CARA LAMA KEMPEN..PAS TU OERASAN BOH LAM FB MUKA RAMAI RAMAI..TANPA KAJIAN DATA DAN RISALAH UNTUK DITERANGKAN PADA PENGUNDI.

 




Antara dapatan ILHAM Centre yang menarik ialah cara berkempen kita masih tak banyak berubah. Pilihan raya dah berkali-kali tetapi sikap dan cara kempen masih di takuk lama.


Pernah ada pengalaman beberapa kali terlibat dalam kempen di peringkat berbeza. Ada benda yang menjadi, ada benda yang tak menjadi. Dari situ kita belajar.


Kalau orang lain buat benda yang bagus, tak salah pun nak belajar. Bukan suruh tiru bulat-bulat. Tetapi janganlah ego sangat sampai tak boleh terima yang orang lain mungkin buat lebih baik daripada kita.


Ini 10 benda yang mungkin patut kita belajar.


1. Hang tak popular seperti hang sangka.


Jangan ingat semua orang tahu siapa hang, jawatan hang atau apa yang hang buat. Rakyat ada kehidupan dan masalah sendiri. Jangan marah rakyat tak tahu kerja hang kalau hang sendiri buat kerja dalam kelambu.


2. Orang tak kisah hang sibuk. Orang nak tahu masalah mereka selesai atau tidak.


Sepuluh program sehari tak bermakna kalau masalah rakyat masih tak selesai. Jangan jadikan jadual padat sebagai bukti bekerja. Ukur hasil kerja. Bukan jumlah program yang hang hadir.


3. Kalau tak boleh bantu, cakap tak boleh.


Jangan bagi harapan palsu. Kalau bukan bidang kuasa hang, jelaskan. Kalau perlukan masa, beritahu. Rakyat mungkin kecewa mendengar jawapan yang mereka tak suka tetapi lebih kecewa kalau hang berjanji kemudian hilang.


4. Buat kerja kecil dengan bersungguh-sungguh. Jangan takut tunjuk.


Lampu jalan rosak, jalan berlubang dan sampah tak dikutip mungkin nampak remeh bagi hang. Bagi penduduk, itulah masalah harian mereka. Tak semua posting perlu cerita projek berjuta-juta. Tunjuk bagaimana aduan diterima dan masalah diselesaikan.


5. Media sosial bukan tempat tayang muka semata-mata.


Jangan semua posting gambar bersalam dan bermesyuarat. Ceritakan apa yang hang dengar dari rakyat dan apa tindakan selepas itu. Rakyat nak tahu apa yang berubah. Bukan berapa ramai orang hang salam.


6. Jangan semua caption macam teks ucapan.


Tulis macam hang bercerita kepada jiran. Tak perlu mula dengan nama penuh program, senarai VIP dan objektif program. Orang buka Facebook nak baca cerita. Bukan minit mesyuarat. Kalau tiga perenggan pertama pun belum sampai isi, jangan salahkan orang tak baca.


7. Bina identiti sendiri.


Jangan semua ahli politik guna poster, caption dan gaya video yang sama. Cari kekuatan sendiri. Biar orang kenal cara hang bercakap, bekerja dan bercerita walaupun tanpa logo parti. Kalau semua benda nampak macam dibuat oleh admin yang sama, apa yang membezakan hang?


8. Kalau rakyat komen masalah, cuba jawab.


Media sosial bukan papan kenyataan. Tak semestinya hang kena jawab semua komen sendiri tetapi pastikan ada orang yang membaca dan mengambil tindakan. Jangan komen puji hang saja balas, komen aduan rakyat buat tak nampak.


9. Jangan beli likes.


Seribu likes daripada akaun palsu tak akan menyelesaikan satu pun masalah rakyat. Jangan syok sendiri tengok angka cantik. Lebih baik 50 orang yang benar-benar mengikuti kerja hang daripada 5,000 akaun yang tak tahu hang wakil rakyat kawasan mana.


10. Rakyat mahukan jawapan. Bukan diam atas nama profesional.


Hari-hari ada saja posting provokasi dan cerita separuh masak oleh beberapa orang demi engagement dan duit monetization. Kalau ada salah faham, jelaskan. Kalau fakta diputar belit, betulkan. Jangan terlalu takut nampak tak profesional sampai semua benda dibiarkan tanpa jawapan. Bukan semua provokasi perlu dilayan tetapi kalau rakyat sedang keliru, jangan biarkan mereka mencari jawapan daripada orang yang sengaja mencetuskan kekeliruan.


Dunia kempen dah berubah. Rakyat pun dah berubah. Kalau kita masih rasa cara lama dah cukup bagus, jangan terkejut orang lain dah jauh ke depan.


Yang susah sebenarnya bukan nak belajar benda baharu. Yang susah ialah nak mengaku cara kita selama ini mungkin dah tak menjadi.


P/S : Gambar ketika bantu pasukan Sdri Farzana di Sungai Rambai semasa PRN Melaka yang lalu.




No comments: