KUALA LUMPUR-Di sebalik tabir insiden berdarah yang hampir meragut masa depan seorang wira muda negara di Desa Aman Puri, Kepong, terdedah satu hakikat yang cukup meruntun jiwa dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban mengesahkan satu kenyataan yang memedihkan telinga,lelaki warga asing berusia 32 tahun yang tergamak melibas parang sehingga putus pergelangan tangan kanan Lans Koperal Thierry Rodger Pendy itu rupa-rupanya telah hidup bebas secara haram di bumi ini sejak enam tahun lalu.
"Pasport lelaki itu tamat tempoh sejak 2020 dan dia berada di negara ini secara tidak sah," tegas beliau ringkas, namun setiap patah perkataan itu membawa seribu satu persoalan yang tidak terjawab.
Bayangkan... lebih dua ribu hari dia menyewa rumah dan bergerak bebas tanpa dokumen sah, langsung tak dikesan! Dah tumpah darah wira negara kita, dah lapan jam doktor bertarung nyawa sambung balik tangan anggota polis tu, baru sistem nak semak rekod!
Sejak tahun 2020 ketika negara bergelut dengan pandemik sehinggalah ke hari ini, individu yang pernah memegang pas pelajar dari 2015 hingga 2018 itu mampu ghaib daripada radar sistem sambil bebas menyimpan senjata tajam di tengah ibu kota tanpa sedikit pun rasa gentar.
Rakyat dah muak dengar skrip 'kami akan perketat kawalan'. Kalau pasport mati enam tahun pun boleh lepas, sampai bila keselamatan rakyat dan anggota kita nak jadi pertaruhan?
Hakikat yang terpampang di depan mata rakyat setiap hari ialah lambakan warga asing tanpa dokumen sah bukan sahaja tidak berkurang, malah semakin membiak dan berani mencabar kedaulatan undang-undang negara.
Selagi pemilik rumah tempatan yang tamak mengaut untung sewa tanpa peduli soal keselamatan negara terus dibiarkan bebas tanpa hukuman penjara yang menggerunkan, tragedi berdarah ini hanyalah menunggu masa untuk berulang ke atas mangsa seterusnya!
Apa kata ANDA komen di bawah
Tenang studio
#IsuSemasa #BeritaViral #PDRM #Imigresen #WargaAsing #Kepong #SuaraRakyat #Malaysia

No comments:
Post a Comment