Ringkasan Kontroversi Projek Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

 



Ringkasan Kontroversi Projek Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)

Projek tersebut bertujuan membekalkan 6 buah kapal tempur pesisir untuk TLDM.
> 2011: Kerajaan Malaysia memberikan projek pembinaan 6 kapal Littoral Combat Ship (LCS) kepada Boustead Naval Shipyard (BNS).
> Projek bermula tetapi berlaku kelewatan, perubahan perancangan, dan masalah pengurusan.
> Beberapa tahun kemudian, timbul persoalan tentang jumlah bayaran besar yang telah dilakukan walaupun kapal belum siap.
> 2022: Isu projek tersebut meletus menjadi skandal kewangan, apabila didedahkan bahawa projek mengalami kegagalan serius.
> Tiada kapal yang siap walaupun kerajaan telah membayar sejumlah besar wang, kerugian berbilion ringgit serta menjejaskan kesiapsiagaan TLDM.
> Jumlah nilai keseluruhan kontrak : RM11.22 bilion.
> Kos asal adalah RM9.128 bilion bagi pembinaan 6 buah kapal. Namun, melalui kontrak tambahan, jumlah kapal telah dikurangkan menjadi 5 buah kapal, tetapi kos meningkat kepada RM11.22 bilion, tambahan RM2.098 bilion.
> Kerajaan telah membayar sekitar RM8.457 bilion, 76.2% nilai keseluruhan kontrak.
Individu/Pihak Utama Pengendalian Projek Tersebut:
> Ahmad Zahid Hamidi, bekas Menteri Pertahanan.
> Hishammuddin Hussein, bekas Menteri Pertahanan.
> Najib Razak, bekas Perdana Menteri.
> Ahmad Ramli Mohd Nor, bekas Panglima TLDM, merangkap bekas pegawai kanan BNS.
> Boustead Naval Shipyard (BNS), nama kini Lumut Naval Shipyard (LUNAS) syarikat pelaksana projek.
> Kementerian Pertahanan, pengurusan perolehan.
Cahaya Qalbu (CQ)
8 Okt.2026
Sumber:
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. Jabatan Audit Negara. Pelbagai Media Arus Perdana.





No comments: