Gila China ni. Ia baru umum kejayaan buat ujian penuh penerbangan kapal terbang elektriknya dua hari lalu.
Semalam ia umum pula kejayaan buat ujian penerbangan kapal terbang kargo tanpa pemandu terbesar di dunia.
Dan rupa-rupanya kedua kapal terbang ini diuji pada hari yang sama.
Kapal terbang kargo ini ada kapasiti muatan maksimum sebanyak 5 tan dan isi padu ruang kargo melebihi 65 meter padu.
Dengan jarak penerbangan maksimum sejauh 2,600 kilometer, ia boleh bawa pelbagai kontena kargo penerbangan standard.
Kapal terbang kargo ini dijangka mula masuk perkhidmatan komersial pada akhir tahun 2027.
Makin ketinggalanlah US dengan China.
.

No comments:
Post a Comment