WARKAH PESANAN DATO' HAJI FADZIL MOHD NOOR



Sabri Ismail







Presiden PAS — 8 Julai 2001


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Surat ini ditulis sempena lima puluh tahun berlalunya usia Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan perletakan batu asas Kompleks PAS Negeri Kedah Darul Aman.


Mungkin ketika anda membaca warkah ini, anda tidak dapat menemui kami. Tetapi kami bersyukur kepada Allah kerana dengan taufik dan hidayah-Nya kami telah dapat meneruskan perjuangan suci Islam ini melalui wadah PAS dengan segala rintangan dan cabaran.


Kami berharap anda semua akan terus mendukung perjuangan mulia ini sehingga ia mencapai kemenangan atau anda gugur dengan mendapat keredaan Tuhan.


Mungkin zaman anda berbeza dengan zaman kami, tetapi prinsip Islam yang mendasari perjuangan ini tetap dan tidak berubah.


Pesanan saya, janganlah dikhianati perjuangan yang suci dan mulia ini untuk kebaikan dan kesejahteraan umat dan rakyat seluruhnya di dunia dan akhirat.


Teruskan jihad dengan berbekalkan keyakinan dan ketakwaan semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala menempatkan kita semua bersama mujahidin dan salihin.


Taqabbalallahu minna wa minkum.


Fastamsik billazi uhiya ilaika innaka ‘ala siratin mustaqim.


Ad-Da’i.


Yang benar,


Dato' Haji Fadzil Mohd Noor Presiden PAS


Ditulis di Alor Setar Pada 16 Rabiulakhir 1422 H Bersamaan 8 Julai 2001 M.


Dua pesanan utama dalam warkah ini:


* Zaman boleh berubah, tetapi prinsip perjuangan Islam tetap dan tidak berubah.


* Jangan sesekali mengkhianati perjuangan demi kepentingan umat dan kesejahteraan rakyat.


Nota: Teks disalin daripada gambar yang diberikan. Ketulenan warkah asal belum disahkan secara bebas.





No comments: