ARAB SAUDI HENTIKAN BANYAK PERKARA


Mazlan Mohamed.


 Ini The Rise, bangunan tertinggi di dunia yang sedang dirancang di Riyadh, Arab Saudi tapi terpaksa dihentikan proses perlaksanaannya.



Malah Wawasan 2030 negara kini sudah jadi was-was 2030.


Arab Saudi kini terpaksa betul-betul 'ikat perut' dan ubah strategi pelan wawasan mereka itu.


Semuanya dek kerana kesan perang.


Dulu mereka berbelanja besar tanpa had, sekarang perlu lebih berhati-hati dan pilih projek yang betul-betul beri pulangan sahaja. 


Projek mega seperti bandar futuristik The Line dan NEOM dikecilkan skala dari kos asal 500 billion dollar hanya ke 10 billion dollar untuk tempoh 5 tahun akan datang.


Tajaan liga LIV Golf sebanyak 5 billion dollar ditarik balik dan pembinaan pencakar langit gergasi di Riyadh dihentikan. 


Hak Sukan Musim Sejuk Asia 2029 yang makan kos berbillion dollar juga terpaksa dilepaskan dan diberi ke negara lain.


Arab Saudi kena terima hakikat, selagi peluru berpandu Houthi masih 'mendarat' di Arab Saudi, selagi itu segala projek akan terencat.


Inilah akibatnya bila mulakan perang tanpa fikir panjang.

.

.

No comments: