(Jawapan kepada tulisan Eirwan Ahmad)
Samada seorang itu meliwat atau tidak, itu urusan dia dengan Tuhannya. Tiada sesiapa boleh terlepas dengan balasan Allah. Kita tidak menanggung dosa akibat perbuatan liwat yang dilakukan oleh orang lain.
Tugas kita ialah menjadi saksi kerana Allah. Kalau kita tengok seseorang sedang meliwat, kita ada pilihan samada berdiam diri atau tampil menjadi saksi demi Allah, itulah yang Islam ajar.
Namun jika kesaksian itu meragukan kerana kita sendiri tidak menyaksikan liwat tersebut, atau tidak cukup 4 orang saksi untuk membuktikan tuduhan tersebut, maka kita telah melakukan satu jenayah qazaf, salah satu jenayah hudud dalam Islam, kita layak dihukum dengan sebat 80 kali selain hukuman lain, atau kita diazab oleh Allah di akhirat nanti.
Jika kita berdiam diri, atau menahan lidah dari menyebut perkara itu, maka kita terselamat dari jenayah qazaf dan kita tidak menanggung/terbeban dengan apa apa dosa liwat yang dilakukan oleh orang lain.
لا تزر وازرة اخرى
Kita tidak dibebankan dengan dengan dosa orang lain, kita hanya dibeban dengan perbuatan kita sendiri sahaja.
No comments:
Post a Comment