Tak betul rakyat terpaksa bayar hutang 1MDB.??
—-
“Duit yang dipulangkan daripada pemulihan 1MDB lebih dari dicanangkan.”
Ini status Dr Akmal Saleh. Beliau repost posting daripada page Pengundi Perlis. Dan komen2 dalam tu agak dahsyat.
—
Apa angka sebenar?.
Angka yang diseleweng - RM42b.
Berapa berjaya dipulihkan?. - RM31.3b.
Berapa angka obligasi keseluruhan?. Termasuklah pembayaran prinsipal, faedah serta kos2 berkiatan - RM51.4b.
Diselewang sebanyak RM42b.
Obligasi keseluruhan RM51.4b.
Nilai pemulihan setakat ini RM31.3b.
Sebanyak RM20.1b baki beban bersih kerajaan Malaysia.
Siapa kerajaan Malaysia?. Wakil yang kita pilih, uruskan harta bersama.
Hari ni PHBN, selepas ni PNBN. Lepastu mungkin GPSGRS. Sapa tahu. Sume sama. Akan terpaksa pikul hutang biawak hidup ni.
Apa makna nya?. Beban kewangan sebanyak RM20.1b perlu dilunaskan oleh kerajaan, tak kira siapa. Untuk menampung obligasi keseluruhan.
Dan beban itu akan dipindahkan kepada kita semua.
Melalui?. Cukai. Hasil negara.
Yang sepatutnya boleh diguna untuk tambah nurse doktor di hospital. Tambah cikgu cikgu di sekolah yang padat. Baiki helikopter yang usang. Beli aset tentera yang lebih baik. Dan untuk pembangunan penting lain2.
Tapi terpaksa guna untuk bayar hutang tidak perlu, hutang tidak patut ada, hutang ditinggalkan orang jahat.
Datang pemimpin muda sorang ni, mudah je dia kata 1MDB untung. Xde rugi. Rakyat tak tanggung pun kerugian tu. Dah untung semua.
Cerita yang sama berlaku pada TH. Pada FELDA. Kalau kes 1MDB ni saya rujuk kepada siaran media rasmi MOF. Kalau TH saya rujuk kepada laporan RCI. FELDA, baca la kertas putih tu. Ini dokumen rasmi negara.
Bahaya Malaysia kalau pemimpin macam ni jadi pemimpin masa hadapan kita semua.
No comments:
Post a Comment