Mohd Amin Abdullah
PADA PANDANGAN SAYA, PMX harus ambil jalan redikal, jangan ikut cara sekarang kerana memang sudah terbukti gagal.
Kalau saya lah, perkara pertama yang saya akan buat ialah, saya akan rombak kabinet, buang semua menteri UMNO dalam kerajaan federal. Buang juga menteri PH yg tak perform. Kemudian lantik orang lain yang betul betul berwibawa untuk berkhidmat kepada rakyat.
Jika tiada orang yg cukup berwibawa dan berintegriti (juga kelihatan berintegriti) di kalangan wakil rakyat, ambil bukan wakil Rakyat masuk dlm kabinet. Ahli parti kena faham pengorbanan ini.
Lepas tu "nilai semula atau buat post mortem jujur" apa yang kerajaan telah buat dan rangka rancangan baru untuk membangunkan negara sehingga rakyat, terutama yang berpendidikan, nampak kebijaksanaan memimpin dan kejujuran membangunkan negara.
Setiap kali jumpa rakyat, tumpukan kepada apa yg kerajaan sedang dan akan buat. Kurangkan menyebut hal orang lain atau kerajaan terdahulu. Hal kesalahan orang terdahulu itu, ambil tindakan dan biarlah mahkamah yg tentukan.
PMX tidak perlu berlaung untuk hapuskan rasuah, sebaliknya ambil tindakan tegas terhadap yang rasuah dan salah guna kuasa tanpa ragu ragu tanpa berterompet. Tidak perlu cakap atau pidato, sebaliknya biarlah rakyat yg menilai. Macam Presiden China yang tak bising pasal rasuah, tapi sapa rasuah akan ditembak, sehingga rakyatnya tahu dan menilai, tanpa dia perlu melaung.
Selain tindakan terhadap perasuah dan penyalah guna kuasa, tindak tanduk kerajaan juga harus bersih rasuah dan kelihatan bersih di mata rakyat.
PMX dan parti yang memerintah masih ada sedikit masa untuk mengubah. Dan masa ada ini harus diperguna sebaiknya untuk mengubah haluan. Mana tahu, ada keajaiban.
"CARI PENDEKATAN BARU, PENDEKATAN BARU MUNGKIN JUGA GAGAL, TETAPI LEBIH BAIK DARIPADA MENUNGGU TIBANYA HARI GAGAL YANG PASTI"
Nota: Gambar hiasan dipetik dari Sinar harian.

No comments:
Post a Comment