NAYA PAK CIK TAK LEH LAWAN...KEH KEH KEH..

 

AM DAILY


Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberi bayangan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, bakal bertanding di Parlimen Segamat pada PRU16, manakala timbalannya, Datuk Seri M Saravanan, kekal mempertahankan Tapah. 





Zahid turut menyifatkan Segamat sebagai kawasan selamat buat Vigneswaran dengan mengambil kira hubungan baiknya bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.


Berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-80 di Johor Bahru, Zahid turut menyatakan kesediaannya menandatangani watikah pencalonan Vigneswaran apabila tiba masanya. 


Kenyataan itu sekali gus meredakan spekulasi bahawa Saravanan akan berpindah ke Sungai Siput, manakala Vigneswaran mengambil alih kerusi Tapah.


Zahid turut meletakkan sasaran sekurang-kurangnya lima kerusi Parlimen dimenangi MIC pada PRU16, selain mengakui jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu kadangkala tidak setimpal dengan nilainya. 


Pada PRU15, MIC mengalami kekalahan besar apabila hanya mampu memenangi satu daripada 10 kerusi yang ditandingi menerusi Saravanan di Tapah.


Bagaimanapun, Vigneswaran belum memberikan jaminan akan bertanding di Segamat, sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuh parti dan menyerahkan keputusan pencalonannya kepada kepimpinan pusat MIC. 


Selepas kehilangan Segamat kepada PKR pada 2018, kerusi tradisi itu kini kembali menjadi perhatian dalam percaturan politik BN menjelang PRU16.




No comments: