M54-04 Tentera Udara Diraja Malaysia sudah lama tidak terbang hampir 3 tahun



 Malaysia Military Review




Kemungkinan sesetengah follower tidak tahu bahawa pesawat pengangkut A400M dengan nombor pendaftaran M54-04 Tentera Udara Diraja Malaysia sudah lama tidak terbang hampir 3 tahun

Mesti ramai follower akan tertanya-tanya mengapa A400M M54-04 tidak terbang selama hampir 3 tahun , sebabnya ialah enjin memerlukan penyelenggaran dan pembaikan disebabkan kerap digunakan sama dengan 01,02 dan 03 , bukan itu sahaja untuk penyelenggaran besar pada pesawat pengangkut A400M , TUDM perlu hantar pesawat ke Airbus di Sepanyol l kerana Syarikat Airbus tidak akan sekali-kali berkongsi teknologi dan pengetahuan penyelenggaran besar dengan pihak ketiga , mereka hanya mengajar kita penyelenggaran pada peringkat operasi
Dan berita baik ialah kemungkinan tidak lama pesawat pengangkut A400M M54-04 akan kembali ke udara selepas europrop TP400-D6 turboprop engines diservis di Airbus Sepanyol ,



Bagaimana pun di sini kita boleh nampak bahawa pesawat pengangkut A400M memang baik kerana kerap digunakan untuk pelbagai misi seperti bantuan bencana , mengangkut helikopter, anggota , peralatan ketenteraan dari timur ke barat Malaysia dan Air to air refuelling di dalam Malaysia dan luar Negara tetapi ada juga sesetengah orang masih berpendapat bahawa pesawat pengangkut A400M itu tidak sesuai untuk Tentera Udara Diraja Malaysia

No comments: