Untung betul jadi Najib Razak ni. Selepas skandal 1MDB berbilion ringgit, kena hukuman penjara, sekarang dah dapat pula duduk rumah sendiri di Langgak Duta.
Bukan rumah biasa-biasa pula tu. Rumah orang kaya. Bayangkan, orang lain kena penjara duduk dalam sel, dia pula dapat habiskan baki hukuman kes SRC di rumah.
Tak cukup lagi 'nikmat' lepas sakau wang rakyat, kempen fb terus berjalan.
Antara syarat tahanan rumah Najib ialah tidak boleh menggunakan alat telekomunikasi bebas, membuat kenyataan awam atau terlibat dalam aktiviti politik.
Jadi apabila akaun Facebook masih mengeluarkan posting, rakyat akan tertanya-tanya, adakah Najib telah langgar syarat itu?
Jika ya, bukankah hak tahanan rumah telah terbatal?
Mereka boleh bagi alasan admin yang update. Tetapi dalam keadaan dia tertakluk kepada syarat tahanan rumah, perkara macam ni patut diambil tindakan tegas.
Seronoklah boleh update fb lepas tu kata admin yang buat.
Rakyat bukannya tak faham maksud pengampunan. Cuma selepas skandal berbilion ringgit, hukuman penjara dan sekarang tahanan rumah, tentulah orang nak tahu sejauh mana syarat hukuman itu benar-benar dipatuhi.
Sebab tahanan rumah tu masih hukuman penjara, bukannya lesen untuk kembali berpolitik macam biasa.
Ini dah terang-terang berpolitik.
#AhmadMursi #NajibRazak #SRC #1MDB

No comments:
Post a Comment