TAK PA KERAJAAN MADANI NI BAIK.,...DOK LA DIAM DIAM NAJIB....ELOK DAH DOK UMAH TU.

 



Najib dah pun dapat tahanan rumah. Bukan lagi sekadar cerita atau permohonan. Keputusan Lembaga Pengampunan dah dilaksanakan, Najib pun dah balik ke rumah.






Jadi, kerajaan dah hormat keputusan tersebut. Tak timbul lagi soal kerajaan sengaja menghalang pelaksanaannya.


Tapi ada satu perkara yang kena faham. Tahanan rumah bukan kebebasan mutlak. Ada syarat yang wajib dipatuhi.


Antaranya sekatan penggunaan telefon dan alat komunikasi, kawalan pergerakan, lawatan serta larangan terlibat dalam aktiviti politik dan media.


Malah, keputusan pengampunan bersyarat itu sendiri menyebut bahawa jika syarat dilanggar, pengampunan boleh terbatal dan Najib perlu kembali ke penjara.


Sekarang tengok pula akaun Facebook Najib yang masih aktif. Ada nama Najib, gambar Najib, siap lencana biru. Penyokong kata admin yang buat posting.


Mungkin ada yang nak test kerajaan, jika kerajaan tak kata apa-apa, makin galaklah.


Kalau terbukti langgar syarat, tindakan mengembalikannya ke penjara bukan bermaksud kerajaan melawan keputusan Lembaga Pengampunan. Sebaliknya, kerajaan sedang menguatkuasakan syarat yang datang bersama keputusan tersebut.


Penjenayah yang sakau berbilion wang rakyat, tak sepatutnya dilayan macam VIP.


Pengampunan dihormati, syarat pun dikuatkuasakan. Win-win!


#AhmadMursi #NajibRazak #TahananRumah





No comments: