong tentera Jepun di Iran. 


Tapi dengan status JSDF Jepun sebagai defensive military benda tu agak mustahil untuk Jepun tolong melainkan kalau perang di Iran tu boleh mengganggu keselamatan Jepun dan rakyat Jepun di Jepun. Dia macam a big no lah untuk Jepun hantar tentera tu. Cuma, Jepun ni tetap sekutu US. Melainkannnn, kalau Korea Utara betul-betul serang Jepun dulu.


Hmm.

Makin “menarik” perkembangan perang kali ni.


Dunia mungkin sedang menyaksikan perubahan besar dalam keseimbangan kuasa global. Tapi yang pasti di peringkat ini, bukan saja pihak yang berperang, malah kita semua dah mula rasa kesan secara tak lansung.


Ibarat gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. 


No one wins. 


No one.


.

#CatatanZunitaDiJepun





LAPANGAN TERBANG SIAP SEPENUHNYA




 Lapangan Terbang Kota Bharu akhirnya beroperasi sepenuhnya. Berita baik bukan saja untuk rakyat Kelantan, tapi juga untuk ekonomi Pantai Timur.






Usaha yang dipacu oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menunjukkan kerajaan serius menaik taraf kemudahan pengangkutan negara. 


Bila lapangan terbang lebih moden dan operasi lebih lancar, perjalanan penumpang jadi lebih selesa dan efisien.


Pembangunan macam ini juga memberi kesan besar kepada ekonomi setempat. Pelancongan boleh berkembang, peluang perniagaan bertambah dan pergerakan orang serta barangan jadi lebih mudah.


Infrastruktur yang baik bukan sekadar bangunan atau landasan. Ia membuka lebih banyak peluang kepada rakyat dan membantu merancakkan pembangunan negeri.


Langkah ini bukti bahawa usaha memperkukuh kemudahan pengangkutan negara terus berjalan demi manfaat rakyat. ✈️🇲🇾