
Ahmad Samsuri dilihat lemah dalam mengendalikan Perikatan Nasional hingga membawa kepada campur tangan RoS menggantung aktiviti gabungan itu dan mencadangkan pembatalan pendaftarannya.
PENDAPAT, 24 Sep – Notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang memberi tempoh 30 hari kepada kepimpinan Perikatan Nasional (PN) untuk menjelaskan mengapa gabungan itu tidak patut dibatalkan pendaftarannya, susulan aduan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mendedahkan kegagalan asas PN mengurus hal ehwal dalaman sendiri, jauh sekali berkelayakan mentadbir negara.
Krisis ini bermula daripada dakwaan Bersatu, sebagai parti pengasas PN, tidak lagi dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) gabungan tersebut, termasuk isu status keanggotaan dan rundingan pembahagian kerusi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini.
Apabila parti pengasas sendiri berasa cukup terpinggir sehingga membuat aduan rasmi kepada RoS, ini menunjukkan mekanisme muhibah dan tadbir urus dalaman PN gagal berfungsi walaupun sudah enam tahun ditubuhkan.

Masakan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN tidak mengerti bahawa perintah dibuat di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) dengan tindakan itu bertujuan menjaga kepentingan pertubuhan berkenaan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.
Ketika laporan ini disiarkan setelah notis dikeluarkan, hanya beberapa minggu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebenarnya melumpuhkan persiapan PN pada peringkat paling kritikal.
Ketidak pastian status pendaftaran turut menimbulkan persoalan sama ada calon PN masih boleh menggunakan lambang gabungan, sekali gus mengganggu strategi kempen, pembahagian kerusi antara komponen, serta keyakinan pengundi terhadap kestabilan gabungan tersebut.

Jadi Takiyuddin Hassan tidak perlu menyalahkan orang lain tetapi salahkan pemimpin Pas sendiri yang ‘membuang’ Bersatu dan ‘mengutip’ Wawasan tanpa memikirkan tindakan mereka berisiko mengundang campur tangan RoS apabila Bersatu melaporkan perkara itu kepada agensi kerajaan.
Lebih membimbangkan, jika sebuah gabungan politik gagal menguruskan pertikaian dalaman secara aman sehingga terpaksa dicampuri badan kerajaan seperti RoS, persoalan sah ditimbulkan: bagaimana PN mampu menguruskan pentadbiran negara yang jauh lebih kompleks, melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan kepentingan rakyat berbilang kaum, sekiranya konflik dalaman kecil sebegini pun tidak dapat diselesaikan secara matang?
Walaupun kepimpinan PN masih berpeluang mengemukakan representasi dalam tempoh 30 hari yang diberikan, namun dengan notis tegas daripada RoS ini membuatkan majoriti rakyat terfikir, apa lebihnya PN bila terus bercakaran sesama sendiri dalam keadaan Umno juga bergelut dengan krisis melanggar Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan?
Jika PN ingin mencabar keputusan RoS, silakan!
No comments:
Post a Comment