Norman Daud.
Saya sebenarnya dah letih mempertahankan kerajaan hari ni.. sepatutnya urusan sebegini diurus dengan lebih cermat supaya tak menimbulkan polimik perkauman.
Keputusan keputusan yang tidak cermat ini akan menjadi peluru menembak PH dan kerajaan.
Dalam pengurusan tanah di Malaysia, kadar premium memang bergantung pada status kegunaan tanah.
Apabila tanah ditukar syarat daripada komersial kepada institusi bukan berasaskan keuntungan (NGO) dan diwartakan sebagai tapak warisan, pemilik tidak lagi boleh membangunkan tanah itu untuk mengaut untung (seperti membina kondominium atau menara pejabat).
Justeru, penilaian semula premium kepada kadar nominal mempunyai asas teknikal yang sah dan diputuskan oleh Jawatankuasa Tanah.
KLSCAH ni sebenarnya dah diwartakan sebagai warisan sejak 2007. Mengenakan premium jutaan ringgit kepada NGO bukan untung boleh menyukarkan kelangsungan mereka untuk menjaga bangunan bersejarah tersebut.
Yup.. itu alasan teknikal yang sebenarnya betul.
Tapi Penurunan daripada RM4.67 juta kepada RM1,000 (pengurangan lebih 99.9%) adalah terlalu drastik pada mata masyarakat umum.
Tanpa penerangan teknikal yang jelas dari awal, ia mudah dilihat sebagai layanan istimewa atau pilih kasih, terutama apabila keputusan dibuat sejurus selepas pertukaran menteri di portfolio Wilayah Persekutuan.
Dan disinilah masalahnya..
Saya pernah tulis banyak tindakan dari Menteri atau ahli parlimen Dap tidak menghiraukan sensitivity masyarakat melayu. Betul.. on paper tindakan mereka tidak menyalahi undang undang.
Tapi ianya memberi impak kepada sokongan parti lain dalam PH seperti PKR dan Amanah. Ya.. dua parti ni yang menanggung akibat dek kemarahan orang melayu.
Kesannya jelas.. PKR dan Amanah ditolak secara total dalam 3PRN baru baru ini.
Dua parti inilah yang akhirnya perlu berhadapan dengan kemarahan pengundi Melayu dan terpaksa buat kerja probono menjelaskan keputusan kerajaan yang mungkin bukan mereka sendiri cetuskan.
Dap hanya mahu menjaga base voters mereka tanpa menghiraukan kesan kepada parti lain.. ini tak betul dan kena diperbetulkan.
Adakah impian melihat satu negara yang bersatu padu dikalangan semua bangsa dapat dicapai dengan tindakan tidak cermat ini?
Impian untuk melahirkan negara yang harmoni memerlukan toleransi dari semua pihak.
Saya mohon DS Anwar Ibrahim mengambil tindakan dalam hal ini. DAP tidak boleh bertindak somborono tanpa memikirkan kesan kepada parti gabungan yang lain.
Tolong lah.


No comments:
Post a Comment