Fathi Aris Omar
Saya tidak menyesal mengucapkan Tun Dr Mahathir Mohamad "kepala bapak kleptokrasi" dalam satu forum awal 2018.
Waktu itu bekas perdana menteri itu mahu diangkat calon perdana menteri PH, gabungan yang belum diluluskan oleh pentadbiran DS Najib Razak.
Forum di Dewan Cina Kg Attap itu membariskan dua aliran, satu menyokong dasar pembangkang. Satu lagi, saya dan Chegu Bard, menentang.
Umno dan Najib terdesak waktu itu. Skandal 1MDB yang terlondeh pada 2015 mula mendapat fokus dan momentum rakyat sejak 2016.
Jadi berita TV3 memetik kenyataan saya itu. Teruk juga saya dihentam oleh penyokong PH waktu itu. Kira-kira 80 hingga 90 peratus komen kecam saya.
Atas rasa menolak itu, muncul beberapa aktivis muda yang menganjurkan gerakan #UndiRosak. Gerakan kecil dan spontan itu mendapat reaksi termasuk pemimpin dan aktivis utama.
Walau tidak tolak penting menewaskan parti yang korup, saya terus menulis menentang cadangan lantik Dr Mahathir mengetuai asakan PH.
Pada 9 Mei 2018, benar, BN tumbang dengan PH kuasai majoriti tipis. Tetapi, gerakan tumbangkan PH 1.0 dilancarkan. Dari dalam dan dari luar.
TS Abdul Hadi Awang mendakwa gerakan ini direstui Dr Mahathir sendiri dalam pertemuan mereka tidak lama selepas BN tumbang.
Serangan di media sosial meningkat. Komplot dalam PH dan kabinet berkembang. Mula-mula jual retorika Dr Mahathir mesti pegang sepenggal penuh demi halang beliau diganti oleh DS Anwar Ibrahim.
Kemudiannya tebuk atap di hotel Sheraton hujung Februari 2020. Kumpulan yang sering bertelagah dan ada pelbagai kepentingan ini akhirnya berjaya capai objektif mereka: (a) halang Anwar naik, (b) singkirkan DAP daripada kerajaan.
Walau matlamat gerakan itu tercapai, hidup PN + BN tidak tenang. Mulai PRN Sabah, rasa curiga itu membiak hingga TS Muhyiddin Yassin tersungkur.
Tidak puas hati lagi, Umno desak PRU disegerakan. Tidak sabar DS Ismail Sabri Yaakob lambat bubar parlimen, Umno bubar DUN Melaka dan Johor.
(Sebab itu PRN dua negeri ini mula berasingan).
Namun takdir bergerak tidak seperti niat manusia.
Umno merosot lagi teruk pada PRU 2022, PH raih paling banyak kerusi. PAS-PN yang masih baru jauh lebih kuat darioada Umno-BN.
Anwar yang cuba dihalang jadi PM sejak 1998 dan 2018 sampai ke Putrajaya dengan sokongan BN. Bulan madu PH + BN ini khayalkan orang PH.
Tiba-tiba PH rasa dikhianati. Mereka hilang naratif dan sudah lupa siapa Umno. Dek bulan madu itu, PH sangka Umno sepatutnya di sisinya, bukan PN.
Walau teruk kerjakan PAS selama bertahun-tahun (kecuali era DS Najib Razak) Umno menagih sokongan PAS untuk menang di tiga PRN. Malah terpaksa bergayut pada PAS untuk PRU 16.
Begitu juga Dr Mahathir. Setelah dibuang daripada Bersatu, nasibnya bersama Pejuang gagal. Beliau tewas di Langkawi dan kini harapkan PAS juga.
Mula-mula sebagai penasihat SG4 dan kini berjaya bawa masuk Pejuang, yang diketuai anaknya, dalam gabungan itu setelah Bersatu diketepi.
Maka hari ini Dr Mahathir berkata Pejuang berada dalam dilema yang baharu pula. Apa dilema itu?
👉 "Maka kita terpaksa membuat keputusan atas dasar pilihan manakah yang kurang memudarat- kan....
Satu pilihan dilihat akan meminggirkan agama, bangsa serta falsafah tanah air ini sebagai Tanah Melayu.
Manakala satu lagi pula seolah-olah menghalalkan kemungkaran.
Kita sudah dapat melihat pilihan mana yang lebih membawa kemudaratan.
Bagi pilihan satu lagi, kita masih mempunyai harapan untuk membawa perubahan, termasuk melawannya dari dalam atau menjadikannya sebagai perjuangan baharu selepas memastikan kelangsungan kewujudan kita sendiri. 👈
Hakikatnya mudarat itu bermula sejak 1981 lagi, bukan sekarang, sejak zaman 22 tahun pentadbiran beliau yang dipenuhi skandal dan politik wang.
Belum dikira tindakan menindas pembangkang seperti PAS, menyempit ruang demokrasi, mengikis hak asasi, menekan mahkamah dan istana.
Selain media dikawal ketat, akta zalim ISA digyna sesuka hati untuk melumpuhkan pengkritik, antaranya, pada 1987, 1998 dan 2001.
Beliau naik sewaktu skandal RM2.5 bilion dana BMF lesap di Hong Kong. Tiga puluh tahun kemudian RM2.38 bilion dana 1MDB masuk akaun Najib, pemimpin yang diangkat beliau sendiri!
Editor berpengalaman anggar RM100 bilion lesap atau rugi dalam empat skandal zamannya. Tetapi bukan hanya empat, malahan puluhan skandal.
Sebab itu, pada forum

No comments:
Post a Comment