Malaysia akan terus mengamalkan dasar luar yang seimbang, berpandukan kepentingan negara serta komitmen memperkukuh kesatuan dan peranan ASEAN di tengah-tengah landskap geopolitik yang semakin mencabar.
Dalam aspek ekonomi, usaha menarik pelaburan dan membawa masuk projek berkualiti perlu bergerak seiring dengan tadbir urus yang baik, integriti serta ketegasan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Itulah antara perkara yang saya tekankan ketika berucap pada majlis makan malam di Kedutaan Malaysia di Manila, selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49. Malaysia bukan sahaja mahu dikenali sebagai sebuah ekonomi yang dinamik dan berdaya saing, tetapi juga sebagai negara yang menjunjung tinggi integriti, keadilan dan amanah demi memastikan kemakmuran dapat dinikmati seluruh rakyat.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI








No comments:
Post a Comment