MESEJ SULTAN PERAK

 


Keberanian bukan sekadar berani bercakap, berani mengkritik atau berani menunjukkan kuasa. Kalau rasuah pun tak berani ditolak, apa maknanya keberanian itu?





Itulah antara mesej penting dalam titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-70 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada 15 November 2026.


Baginda mengingatkan bahawa semangat keberanian yang dilambangkan oleh Keris Taming Sari bukan sekadar mempertahankan maruah, tetapi juga keberanian menegakkan keadilan, menyuarakan kebenaran, menolak rasuah dan membela mereka yang teraniaya.


Menariknya, baginda turut menegaskan bahawa keberanian termasuk kesediaan menerima teguran, mengakui kelemahan dan melakukan pembaharuan demi kepentingan rakyat.


Dalam soal kuasa pula, Sultan Nazrin mengingatkan bahawa pemegang jawatan perlu menjunjung integriti, menjauhkan kepentingan diri dan melaksanakan tanggungjawab dengan adil.


Baginda turut mengingatkan para pembesar supaya berani menyampaikan nasihat yang benar kepada Raja, walaupun pahit, serta memastikan suara dan rintihan rakyat tidak terpinggir.


Dalam keadaan negara terus berdepan cabaran integriti, rasuah dan kepercayaan rakyat terhadap institusi, titah ini membawa peringatan yang cukup bermakna.


Mesejnya mudah. Berani bukan bermakna boleh buat sesuka hati. Keberanian mesti berpihak kepada kebenaran, keadilan dan amanah.


Kerana akhirnya, yang menjadikan seseorang itu mulia bukan sebesar mana kuasa yang dipegang, tetapi sejauh mana amanah itu dijaga.


#AhmadMursi #SultanNazrin #Integriti #Rasuah




No comments: