KOMWN MENARIK

 


Ada satu komen netizen yang cukup menarik. Katanya, orang politik yang terlibat dengan rasuah tidak sepatutnya dipuji hanya kerana pernah banyak berjasa.






Cuba fikir. Kalau orang politik yang korup terus dipuja kerana jasanya, apa yang kita sedang ajar kepada generasi pemimpin akan datang?


Esok semua boleh fikir, “Aku dah banyak berjasa kepada rakyat. Kalau aku sakau duit negara pun, orang tetap sanjung aku.”


Habis, jahanamlah negara kalau begitu cara kita mendidik masyarakat!


Seorang Perdana Menteri sudah menikmati gaji, elaun, kediaman rasmi, kemudahan dan pelbagai keistimewaan. Semua itu diberikan untuk menjalankan amanah rakyat, bukannya lesen untuk mengumpul kekayaan berbilion ringgit melalui kuasa yang dipegang.


Kalau seseorang pemimpin menjadi luar biasa kaya ketika berkuasa, sedangkan sumber kekayaannya tidak dapat dijelaskan secara munasabah, rakyat memang patut bertanya. Dari mana datangnya duit sebanyak itu? Bukan terus menuduh, tetapi menuntut penjelasan tentang integriti.


Ambil contoh mudah. Seorang bapa membesarkan anaknya, beri makan, pakaian dan pendidikan. Adakah kerana jasanya itu, dia berhak mencuri duit simpanan anak sendiri? Logik ke?


Begitulah juga orang politik. Berjasa kepada rakyat memang tugas mereka. Bukan tiket untuk mengambil harta rakyat.


Nabi SAW sudah mengingatkan bahawa umat terdahulu binasa apabila golongan bangsawan mencuri, mereka dibiarkan. Tetapi apabila orang lemah mencuri, hukuman ditegakkan. Hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Dalam kes Najib, jasa pentadbirannya boleh sahaja dikenang. Tetapi jangan sampai kita lupa beliau telah disabitkan bersalah dalam kes SRC International. Jasa tidak memadamkan kesalahan.


Bayangkan pekerja biasa mencuri duit syarikat, kemudian berhujah dia sudah 20 tahun bekerja dengan cemerlang. Agaknya majikan akan lepaskan begitu sahaja?


Peliknya, apabila melibatkan orang politik, ada yang sanggup mengubah ukuran moral semata-mata kerana terlalu taksub kepada pemimpin.


Jasa boleh dikenang, tetapi jangan sesekali ajar masyarakat bahawa orang politik yang banyak berjasa mempunyai lesen untuk sakau harta negara.


Itulah pendidikan paling berbahaya kepada generasi akan datang.


#AhmadMursi #1MDB #Integriti





No comments: