SESI PLENARY

 



Sewaktu Sesi Plenary Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, saya menekankan peri pentingnya memperkukuh kesatuan, Kepusatan ASEAN dan autonomi strategik dalam mendepani perubahan landskap geopolitik serta ketidaktentuan ekonomi global. 













Berpandukan Visi Komuniti ASEAN 2045, rantau ini perlu terus memperkukuh integrasi ekonomi dan memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati seluruh rakyat.


Saya turut menggariskan kepentingan memperluas kerjasama dalam ekonomi digital, tadbir urus kecerdasan buatan (AI), keterjaminan makanan dan bekalan ubat-ubatan serta  mempercepat pembangunan ASEAN Power Grid ke arah jaminan bekalan tenaga yang mampan dan berdaya tahan. Malaysia juga mengangkat kepentingan diplomasi sains, pemeliharaan biodiversiti dan usaha menangani isu jerebu rentas sempadan.


Dalam hubungan dengan rakan luar, saya menegaskan bahawa ASEAN perlu terus berpegang pada prinsip Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC), di samping mengekalkan hubungan yang seimbang dan konstruktif dengan semua kuasa besar. Pendekatan ini penting bagi memastikan kepentingan strategik rantau ini terus terpelihara.


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI

#DiplomasiMADANI




No comments: